March 29, 2024

selada

Pokok Selada atau nama saintifiknya Goniothalamus tapisoides merupakan sejenis pokok yang mengeluarkan bunga di batang utama. Bunganya memang unik dan menarik sekali ketika kali pertama memandangnya.

selada2

Pokok Selada ini juga mempunyai keistimewaannya dari segi perubatan tradisional. Ia menjadi penawar gigitan bisa seperti ular, lipan dan serangga. Caranya daun pokok tersebut ditumbuk bersama kunyit dan ditampal ditempat yang terkena bisa. Selain itu, dipercayai juga, air rebusan akar pokok ini dapat mengubati sembelit.

selada3

Anda pernah melihat ke pokok ini atau mungkin juga ada yang menanamnya di halaman rumah. Memang cantik juga sekiranya dijadikan sebagai tanaman hiasan..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :18762

42 thoughts on “Pokok Selada

  1. saudara,

    saya tak pernah tengok pokok ini. Dimana boleh dapat benihnya? buahnya cantik. boleh makanke?

    Terima kasih
    Mohamed Hashim

  2. saya seperti pernah tengok pokok ini di sarawak. ia seperti pokok selukai atau kayu hujan panas. kamu tidak menyatakan purata ketinggian dan adakah ia ada mengeluarkan bau serta tempat semulajadi ditemui??

  3. salam.Kehijauwan daun nya tenang jika mata memandang nya memandangkan ia nya tanaman berumpun saya syor kan ia nya di tanam kan di penjuru halaman rumah.terima kasih.

  4. salam…sy pn x pernah tgk pokok ni…pelik cara bunganya muncul iaitu dr tgh2 btg…tq sbb share

  5. Senang Tanam ke ? Nak cuba dua pokok ke nak buat tananman hiasan. Dapat benih kat mana. Dan berapa lama boleh keluar buah cantik tu ??

  6. memang unik pokok ini….itulah bertapa agangnya ciptaan tuhan..,saya pernah tgk pokok ini kt pahang dulu tapi tak tau nama sebab dikawasan orang asli…..memang cantik untuk buat landskap kt dpn umah…

  7. terima kasih kerana memperkenalkan pokok selada pada saya., sekarang saya baru kenal pokok ini. dimana boleh mendapatkan benihnya. memang cantik dan unik pokok ini.

  8. unit mmng unit pokok nie………. tp cm ner nk dptkan benihnye.pokok nie senang ke nk ditanam.cm ner penjagaannye

  9. unik n menarik…….. dimana boleh dpt bijih benih ni…. blh buat taman botani di halaman rumah…………..

  10. rasa2 pnh tgk tapi tau tau nama aper… pernah jumpa kat taman hutan lipur..
    mmg cnatik utk buat lanskap taman

  11. en. fazli syam:
    kebanykn respons menghendaki benih pokok ini. dapat sekiranya tuan beri info hendak dapatkan benih ini. beri sekali lokasi, no.telnya. sekian terima kasih.

  12. Tq. saya tak pernah tgok pokok ni. menarik sungguh.Teringin juga nak menanamnya tpi tak tau dimana nak beli benihnya..

  13. salam…memang tak pernah tegk pokok ni. Atau biasa terjumpa, tetapi tak kenal pokok apa. bunganya pun cantik juga sebab unik. Rasanya ini diantara pokok-pokok yang mengalami proses kepupusan. Klu tahu dimana ada bekalan benihnya, bolehlah ditanam untuk dijadikan pokok hiasan di samping khasiatnya boleh dimanfaatkan.

  14. Assalam… tak pernah lihat, tengok bunganya dah rasa pelik, macamana bau bunga agaknya.
    Terima kasih yang terhingga untuk En. Fazli kerana sudi menghantar info ini.

  15. Salam buat semua,
    Tak pernah tengok pokok ini tapi daunnya hijau serta berkilat , cantik dibuat pokok hiasan dilaman.
    Tks for the info ,patut dibukukan untuk pengetahuan kita dan generasi seterusnya.

  16. Hello,
    Saya macam pernah nampak tapi tak ingat di mana. Sama ada di Taman Pertanian Selangor, di Pulau Pinang atau di Lagud Seberang Tenom. Saya memang suka melawat ke Taman Pertanian di mana sahaja yang pergi di seluruh Malaysia. Apa-apa pun TQ atas perkongsian ini. Jumpa lagi.

  17. Jujur saya katakan saya tidak pernah melihat pokok ini sebelum ni.Terima kasih ye atas info pokok selada ni.

  18. Salam, sy x pernah tgok pokok ni. first time dengar nmer die imagine mcm pokok lada tp laen plak rupanya..Klu tgok buah nyer mcm x leh mkn..tul ker??

  19. Seingat saya suatu masa dulu pokok nih ada tumbuh didusun belakang rumah,nama tak ingat tetapi bunganya berbau wangi macam pisang masak tetapi sekarang pokok ini telah pupus dan x dapat la nak pastikan.

  20. T.Kasih. Pertama kali tengok gambar. pernah dengar nama tapi tak pernah nengok. gitu rupanye….dapat gak new info

  21. mau tanya …kalau pohon tempuyung(daun tempuyung) itu seperti apa?..soalnya sanagt berguna buat para penyandang batu ginjal…

  22. tanaman tersebut belum pernah saya lihat , tetapi di negeri saya, INDONESIA, tanaman selada adalah daun2 berwarna hijau muda dan dimakan sebagai salad dan juga lalapan dan sebagai hiasan untuk masakan steak.

  23. pokok ni tumbuh kt hutan/ semak. jika tinggal kat kg mcm sexy, pkok ni buat mnyemak sbb mdh ddapati sebalikny jika rmh kt bndr cntik djadikn lanskap. jika org yg x prnh tgok pkok ni mesti rasa pelik n teruja n pantang jika tjumpa d htn kita nk angkut. hati2! ada yg ikut balik. tiap2 mlm mimpi ‘pulangkan! pulangkan!’ he2!

  24. Menarik. Pertama kali tengok. Boleh dimakan ka buahnya?macam pisang pula buahnya.tq. atas info baru ni.

  25. Terdapat banyak di Sarawak. Kaum Iban panggil LUKAI. Kaum Iban juga menggunakan kulit yang telah dicincang dan dikeringkan (dibakar) untuk menghalau Hantu. Aromanya mengalahkan Lavender.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam