Pokok Petai belalang

Pokok Petai belalang (Leucaena leucocephala)
Petai belalang atau leucaena berasal dari Mexico dan diperkenalkan ke negara tropika termasuk Malaysia. Kekacang ini mempunyai nilai yang tinggi. Tahan terhadap pemotongan yang kerap, memberi hasil yang tinggi dan sesuai di kawasan yang mengalami taburan hujan yang rendah (500 – 5000 mm) asalkan tanahnya subur. Kurang sesuai pada keadaan tanah berpasir atau air bertakung. Mempunyai akar tunjang yang panjang, terutamanya di tanah beralkali. Keadaan ini membuatkan petai belalang tahan terhadap keadaan kemarau. Ia boleh hidup di tanah berasid tetapi pengapuran sebanyak 2 tan/ha disyorkan bagi membaiki kemasaman tanah.
Kekacang renek jenis tahunan ini boleh tumbuh setinggi 2.4 – 3.7 m sekiranya tidak diragut. Ia mempunyai daun bipinat dan bijinya berwarna coklat tua. Petai belalang ditanam menggunakan biji benih. Kadar biji benih yang disyorkan ialah 2 – 6 kg/ha dengan jarak tanaman 50 cm di antara pokok dan 1 m di antara baris dan dijarakkan sehingga 3 – 5 m sekiranya rumput hendak ditanam. Lelasan dan penyuntikan biji benih dengan menggunakan strain Rhizobium yang tertentu diperlukan. Pertumbuhan pada peringkat awal adalah lambat. Oleh yang demikian penjagaan yang rapi terutama pengawalan rumpai diperlukan.
Petai belalang boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 15 – 20 tan/ha setahun dengan protein kasar 22.9% . Daun-daun dan batang kecil berukuran 4 mm amat disukai oleh ternakan. Pemberian petai belalang sebagai makanan tambahan atau ragutan campuran bersama makanan tambahan atau ragutan campuran bersama rumput dapat meningkatkan hasil kambing pedaging yang tinggi .
Mimosin ialah sejenis asid amino yang terdapat dalam daun dan batang petai belalang terutama daun atau batang yang muda. Keracunan mimosin ini akan menyebabkan keguguran bulu, kehilangan selera makan, pengeluaran air liur yang berlebihan dan pembesaran kelenjar tiroid. Oleh sebab itu, pemberian petai belalang dalam campuran makanan tidak boleh melebihi 30% bagi mengelakkan keracunan mimosin ini.
Daun petai belalang boleh dibuat mil. Mil daun petai belalang mengandungi protein dan pewarna xantofil serta gentian kasar yang rendah yang sesuai untuk makanan kambing. Namun, penggunaan mil daun petai belalang bagi poltri dihadkan pada aras 3 – 4% untuk mengelakkan keracunan mimosin.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :12349

10 comments

  1. Salam,

    Daun petai ini perlu di Degraded terlebih dahulu sebelum ia diberi sebagai makanan campuran. Ia akan mengeluarkan bahan toxin dan mengekalkan kandungan protein tumbuhan. Kami mempunyai cecair Degration yang dibuat khas melalui sebaktian EM bagi tujuan merawat tanah dan bahan toxin dalam tumbuhan.

  2. Petai belalang juga kaya dengan protin, dipercayai boleh menghasilkan susu yang banyak kepada binatang ternakan yang diberi makan petai belalang sebagai sebahagian drpd diet pemakanannya.

  3. petai belalang ini boleh membiak dengan cepat di sesuatu tempat dan sukar pula untuk mengawalnya. Bijinya yg masih muda boleh dimkn seperti petai biasa. Baunya pun sama seperti petai biasa cuma bijinya kecil dan agak licin. Ada orang merebusnya dulu bagi mengurangkan baunya. Biji yang telah tua berwarna coklat. Lengainya akan terbuka dan bijinya akan berguguran ke tanah bagi membentuk pokok yang baru. Lembu dan kambing memang sukakan daun pokok ini. Kambing yang liar pun akan jadi jinak apabila diajukan dengan daun petai belalang ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam