Pokok Limau Telur Buaya

limau-telur-buaya6

Artikel kali ini mengenai sejenis buah limau yang jarang dijumpai dijual di pasar apatah lagi di Carrefour atau Tesco. Apa pun terima saya ucapkan kepada Kak Noris yang mengirimkan gambar pokok limau telur buaya yang sedang berbuah ini kepada saya.

limau-telur-buaya

Nak tulis rasa dah tak larat, jadi.. saya copy paste  kata-kata dari Kak Noris ni… “Just nk kongsi gambar buah limau telur buaya yang kebetulan berbuah ketika balik kg baru2 ni… Buahnya memang saiz lemon cuma warna hijau pekat. Kulitnya agak tebal tetapi tidak pahit seperti limau nipis. Isinya seperti juga limau nipis, cuma tidak terlalu berjus.

limau-telur-buaya3

Kerana itu ia sesuai dijadikan acar limau (popular di Kedah,Perlis & Penang) kerana kulit yang tebal tu terasa empuk serta gebu bila dimasak. Apapun terlupa la pulak kak nak petik dan belah supaya isinya lebih jelas.”

Number of View :23156

2 comments

  1. Saya ada tenguk siaran masakan Mexico di Astro yang menggunakan buah limau bernama “lima” untuk memasak ikan. Bila saya google internet, (http://www.hort.purdue.edu/newcrop/morton/mexican_lime.html) katanya buah “lima” ni berasal dari Indo-Malaya. Ada jugak orang putih yang tergila-gilakan air limau yang dibuat dari buah “lima” ni. Mereka namakan air lima ni “agua fresca”. Saya tidak pasti mana satu yang dipanggil buah “lima” oleh orang Mexico ni; limau asam kah, limau kasturi, limau nipis atau lain-lain? Untuk makluman, orang Kelate memang memanggil segala buah limau sebagai buah “lima”.

  2. i am looking for the buah limau telur buaya. if you have stock or contact of any orchard please whatapp or call me at 0125159815. TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam