March 29, 2024

patawali

Patawali atau nama saintifiknya Tinospora crispa dipercayai dapat merawat sakit kulit, merawat darah tinggi dan kencing manis. Caranya ialah batang pokok ini dipotong, direbus dan diminum airnya.

Pernahkah anda melihat pokok ini? Pokok ini masih banyak lagi dijumpai di kampung-kampung dan ianya mudah hidup dengan menjalar dan menumpang pokok-pokok besar yang lain.

Mungkin anda pernah menggunakan pokok ini dalam merawat sesuatu penyakit. Harap dapat dikongsikan di sini…

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :39138

64 thoughts on “Pokok Patawali

  1. yer saya pernah mencuba pokok ini terhadap suami saya yg menghidap kencing manis..dan ianya mmg terbukti boleh menstabilkan gula didalam pesakit kencing manis. tapi harus diamalkan selalu..

  2. Ya.Saya pernah gunakannya pokok ini banyak terdapat di kampung kampung sekarang masih ada lagi untuk bagi penyakit untuk lembu pun boleh bila ia tak selera makan kita ambil pokok patawali ini dua urat digulung dan di suap ke mulut lembu insyaallah boleh berjaya sebab saya dah amalkannya semasa kat kampung dulu.

  3. Pokok Patawali ini memang saya pernah jumpa. Tak silap saya ianya digunakan utk merawat penyalit kencing manis & darah tinggi. Tapi kalau nak minum air rebusan pokok ini…Hmmmm… Pahit tahap cipan la. Ada doktor kata kalau sesuatu benda yg terlalu pahit dimakan boleh effect hati kita. Tak tau ler. Tapi saya memang tak sanggup kalau nak minum air rebusan Patawali ni. Rasa getah dia pun dah patah selera makan. Kalau nak diet leh amalkan kot 😛

  4. kt kg sy mmg ader..dpn umh aje.pokok n menjalar di ats pagar jiran sy.di tempat sy bekerja..kami tanam pokok patawali di dalam satu plot dan sedang bekerjasama dgn jabatan pertanian pahang untuk skim organik malaysia@SOM.

  5. biasanya orang kampung buat pisahkan anak dengan botol susu atau susu dada.caranya,sapukan keratan pokok ini ke puting botol susu atau puting buah dada ibu.rasa pahit pokok tersebut membuatkan kanak-kanak serik nak hisap botol atau nak menyusu dada lagi….

  6. Saya baru saja menyemai pokok ini. Walaupun rasanya pahit ia banyak kegunaannya dari segi perubatan dan kesihatan.Saya telah mempraktikkannya sebagai vitamin landak dan ikan saya.

  7. Pokok ni memang baik disegi khasiat saya sendiri ada menanam ditepi rumah dan menjalar di pokok limau. Saya sendiri suka merebus dan meminum nya, mak lum saya dah semakin berumur jadi gula dalam darah dibadan kena kawal untuk mengilakan dari kencing manis. Semua orang tahu negara kita ni dipenohi dengan tumbuhan yang berbuah manis. Terima Kasih

  8. Memang diakui pokok ini banyak khasiatnya. Maklumat khasiatnya belum tersebar luas, Kalau ada maklumatnya bolehlah dikongsi bersama.

  9. pokok ni tmbuh mjalar kt pagar rumah i.potong camne pun dia tmbuh balik.jiran i yg bgtau yg pokok ni leh kurgkan drh tinggi, so i & hubby try rebus keratan btgnya & mnum..pahit tak leh nak kata lah.skrg ni pn pokok ni still hdup

  10. Saya ada tanam pokok ini. Khasiat yang saya tahu ialah untuk dimakan sedikit-sedikit. Saya dah rasa, pahit bukan main. Bukan setakat semasa makan itu saja, makan lepas itu pun pahitnya masih ada. Sapai satu hari satu malam pahitnya/
    Tapi kata orang kalau rantingnya yang menjalar itu diambi sepanjang satu pengikat perut dan makan sikit-sikit sampai habis, anda tidak akan dapat kencing manis dan tidak akan digigit olrh apa binatang pun yang menghisap darah. Langsuyur atau sejenis dengannya saya tak taulah pula.
    Pokoknya senang tumbuh dan senang membesar. kalau dibajakan lagi cepat segarnya.

  11. info yang cukup bagus. kadang-kadang tumbuh-tumbuhan di sekitar rumah kita paling berguna untuk ubat-ubatan namun kita tiada info pun. harap ruangan ini memberikan lebihan info mengenai tumbuh-tumbuhan yang hidup disekeliling kita untuk dijadikan ubat. sungguh berguna. terima kasih.

  12. Salam.
    Usaha-usaha sedang dijalankan untuk extract bahan dari pokok patawali ini.
    Kajian juga sedang dibuat berdasarkan legenda dan kepercayaan orang-orang kita yang menyatakan ia boleh menyembuhkan kencing manis dan darah tinggi.
    Cuma yang sedihnya: Kenyataan di atas adalah satu kenyataaan sahaja yang masih belum ada bukti dan faktanya.
    Siapa yang perlu bertanggungjawab mengetengahkan fakta ini?
    Boleh komuniti kita menggembeling pikiran dan tenaga bagi memajukannya?

  13. Pokok patawali memang ada di kawasan kampung saya. khasiatnya memang telah diketahui umum tapi setakat ini hanya dengar khasiatnya je. testimoni tak nampak. Kalau ada akan menjadi lebih dipercayai. tk

  14. Salam, saya dah pernah mencuba pokok patawali ini memang pahit betul2 pahit. Saya pernah mencubanya dengan mengeringkan batang pokok ini dan apabila dah betul2 kering saya mula mengisar batang patawali ini sehingga menjadi serbuk dan saya memasukkan serbuk ini kedalam kapsul supaya senang menelannya dan tidak akan merasa pahitnya lagi.

  15. salam, dulu kat rumah saya banyak. melilit kat pagar rumah. skrg dah pupus. air rebusannya memang pahit gila. bagi yang nak diet eloklah minum air tu. sebab kalau dah minum, selama seminggu apa yang kita makan semua rasa pahit…

  16. salamm….
    mrning..
    kat umah sy byk pokok ni..
    tp ayah sya dah byk buang sbp dia sng sgt mjlar..
    n sng idup ler..
    kte ayah byk khasiat yer pkok ni…
    ok..
    tq.
    coz rmai bminat nak tau tntg pokok ni..

  17. Salam buat semua,
    Nama pokok ini memang pernah dengar, tapi khasiat atau pokoknya saya tak pernah tengok.
    Saya berminat nak tanamnya, sesiapa boleh beri saya pokok ini dan bagaimana nak minum airnya?
    Apa sukatan atau perlu dikeringkan dahulu?
    Saya tinggal diBukit Beruntung dan berkerja di Section 13 PJ.
    Terima Kasih.

  18. Hi…
    kat umah kalo pokok nie baru jer nak naik menjalar, cantas jer. terutama kalo menjalar dan melilit kat pokok buah-buahan…sekiranya pokok buah berbuah….huh..buah tu tak manis…buah mata kucing, limau bali dan rambutan…memana yg da dililit dahan pokok…sekiranya berbuah, buah tak manis langsung..tawar jer…walaupun pokok patawali nie di cantas dari bawah dan terpisah dari batang induk nyer….sapa sangka pokok patawali nie, keratan atas nyer bole hidup..tak percaya..cuba kerat sepanjang semeter dua…baling atas pokok..tgok la nanti..hidup ler atas pokok tu(saya da pernah cuba…sbb sebelum nie semua pokok buah tu manis sebelum nyer, saya nak membuktikan pokok patawali bole hidup walaupun keratan batang dibuang atas pokok lain, pasti akan hidup..ternyata benar…atau kebetulan. malang nyeer pokok buah buahan jadi mangsa…hehehehe)…tp jangan sesekali baling atas pokok buah buahan tau…rugi wooo….agak nyer..sebab rasa pahit pokok patawali menyebabkan buah manis menjadi tawar..sapa tau…bole jalankan uji kaji untuk memastikan perkara ini….

  19. salam saya pernah memakannya semasa zaman remaja ketika berjaga malam ..semasa menhalau tikus disawah…. segelas air yg direndam sedikit keratan pokok ini….membuatkan badan kita berasa panas dalam kesejukan malam.. sekian

  20. Patawali ke nama pokok ni?? Ingatkan Bakawali. Di Jabatan Pertanian IPRS Pontian, Johor ada pokok ni. Diusahakan oleh En. Asriya bin Safri sebagai Koleksi Herba.

  21. Assalamualaikum..,
    Patawali atau seruntum (panggilan diutara) memang pahit. Ia mujarab juga untuk mendatangkan/membangkitkan selera makan. Caranya: potong batang/akar seruntum anggaran sehasta dipotong nipis dan masukkan kedalam botol ,kemudian masukkan cuka ( cuka padi/buah) kedalam botol tersebut biar melepasi cebisan potongan akar yang dipotong tadi simpan selama 7 hari atau sepuloh hari.
    Minum pagi/petang satu sudu besar air cuka tersebut ,cuka tidak terasa dan pahit pun tidak terasa yang terasa sejuk turun keusus ,saya dah amalkan bertahun alhamdulillah 3 pinggan nasi tu biasa aja..wasallam fakir adenan bahari 0134412250

  22. mmg orang2 tua cakap pokok ni dapat mengubat penyakit darah tinggi. rasanya pahit sangat-sangat. dan lebih pahit dari pokok hempedu bumi. selain itu, nyamuk, pacat, lintah dan spesis penghisap darah tak berapa selera nak hisap darah mereka yang mengamalkan minum air rebusan pokok ini.

  23. salam ,pokok patawali juga kalau di tempat saya dia orang panggil akar pait @ pahit sebabnya akarnya kalau dimakan memang pahit sungguh.saya pun selalu makan juga ,orang tua-tua kata kalau ukur dari hujung rambut hingga hujung kaki boleh di hindarkan penyakit kencing manis,darah tinggi bahkan nyamuk pun tak gigit.Wallah hua’aklam.

  24. Dikenali juga dengan nama akar seruntum diutara diguna sebagai herba ubatan tradisional rasa pahit yang melampau….sehinga darah pun dipercayai akan menjadi pahit jika jika diamal memakan keratan batang sehingga boleh menghidarkan gigitan nyamuk…suatu masa dulu orang kampung saya menyediakan keratan batang seruntum ini didalam tepak sirih untuk dimakan bersama pinang ketika berbual.

  25. Dalam bahasa tempatan Sabah (bahasa Dusun) tumbuhan ini dikenali dengan nama SAPAI. Tumbuhan ini memang sangat pahit. Malah lebih pahit daripada hempedu kerana saya sendiri pernah meminum air rebusan akar patawali ini.

    Orang yang menghidap darah tinggi kerana disebabkan oleh kadar gula yang tinggi dalam darah boleh sembuh dengan mengamalkan meminum air rebusan akar patawali.

    Tetapi kepada mereka yang ada darah tinggi sahaja, akar patawali ini jarang dapat menyembuhkan malah akan memudaratkan jika diamalkan. Itu yang saya dengar dari beberapa orang yang ada darah tinggi sahaja yang pernah mengamalkan herba ini.

    Sebenarnya akar ini tanpa direbus pun boleh menjadikan air minum menjadi pahit. Caranya mudah sahaja. Cuma letakkan akar ini di bawah botol air atau gelas yang berisi air selama 1 malam. Esok pagi bila kita minum…pahitnya bukan kepalang.

    Arwah ibu saya dulu menggunakan cara ini untuk menjaga tekanan darah tingginya dan bukannya direbus kerana katanya jika direbus, khasiatnya hilang. Dia minum sebelum makan sebarang makanan setiap pagi dan dia tidak pernah menghidap darah tinggi mahupun kencing manis. Oleh kerana itu walaupun ibu saya sudah lama meninggal dunia (kerana kanser), saya tetap menjaga kesuburan akar patawali yang telah ditinggalkan oleh arwah ibu saya sejak 7 tahun yang lalu.

    Tumbuhan ini sebenarnya jika kita biarkan menjalar pada pohon yang rendang, ia akan kelihatan sebagai hiasan kerana strukturnya yang lurus mencecah bumi.

    Terima kasih.

  26. saya pernah lihat arwah bapa saya menggunakan akar patawali utk dibuat ubat kencing manis. Caranya akar itu di jemur kering kemudian ditumbuk halus kemudian akar yg halus tadi di masukkan kedalam kapsul yg kosong utk ditelan sebagai pil. Tapi awas jangan terlalu banyak makan @ minum air patawali ini kerana ia boleh menyebabkan kita kekurangan gula yg banyak di dalam badan. Bila ini berlaku ini boleh menyebabkan lemah @ koma.

  27. Batang pokok patawali sangat pahit. Saya gunakan buat racun serangga organik yang mana saya campurkan dengan 2 lagi batang atau daun pahit (daun hempedu bumi). Kalau suruh saya minum airnya tak sanggup. Ramuan herba ini dapat menghalau semut atau ulat daun pada pokok sayur yang kita tanam.

  28. Rasa pernah tengok kat belukar tapi betul ke tidak nanti tersalah.sesiapa yang tau pokok ni sisebut apa? di sayawak tolong bagi tau ye

  29. SALAM, SAYA SELALU GUNAKAN POKOK INI SEBAGAI DIET SAYA, KALAU NAK MINUM @ TELAN MEMANG TAK TAHAN RASANYA,
    CARANYA ADALAH
    -DENGAN MENJEMUR DAN MENGISAR/MESIN SUPAYA JADI DEBU/SERBUK
    – KEMUDIAN MASUKKAN DALAM KAPSUL(BOLE BL KAT KDAI)
    JADIKAN AMALAN 2BIJI SBLUM TIDUR,

    KHASIATNYA ALHAMDULLILLAH PERJALANAN DARAH BAIK, TEKANAN & KANDUNGAN GULA DALAM DARAH STABIL, BAGI YANG ADA RASA LEMAH BADAN @ MALAS NAK BGN PAGI @ SELALU SAKIT KPALA CUBALAH AMALKAN

  30. ya pokok patawali atau dikenali sebagai sapai di Sabah memang sering digunakan dlm perubatan tradisional untuk merawat kencing manis dan darah tinggi. pokok ni memang pahit. tak payah rebus… rendam ja dalam air suam pasti airnya akan jahi pahit…

  31. Hello my friend,
    Thank you very much for your e-mail
    My name is Nagappan Ramiah berasal dr PD N.Sembilan.
    Sebenarnya, saya mengguna Patawali ni sejak 4 thn lepas.
    Biasanya saya mengambil 3-4 kerat batang Patawali setiap 2 hingga 3 hr sekali pd waktu mlm.
    Saya mskan dlm segelas air panas dan tutup dgn rapat.
    pagi seterusnya saya akn minun belum gosok gigi…
    It’s really help me to control my sugar, my pressure and i feel active.
    It’s really good.

  32. Hello semua,
    saya dari sabah, memang benar tumbuhan ini membawa kebaikan kepada kesihatan kita tetapi penggunaannya haruslah mengikut mengikut keperluan kerana saya difahamkan bahawa mengamalkan meminum air rendaman tumbuhan ini boleh menyebabkan kurang darah sekiranya diamalkan berpanjangan….

  33. Saya baru saja menanam pokok patawali ni kira-kira sebulan yg lepas kerana terjumpa tumbuhan ini begitu banyak di sebuah felda yg saya kunjungi – Alhamdulillah…dpt info yg begitu byk tentang khasiatnya..tetima kasih kepada penulis..

  34. Saya kurang maklum tentang hasiat perubatan pokok patawali. Saya tahu pahit rasanya. Dan saya tahu pada masa dahulu ibu-ibu di kampung saya sapukan cecair dpd batang patawali pada punting susu supaya anak mereka berhenti menetek ! Pahitnya !

  35. Saya pernah nampak dan cuba rasa pokok ini, ianya sangat pahit. Kata orang ianya bole dibuat tuba untuk menuba ikan.

  36. disamping kebaikan yang diberi oleh responder semua spt diatas, saya yang telah mengamalkan tumbuhan diatas, ingin memberi amaran tentang kesan buruk tumbuhan ini, ia boleh menyebabkan tulang reput, terutamanya gigi, dahulunya saya tak percaya kata orang tua, selepas nak habis sekaki yang dimakan satu inci setiap hari. gigi saya menjadi reput dan mudah patah atau terpecah. Dahulu saya mempunyai gigi yang cantik dan sihat. X caya? kalau nak rasa cubalah!

  37. bila saudara Hassan menyebut gigi boleh jadi reput.. takut juga saya nak cuba.. sejauh manakah kenyataan ini benar atau ianya cuma kebetulan semata-mata?

  38. saya telah amal meminum air patawali sejak dua puluh tahun lalu hingga sekarang alhamdulillah bagus semuanya. diabtes, cardio, darah tinggi, patawali juga membuat saluran darah lancar. bagus untuk lelaki. eh emm.

  39. Bapa mertua saya ada tanam pokok ni dan dibiarkan menjalar pada railing anjung rumah. Mak mentua saya orang jawa, panggil pokok ni ‘brontowali’. Batangnya direbus dan airnya diminum untuk kawal darah tinggi. Daunnya pula kalau ditumbuk lumat boleh dipupuk pada bahagian badan untuk penyakit gatal2.

  40. Kaum Bajau namakan akar ini Urat Nuwali. Kaum Kadazandusun panggil sapai, sebab dia ditanam hanya diampai atau disangkutkan dipagar dan sebagainya, tidak perlu tanam ditanah. Ia boleh menjadi ubat untuk manusia dan haiwan. Hati- hati menggunanya sebab boleh mencairkan darah dan menghilangkan gula dalam badan. Kalau ingin meminum airnya cukup keratannya ditaruh dibawah bekas atau botol minuman semalaman, bisoknya bolehlah diminum dan rasakan nikmatnya. Huek pahitnya.

  41. Pokok ini boleh mengubat darah tinggi. Ambil batangnya, rebus dan minum airnya 2 kali sehari. Insya-Allah, aku berhasil. Untuk pengetahuan anda semua, pokok ini pahit rasanya … pahit yang teramat..

  42. salam.. sy akn wt presentation mggu dpn. n sy b’cdg nk ambk tjuk ni.. klu leh bg la cdgn.. sy rse, pkok ni cm de je kt tpi umh sy..sy x tau lk yg pkok ni ade khasiatnye..hehe..:)

  43. Semalam saya baru guna akar seruntum / pakawali ni untuk dijadikan bahan didalam projek EM Serangga kami di Sik, Kedah.

  44. ada kat uma sy,,,mksd sy luar pagar uma saya…jiran saya dkenali dgn nek mon,comel ,,,haha dy tanam ..

  45. ada yang menamakan pokok ini “akar seruntun” mudah tumbuh dari jenis pokok melilit di pohon-pohon besar.
    rasa nya sangat pahit & banyak khasiat unt perubatan melayu. Tetapi tidak boleh terlalu kerap pengambilan nya.

  46. Assalamualaikum.
    Saya ada satu pengalaman nak kungsi bersama, ada seorang pesakit datang untuk rawatan, dia tanya saya ada tak pokok putar wali ni, saya kata ada. Dia kata, ada seorang pekerja di kebunnya, berkata : Awak tanam lah apa apa-pun di kebun ni, tapi jangan tanam pokok putar wali ni, nanti “orang saya” lari. Dengan percakapan yang sepontan itu saya termenung sejenak, apakah maksud”Orang saya lari : tu?, tapi saya tak tanya pun siapa dia tu. saya buat kesimpulan sendiri.. mungkin orang halus kut.. entahlah.. mungkin juga herba ni jadi alagik pada makhluk halus, macam kita juga, alagik pada duri . Betul tak?.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam