Pokok Kucing Galak

Pokok Cika Mas atau nama saintifiknya Acalypha indica L. tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Pokok ini sangat dikenali dengan panggilan pokok kucing galak. Ini kerana, ia bukan sahaja berfaedah kepada manusia tetapi juga kepada haiwan yang bernama kucing. Pokok ini kebiasaannya tumbuh liar dan kebetulan pula terdapat satu pokok yang tumbuh dalam pasu. Saya biarkan ia membesar untuk melihat pertumbuhan dan sifatnya.

Menurut beberapa rujukan,  pokok ini digemari oleh si kucing disebabkan beberapa perkara. Yang pertamanya adalah bagi menambah tenaga untuknya mengawan serta boleh mengembalikan tenaga terutama selepas melahirkan anak.

Pokok Galak Kucing ini dikatakan mampu mengubati sistem pencernaan kucing. Jadi ia boleh hidup dengan lebih sihat. Kebiasaannya, si kucing dilihat menyendiri dan kadangkala menghilangkan diri untuk merawat dirinya sebelum kembali sihat sediakala.

Percaya atau tidak, dikatakan kucing akan menjadi teruja apabila dapat bermain dengan pokok Galak Kucing ni. Namun, perlu diketahui bahawa pokok Galak Kucing yang belum dicabut tidak akan mendatangkan apa-apa tarikan untuk si kucing. Jadi, Pokok Galak Kucing ini  perlu dicabut dari tanah bagi membolehkan si kucing menghidu baunya.

Bahagian pokok ini  bukan sahaja mempunyai khasiat untuk kucing tetapi juga kepada manusia. Di Afrika dan India, pokok ini digunakan secara tradisi untuk tujuan merawat  mata, ulser, penyakit kulit, athma, lawas kencing, bronkitis, sakit perut dan pelbagai lagi. Ada juga beberapa produk minuman yang mencampurkan ekstrak pokok kucing galak bagi menarik perhatian pembeli khususnya kopi segera. Sejauh mana ia memberi khasiat kepada peminumnya, saya tidak dapat dipastikan.

Number of View :362
Baca:  Pokok Lidah Naga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam