Pokok Pelaga

pelaga

Sekali pandang macam pokok lengkuas. Tapi sebenarnya pokok ini digelar sebagai pokok pelaga atau nama saintifiknya Elattaria cardamom. Dipercayai air rebusan daripada rizom/ubi  pokok ini dapat mengecutkan rahim ibu selepas bersalin dan membuang angin dalam badan.

Tidak banyak Maklumat sebenarnya saya dapat mengenai pokok ini. Kalau buah pelaga atau biji pelaga biasalah saya melihatnya. Kalau mengikut rujukan, memang buah pelaga dipanggil dengan nama “Cardamom”  dan ia adalah satu famili dengan lengkuas dan  halia. Adakah buah pelaga daripada pokok di atas ini. Saya sendiri kurang pasti sebab saya pun tak pernah lihat pokok jenis ini berbuah.

Jika anda menanamnya dirumah, di harap bolehlah dikongsi bersama..

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :12388

31 comments

  1. Salam.
    Mungkin juga pokok ini dikenali dengan nama pokok tepus. Nanti saya semak dengan koleksi saya.
    Terima kasih.

  2. Salam, dulu saya pernah melihat pokok Pelaga ini sekitar tahun 70an. Pokok Pelaga ini macam pokok Lengkuas cuma buahnya berbeza. Rizom Lengkuas duduknya didlm tanah tapi Pokok Pelaga buahnya tumbuh diatas tanah. Buahnya berwarna putih (muda) akan tumbuh ditepi batang pokok. Saya pernah memetik buahnya dan keringkan dulu sebelum digunakan untuk memasak. Terima kasih kerana mengingatkan saya pd pokok ini tapi saya dah tak temui lagi sekarang mungkin dah pupus agaknya. Terima kasih.

  3. Salam sejahtera, kepada sahabat yang belum pernah melihat dengan lebih dekat,mungkin nya bila terjumpa ternampak akan bertanya pokok apa kah ini ?. Kalau komen wak Din kata nama pokok tepus,mungkin juga spesis pokok tepus,tetapi pokok tepus agak besar dan tinggi.
    Seingat saya itu lah dia (gambar) pokok buah pelaga yang telah saya tahu/ingat semasa umur saya 11/12 tahun,kini umur saya 52 tahun. Saya juga pernah memetik buah nya bersama arwah ayah saya utk di jual kepada pemborong hasil tanaman herba, seperti bunga cengkih dan sebagai nya sekitar tahun 1968/69. Buah pelaga sebelum di jual, ia memerlukan proses utk di keringkan dahulu sebelum di jual.
    Buah pelaga ia berbunga dan berbuah di bawah(pangkal pokok).Bunga nya seperti bunga kantan tetapi ia berkelopak halus utk mengeluarkan bunga dan seterus nya mengeluarkan putik buah.
    Setelah buah terebut telah besar kacang putih dan warna nya hampir seakan kemerahan itu menandakan buah tersebut telah cukup tua.
    Bila buah tersebut cukup tua dan di keringkan ia akan pecah. olih itu jika mahu mengambilnya buah pelaga utk di kering kan jgn terlalu tua.
    Proses utk mengeringkan ialah: Mula mula petik buah pelaga dan di bersihkan. Setelah bersih buah tersebut di siram dengan air panas supaya buah pelaga tersebut jadi mengecut. Kemudia di jemur pada matahari yang terik supaya menjadi kecut sebagai mana yg di jual sekarang.Proses mengeringkan memerlukan 2/3 hari.Itu dahulu belum ada teknologi mesin utk mengeringkan berbanding dg sekarang dah ada teknologi yg canggih.
    Setelah betul betul kering baru lah di jual kpd pemborong dg harga RM 12 sekati (dahulu) .
    Bau daun pokok pelaga seakan bau daun tepus.

    Akhir sekali Sesiapa yg ada menenam pokok pelaga, saya ingin membeli benihnya utk saya tanam sekadar tanaman hiasan di sekiling rumah.
    Pada bulan April tahun lepas saya balih kg, dan mencari pokok pelaga tersebut kalau kalau ada yg tumbuh liar peninggalan arwah saya di bekas rumah lama di kg. Tapi nampak nya tidak ada rezeki yg menyebelahi saya.

    Sekian dahulu, sesiapa yg ada benih pokok pelaga sila hubungi saya di talian 012 3571560 (Yahya)

    Sekian terima kasih

  4. salam,;pak daud saya berpendapat macam wak din spesis tepus, tapi pokok yang dalam gambar ni nampak nya renek tidak seperti tepus liar ,tegak dan megah rupun nya,apa pun ini lah pertama kali saya lihat gambaran nya.nanti lah saya akan cuba bertanyakan pada kawan kawan yang berpengalaman.terima kasih. 21.1.2010 1.30am

  5. Salam Sdr Fazli,

    Di sudut halaman saya terdapat 2 rumpun tumbuhan yg kelihatan serupa dengan pokok pelaga dlm gambar di atas.Disebabkan kurang pengetahuan tentangnya, saya selalu menebasnya apb pokok tersebut membesar dan ‘menggangu’ pokok saya yg lain.

    InsyaAllah, saya akan memberi perhatian kpdnya dan jika betullah pokok pelaga, mungkin ia akan berbuah seperti yg sdr terangkan tu satu hari nanti. Bertambah kayalah saya dengan koleksi pokok herba. Terima kasih.

  6. memang betul-betul macam pokok lengkuas. Tapi saya memang tak pakar dalam hal ini. Terima kasih semuga ALLAH membalas kebaikkan anda

  7. salam, pokok ni memang biasa tengok. Buahnya tak pernah tengok pun. ni pun baru tau nama dia pokok pelaga. terima kasih fazlisyam….

  8. Terima kepada saudara Yahya dengan info yg diberikan.. Memang amat menarik penjelasannya.. Info sebeginilah kita perlukan bagi menambah pengetahuan generasi muda yang kurang ilmu tentang ini..

  9. Pokok ini setinggi pokok lengkuas, mengambil masa yang lama untuk berbunga. Bunganya macam bunga kunyit yang keluar pada pangkal pokok, kelopak kecil dan terdapat biji di dalamnya.. Entah mana silapnya pokok saya rajin berbunga tetapi tiada biji kalau ada pun satu dua ulas saja. Saya dah buang pokok ini sebab nampak semak

  10. masa kanak2 dulu saya pernah petik buah pelaga dekat rumah jiran kerana menyangkakan buah pelaga tu, buah kelapa lebah…kedua2 pokok ini mempunyai persamaan kerana berbuah diatas tanah iaitu pada pangkal pokok. Mak saya di kampung selalu menggunakan buah pelaga dalam ramuan supnya. Seingat saya dia x pernah beli buah pelaga ini, sebalik jiran2 sering memberi kepadanya. Insyaallah, sekiranya saya pulang ke kampung, dan jiran2 masih mempunyai tanaman ini, saya akan meminta benih daripada mereka. Nanti saya akan war-war utk rakan2 semua….

  11. Assallamualaikum,semangat pagi……..di Kota Salatiga Jawa Tengah Indonesia,……pokok ini dikenali sebagai “kapulaga”,yang mana buahnya berharga mahal……ada banyak pokok dan buah yang jarang orang ramai lihat yang ada saya miliki,pada lain waktu saya dapat berbagi pada encik semua
    salam dari Salatiga

  12. Saya penah tengok pokok nih tapi x tau pokok pelaga…hari nih baru sya tau rupa pokok pelaga..terima kasih saudara fazli dan penerangan en yahya.

  13. SAya pernah tenguk documentari TV AStro tentang penanaman pokok buah pelaga di Selatan India. dari situ saya mula tertarik dengan herba ini.

    Mengikut mak saya, terdapat orang di Pasir Mas/Salor dekat jambatan Pasir Mas, Kelantan, menanam pelaga hindi ini. Sekira ada sapa-sapa dari pasir mas/ salor bolehlah cuba tanya-tanyakan benihnya.

  14. Pokok pelaga ni biasa tumbuh di kawasan yang macam mana? Maksud saya di kawasan tanah tinggi ke atau di kawasan paya ke atau di mana-manalah. Dan adakah daunnya berbau seperti pokok lengkuas? Sape-sape yang tau tolong bagitau. TQ.

  15. Macam pokok lempoyang je rupanya, dulu saya pernah tanam pokok ni kat rumah sewa saya. Kat kampung saya pun ada pokok ni kalau betul pokok ni pokok lempoyang.

  16. Setuju dgn En. Khaldon: macam pokok lempoyang aja(istilah org. Jawa). Ia digunakan oleh orang yang baru bersalin. Saya sedang menyemainya untuk dijadikan herba / sayuran perhiasan di dalam pasu secara organik. tapi pokok ni agak lambat sikit tumbuhnya berbanding kunyit, halia dan lengkuas.
    T. kasih sdr. Fazli.

  17. Salam ingin bertanya apakah pelaga ini sejenis dgn. pelaga yg. bijinya dijual dikedai jual rempah.

  18. TU MEMG POKOK PELAGA N ADA BUAH DIE KT BWH POKOK KT PANGKAL…ORG GUNE WAT REMPAH RATUS MASUK DLM MKANAN.KT UMH SAYA ADE POKOK NI

  19. Kalau kita tanam je buah pelaga yang kita beli dari kedai runcit tu agak-gak mau tumbuh tak ye? Hmmm…saya nak cuba lah…

  20. pokok pelaga ini memang kelihatan pokok spt pokok lengkuas cuma lebih rendah dan batangnya lebih lembut kerana pokok pelaga ini sama famili dengan pokok lengkuas. Ianya berbuah pada pangkal pokok yang tumbuh berumpun itu. Tidak spt pokok lengkuas, pokok pelaga ini mempunyai buah mengandungi biji yang boleh ditanam. Beberapa tahun lepas saya ada menanam dalam jumlah yang agak banyak dalam polybag tetapi setelah dipindah ke kebun akibat kurang diberi perhatian ianya mati begitu sj. Pokok ini tidak begitu sesuai ditanam di kawasan yang terdedah di bawah pancaran panas terik matahari, sebaliknya ianya hidup subur di bawah naungan pokok-pokok besar seperti pokok kelapa atau pokok mangga. Dari segi tanah pula ianya kurang memilih jenis tanah asalkan mempunyai saliran yang baik. Baja organik sangat sesuai digunakan kalau ingin melihat pokok ini cepat membesar dan berbuah…

  21. Pokok buah pelaga memang hampir menyerupai pokok lengkuas, terutama lengkuas genting @ keting yang biasa tumbuh meliar. Cuma bezanya lengkuas mengeluarkan bunga & berbuah pada hujung pokoknya, bukan pada pangkal @ umbinya seperti pokok pelaga & juga pokok kesing @ pepijat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam