Pokok orkid

Menanam orkid adalah satu hobi yang menarik, menceriakan dan terapeutik sekiranya kita memahami ciri-ciri dan keperluan spesifik jenis orkid yang ditanam. Terdapat beberapa faktor asas yang perlu diambil kira untuk mencapai kejayaan di dalam penanaman bunga orkid. Namun, ramai yang lebih suka membeli dari menanamnya.

Pada kebiasaannya, kecantikan bunga merupakan kriteria utama bagi peminat orkid apabila membeli orkid. Membeli pokok orkid yang sedang berbunga merupakan satu panduan penting. Walaupun harganya agak mahal, namun, kita dapat mengetahui bahawa pokok itu sudah matang dan sekira dijaga dengan baik ianya akan berbunga lagi. Tambahan pula, jenisnya dapat diketahui dan ini memudahkan bagi penyediaan keperluan penjagaan kerana setiap jenis orkid berbeza keperluannya.
Setiap pokok orkid yang dibeli, biasanya mempunyai label nama bagi orkid berkenaan dan sekiranya tidak mempunyai label, pertanyaan boleh diajukan kepada pemilik kedai bunga atau nurseri tersebut.
Bagi mereka yang baru mula berjinak dengan penanaman orkid, saya syorkan supaya membeli jenis orkid yang murah, dan biasa terdapat di pasaran seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Setelah anda memahami dan mendapat pengalaman yang mendalam serta mantap, barulah anda membeli orkid yang lebih eksotik.
Penyediaan keperluan Orkid
Setelah kita tahu jenis orkid yang kita beli, kita mesti meletakkannya di tempat yang bersesuaian samada di luar atau di dalam rumah. Faktor persekitaran patut diambil kira bila menanam orkid.
Secara umumnya, kita tidak perlu ruang teduh yang banyak sekiranya pokok yang ada hanya sedikit. Berikut adalah panduan untuk menanam beberapa jenis orkid yang banyak di pasaran.
Ciri-ciri Orkid
Umumnya, orkid boleh dibahagikan mengikut ciri pertumbuhannya iaitu monopodial dan simpodial. Monopodial adalah orkid yang mempunyai hanya satu batang dan akan tumbuh meninggi. Tangkai bunganya akan keluar di antara daun. Contohnya, orkid Vanda, Mokara dan Phalaenopsis. Manakala orkid simpodial pula mempunyai rizom, iaitu batang yang tumbuh rapat dipermukaan pasu. Beberapa pucuk baru akan tumbuh daripada bahagian ini. Tangkai bunga akan keluar di penghujung pucuknya. Selepas berbunga, pucuk baru akan tumbuh dan berbunga. Contoh orkid simpodial ialah Oncidium, Dendrobium, dan Catteleya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :16088

6 comments

  1. Bagaimana nak selamatkan pokok orkid yanga dah layu?
    tgk pokok tu dah hampir nak mati,spai daun pun kuning2.sayang la sbb beli mahal2

  2. cepat2 siram.letak tempat tedu.tengok perkembangannya.atau mungkin ada haiwan perosak yg menyerang pokok anda.orkid perlu disiram 1 kali sehari jika ditanam dengan bata n arang.

  3. saya pun baru mencuba-cuba tanam orkid tapi sebagai permulaan saya tanam oekid jengking dan beberapa spesis yg senang nak hidup. Yang tak perlukan tempat yang terlalu teduh sangat.

    Baru-baru ini orkid saya diserang kumbang kuning yang makan bunga yang belum kembang. saya cuba sembur dengan malathion selama seminggu. Kumbang dah tak de tapi orkid saya kuning daunnya macam panas..kenapa ye? Malathion tak sesuai untuk orkid ke?

  4. suami suka menanam orkid, rasa2nya orkid dlm gambar tu dari generaPhal bellina. Dulu ada juga orkid jenis ini, tapi sekarang pokok tu dah mati. Memang berbau wangi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam