Pokok Simpoh Air

Pokok Simpoh Air atau nama saintifiknya Dillenia suffruticosa tergolong dalam famili Dilleniaceae. Ia juga dikenali dengan nama Shrubby Simpoh, Simpoh Ayer dan Yellow Simpoh. Tumbuhan renek ini mampu mencapai ketinggian sehingga 5 meter. Pokok simpoh tumbuh liar dan mudah ditemui di kawasan pinggiran hutan, semak atau belukar.

Daun pokok simpoh air besar dan lebar; tepi daunnya bergerigi; pucuk daun atau daun muda berwarna sedikit kemerahan dan mempunyai tangkai yang sederhana panjang.

Simpoh air menghasilkan bunga di dalam satu jambak yang mengandungi antara 5-10 kuntum bunga. Bunga pokok ini akan berkembang satu persatu. Bunga simpoh akan berkembang pada waktu pagi dan akan mula kuncup pada sebelah petangnya.

Petal atau kelopak bunga simpoh air berwarna kuning dan sangat menarik perhatian serangga. Proses pendebungaan dilakukan oleh serangga semasa bunga sedang berkembang. Dalam tempoh 1bulan setengah, buah akan terbentuk. Buah simpoh air berwarna merah jambu apabila matang dan merekah serta kembang seperti bentuk bintang (gambar buah akan dikemaskini semula)

Dahulu, daun simpoh air digunakan sebagai pembalut makanan dan juga digunakan bagi membungkus tempeh. Bagi masyarakat Iban yang masih berpegang kepada kepercayaan animisme, daun tumbuhan ini dipercayai dapat menghalau hantu dan roh jahat pada seseorang.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :3201

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam