Pokok Putat

Pokok Putat amat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Perak. Pokok Putat yang berbuah sepanjang tahun dicari buahnya yang muda dan pucuknya sebagai ulam. Pokok ini hidup liar di tepi pantai yang berpasir, sawah dan kebun. Pokok Putat tumbuh dengan daun yang lebar dan besar. Apabila pokok Putat mencapai ketinggian maksimum sehingga 28 m, ia boleh dilihat berbentuk seperti payung. Di atas keunikan ini pokok Putat sesuai ditanam di taman rekreasi sebagai peneduh.

Daun Putat berbentuk bujur, panjang dan tebal. Tepi daunnya bergerigi kecil. Urat daun boleh dilihat dengan jelas. Pangkal daunnya menirus dan bertangkai pendek.  Daun muda di bahagian pucuk lembut dan berwarna merah keunguan. Manakala daun yang matang berwarna hijau tua dan tebal. Pucuk Putat lembut dan biasa dibuat ulaman, ke-rabu atau perencah laksa.

Bunganya mempunyai empat kelopak. Di dalam kelopak pula terdapat banyak stamen yang berbulu panjang berwarna merah jambu. Bunga Putat kecil dan besarnya lebih kurang 5 cm lebar. la tumbuh secara berjuntai dari dahannya. Kudup bunga berwarna merah keunguan. Namun ada juga jenis yang bunganya berwarna putih.

Buah Putat berbentuk bulat membujur seperti buah kedondong. Buah Putat mempunyai empat alur yang jelas pada kulit luarnya. Warna buah¬nya hijau kemerahan. Bijinya pula besar dan keras serta bujur.

KHASIAT
Kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.
Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit. Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah. Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin.
Di India, poltis daun dan buah Putat popular untuk mengubati gatal-gatal kulit, cacar air dan bengkak di kulit. Kulit batang Putat pula dapat mengurangkan komplikasi res-dung. Caranya ialah kopek kulit batangnya dan jemur sehingga kering. Kemudian bakar dan sedut melalui hidung sehingga keluar air lendir. Ulangi setiap hari sehingga sembuh penyakit resdung.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :25068

14 comments

  1. Bukan semua buah putat sedap dimakan . Ada juga spesis putat buahnya rasa kelat. Jenis ini hanya sesuai makan daun je. Ada spesis yang buahnya rapuh dan lemak dan ada juga spesis putat hanya makan daun saje. Antara buah putat dan daun bezanya buah putat yang enak cepat-cepat petik kalau tidak keras manakala spesis makan daun kalau lambat petik dapat kat ulat dulu la…

  2. Bukan semua buat putat sedap dimakan . Ada juga spesis putat buahnya rasa kelat. Jenis ini hanya sesuai makan daun je. Ada spesis yang buahnya rapuh dan lemak dan ada juga spesis putat hanya makan daun saje. Antara buah putat dan daun bezanya buah putat yang enak cepat-cepat petik kalau tidak keras manakala spesis makan daun kalau lambat petik dapat kat ulat dulu la…

  3. kat blakang umah aku ada sepokok. selalu berbuah. skali berbuah memang xhabis makan. jiran2 pun datng ambik wat ulam. best giler.. rugi ooo xrasa….

  4. pokok putat ini sebenarnya ada 1001 macam khasiat bagi yg mengetahuinya seluruh anggota pokok ini ada khasiat dan kegunaannya..dan yg paling banyak keistemewaan kegunaannya adalah bahagian akar putat……..

  5. satahu saya ada dua jenis putat sebuatan tempatan/setempat iaitu putat air dan putut darat, menurut mereka putat air lebih enak dan lemak di jadikan ulam , biasanya tumbuh di tepi-tebing sungai. manakala pucuk putat darat lebih besar dan berasa kesat, di putrajaya dekat bangunan Jabatan pertanian pokok putat ini di tanam sebagai tanaman hisan, kekadang aku ambil buat ulam.

  6. pokok putat susah nk dapat jga…. sbb biasanya pkok ptat tmbuh d kwasan tanah becah(kwasn yg berair) dan kwsan tebing sungai.
    Pokok putat terknal kerana digunakan dlam perubatan tradisional untk rawatan batuk…
    Biji putat mmpu merawat pnyakit ulser..
    pucuk putat mmpnyai khasiat prbtan yg blh djdikan pnwar bg patukan ular dan tikus…
    pcuk putat skar didapati krana hanya mengeluarkan pucuk sthun sekali…
    akar putat dpat dkomersialkan sbgai smber bhan antibakteria…
    amlan pmkanan pcuk putat mmbantu kekal shat spnjng masa…
    bhan aktif yg trdpat dlam produk pkok putat brsmaan dngan metadon yg dignkan untk mnjlankan proses menyahtoksik dlm klngan penagih dadah….

    setakat ini shaja yg sya tahu tntang pokok putat …..
    Anyway.. i’m from sabah ,ddk spm tahun ini(2012) dan blm prnah jmpa pokok putat dngan mata sndiri.. 🙂

  7. buah putat kalau di penang depa buat ulam makan dengan sambai kelapa (lebih kurang inti pulut udang).. sedap kalau kena buah yang lemak.. mai dok kedah semua ulam berdaun depa makan dengan sambai belacan.. kurang rasa enaknya…

  8. di tempat kami di swak ada sejenis pokok yang biasanya hidup di tebingan sungai atau di tepi sawah dipanggil putat juga, tp buahnya tidak berjuntai spt dalam gambar di atas. Namun begitu kegunaannya saling tak tumpah seperti yang diberitahu sdra fazli dan rakan2 di atas. Hairan juga saya, ada berbagai spesiskah pokok putat ini? Daun putat muda di tempat saya boleh dijadikan ulam dengan tempoyak…rasanya ada kelat sedikit

  9. Ada sesiapa boleh bagitahu sy mana exact tempat yang ada pokok putat ni. Sy amat memerlukanya untuk merawat rakan sy yang menjadi penagih. Tolong sy!!!! Sy kat petaling jaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam