March 28, 2024

Pokok Lakinang atau nama saintifiknya Alpinia mutica adalah sejenis pokok herba yang jarang dijumpai. Tumbuhan dari famili Zingiberaceae ini sama seperti pokok halia dan kunyit iaitu mengandungi rizom di bahagian akar. Pokok ini juga dikenali sebagai False Cardamom Ginger.

Kebiasaannya ia ditanam sebagai tanaman hiasan bernilai terutamanya bahagian bunganya.

Sekali pandang bunganya seakan bunga orkid yang mempunyai warna yang menarik.

Dari segi khasiat perubatan ia dikatakan dapat merawat selsema dan menyejukkan badan. Caranya, adalah dengan merebus rizom (ubi) tersebut dan diminum air rebusannya.

Jika anda ingin melihat tumbuhan ini dengan lebih dekat silalah berkunjung ke Taman Herba Negeri Perak.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :15328

1 thought on “Pokok Lakinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam