Pokok Pecah Kaca

daun-pecah-kaca

 

Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 – 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma).  Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.

Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).

Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.

Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.

Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.

Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis. Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.

Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis.

Number of View :34596

28 comments

  1. menarik nya info mengenai pokok ini dan sungguh berkhasiat , diharap pihak berkenaan kajian ini dapat mempersepatkan kajian mereka supaya ianya dapat dimanfaatkan kepada penyakit-penyakit yang disebut tersebut.

  2. pokok pecah kaca ni juga bagus direbus dan jadikan
    minuman untuk tujuan memecahkan batu karang
    dalam buah pinggang atau hempedu.pokok ni kita boleh
    lihat banyak ditanam di kawasan rumah orang2 cina.

  3. saya ingin bertanya..adakah pokok pecah kaca ini boleh mengubati kanser paru2…dan bagaimana cara yang terbaik untuk memakannya..terima kasih

  4. laaaa banyak khasiat rupa2nya. kat belakang rumah saya pun ada, rimbun bbeno. isteri saya selalu cantas sampai jadi dogel. tapi lama lama tumbuh semula dengan daun yang lebih subur dan segar. permukaan daun agak kasar. bebaru ni, abang ipo tidak boleh buang air kecil dengan lawas, saya bagi beberapa helai daun ni, suh dia rendam je dgn air panas dan minum selepas 15 minit direndam. Alhamdulillah, kencingnya lawas sampai hari ini.

  5. Saya nak tanya pd yang tahu cara2 utk merawat sakit batu karang…maksudnya berapa helai daun yang patut direbus dan sebagainya….

  6. Orang yang gemuk, boleh jadi kurus ke kalau minum air rebusan daun ini. Kalau nak rebus, berapa helai daun di perlukan?

  7. saya panggil daun kaca beling tak payah nak rebus-rebus beli aje produk HPA , minuman ALG satu uncang satu gelas memang bagus melawas buang air kecil dan masalah batu karang

  8. tumpang tanye , kalo mao minom airnye , bapo helai yang nak direbos ? haaaa , akornye bole ke rebos skali ek ? em , satu ari bapo kali minom ? pas rebos , bole tahan bapo lame ? sumbat dalam peti ais bole tak ? ayak ni bole basi a kalo biokan ? 😛

  9. Salam..saya ingin bertanya..sekiranya untuk mencegah/merawat kanser payudara adakah perlu untuk ambil ekstrak daunnya atau memadai dgn meminum air rebusan sahaja…saya amat hargai jika ade sesiape yg boleh membantu

  10. Salam marziana. Untuk mencegah/merawat breast kanser mungkin awak boleh cuba ubat keladi tikus. Alhamdulillah dah ramai juga yg berjaya disembuhkan. For further info you can contact me at 016-6656786 or check my web at http://www.keladitikusubatkanser.com. Mana tahu mungkin awak serasi dgn ubat ini. Kita berusaha, Allah yg menentukan.

  11. Salam..Saya amat berminat dengan anak pokok pecah beling nie. Saya tinggal di butterworth, dekat mana saya boleh dapatkan pokok ini. Terima kasih

  12. Salam, saya pun baru tahu khasiat daun pecah kaca dari tukang urut kat kg. Formula dia, untuk keadaan normal/ cegah penyakit, ambil 4 helai daun dan rendam dalam air panas (boleh rendam 2 or 3 kali), dah sejuk minumlah setiap hari. Untuk batu karang, rebus 33 helai, manakala jantung tersumbat, rebus 55 helai dalam periuk besar (rebus sekali sahaja). Air boleh simpan dalam peti sejuk dan minum tiap2 hari ….. Sudah terbukti katanya ….

  13. hihihihi….
    I LIVE IN TAIWAN. would you sell Daun Pecah Kaca
    for me ???and how much?
    give me a mail .thanks
    Ina Lee

  14. assalam…pokok pecah kaca ni ada depan umah saya..klu sesapa nk leh contact sy…0123391511…umah saya kt area jln padang tembak/jln semarak…untuk memelihara kesihatan bersama

  15. Salam 1Malaysia,

    saya mohon untuk dapatkan daun pecah beling. kata suami saya, daun pecah beling turut berperanan dalam menyembuhkan penyakit jantung.

    Saya mahu dapatkan untuk kesihatan suami saya. Kalau sesiapa yg boleh membantu hubungi saya emel saya di cisa.1608@gmail.com

    Terima kasih di atas keprihatinan dan rasa sayang sesama manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam