Pokok Kelulut

kelulut

Pokok Kelulut atau nama saintifiknya Urena lobata juga mempunyai keistimewaan dari aspek perubatan herba atau tradisional. Selain dikatakan dapat merawat sakit gigi ia juga dapat digunakan membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin.

kelulut2

Apa yang paling menarik, ia juga dipercayai dapat merawat penyakit najis berlendir. Caranya ialah dengan merebus akar atau daun pokok tersebut dan kemudian dicampur sedikit garam. Selepas itu anda boleh minum air rebusannya sehingga penyakit tersebut berkurangan.

Number of View :9296

43 comments

  1. Saya banyak jumpa pokok ini. Baru saya tau khasiatnya. Terima kasih info ini. Saya cadangkan tuan cari kasiat daun gelenggang.

  2. Ada satu lagi kegunaan daun kelulut ni. Zaman kanak-kanak dulu, aku buat getah perangkap burung. Alaa macam getah perangkap tikus kat rumah. Caranya ialah ambil daun kelulut dalam jumlah tertentu lepas tu taruk air dan ramas hingga menjadi cecair berkendir.
    Tapiskan dan ambil cecair kamudian campur dengan susu getah. Kacau sehingga menjadi getah kental untuk dibuat perangkap burung atau tikus.
    Sukatan saya tak sertakan.

  3. pokok kelulut ini memang banyak kat dikawasan kampong,terutama di kawasan padang….memang banyak khasiatnye….selain dari apa yg saudara tahu ada lg khasiat pokok kelulut ini,ianya boleh jugak merawat penyakit darah tinggi,ambil akar pokok ini dan dicampurkan dengan akar pokok palas dan direbus hingga airnya tinggal secawan pas 2 minum….insyallah

  4. Salam .Waktu saya masih budak budak dahulu saya suka menahan getah burung .jadi air ramasan daun kelulut itu saya adunkan untok caporan getah burung tersebut agar ia nya menjadi lebih melekat.terima kasih fazli kerana info .ini lah baru tau yang pokok kelulut ada mempunyai khasiat ubatan.

  5. saya pernah lihat pokok kelulut tapi tidak tahu khasiatnya.sekarang sudah tahu khasiatnya, terima kasih krn memberitahu kegunaannya.

  6. Pokok ini banyak terdapat di kawasan belukar dan kawasan berpasir. Orang yang baru bersalin dikampung saya banyak gunakan ia sebagai bahan ubatan tradisional. Dikampung saya terdapat satu kampung yang diberi nama kampong kelulut. Ia terletak di daerah marang terengganu dan dekat rantau abang,

  7. salam..sy knl pkok nie.byk sgt kt tepi2 jln……..
    buahnye bleh melekat kat seluar. tp khasiatnye sy xtaw plak

  8. Saya pernah lihat pokoknya, tapi tak tau khasiatnya, air dari daunnya memang berlendir sebab masa kecil dulu pernah main pondok2. Terima kasih info dari En. Fazli

  9. Di kg saya ada dua jenis pokok ini, berbunga putih dan berbunga ungu
    kedua nya mempunyai berlainan kasiat herba nya

  10. salam. saya pernah melihat tumbuhan ini di kebun dan saya tebas begitu saja kerana tidak tahu kegunaannya. Terima kasih atas info ini dan setiap kejadian alam ini ada manfaatnya.

  11. Tq di atas info menarik.zaman kanak2 saya biasa jumpa pokok ni. buahnya selalu melekat kat kain bila berjalan. mcm berduri sikit.

  12. salam…terima kasih di atas maklumat yang fadzlisham berikan. Memang tumbuhan ni banyak melata. kekadang fedup juga bila buahnya melekat kat baju. selama ni tak tak tahu pula ada khasiatnya.

  13. Terim kasih, jika pokok ini tidak diberi perhatian, lama kelamaan akan pupus, maka rugilah anak cucu cicit kita tidak dapat mengenalinya. Alangkah baiknya jika ada satu-satu badan yang mengambil langkah-langkah drastik bagi mengelakkan kepupusannya

  14. Pokok kelulut ni yang saya tahu digunakan untuk sembuhkan buasir. Suami saya pernah cuba dan hasilnya memuaskan. Cubalah. Rebus satu pokok dan rebus sampai air jadi setengah. Pastu minum.

  15. Saya biasa tengok pokok kelulut ni, di kampung saya pokok ni selalu tumbuh dan kebiasaannya digunakan untuk menyapu sawang di syiling dan atap rumah.Saya sendiri biasa menggunakannya dulu sebelum adanya penyapu sawang.Tetapi tentang khasiatnya memang saya tak tahu.

  16. salam…. aku dengar ada orang kata, pokok kelulut boleh wat mengubat orang yang patah tulang. yang paling mujarab, bahagian akarnya. betul ke tak aku tak taulah. sebab belum cuba….
    masa kecil2 dulu, ada budak2 nakal gunakan buah dia untuk menyakat orang yang berambut panjang. caranya, taburkan buah kelulut ke ats rambut mangsa, pasti melekat dan kusut masailah rambut mangsa.. he2….

  17. Zaman kanak2 kampung dulu buah nih guna untuk menyakat kawan2 ja sebab dia mudah melekat pada tshirt dan rambut …..baling pun bleh melekat…kegunaan lain baru tau tq en fazli.

  18. kat umah sy byk pokok ni…tumbuh meliar…memori zamak kecik2 dulu…pernah buah kelulut lekat di rambut….susah n sakit sangat lah nak kluarkannya…..hehehe…tergelak time igt zaman main masak2 dulu….

  19. salam…kat umah sy byk pokok ni…tumbuh meliar…memori zamak kecik2 dulu…pernah buah kelulut lekat di rambut….susah n sakit sangat lah nak kluarkannya…..hehehe…tergelak time igt zaman main masak2 dulu….

  20. Assalamualaikum,

    Saya sekadar ingin berkongsi sedikit info berkaitan.

    Selain yang telah dinyatakan seperti di atas, akar pokok kelulut juga boleh merawat demam yang berpanjangan.

    Manakala daunnya pula dapat merawat luka. 🙂

  21. selain tu akarnya boleh digunakan untuk melembutkan daging ayam atau lembu yang keras caranya diambil akarnya dibasuh sehingga bersih dan direbus bersama daging atau ayam.

  22. masa kecik2 (skrg pn xlh besar sgt pn) sexy gune daunny yg d+ air, diupar d tapak tgn hingga blndir, perah n sapu di rambut utk mlebatkn rmbt tp bauny… uhh!

  23. tumbuhan renek ini mempunyai bunga yang kecil berwarna putih -merahan(Pink) ke, dan buah nya pula kecil bila tua berwarna perang kehitaman? kalau ditempat saya ia dipanggi pulut-pulut, semasa kecil selalu petik buahnya dan dibaling ke kekawan,kerana buahnya mudah melekat pada pakaian dan rambut. dulu orang cina yang berjiran diperkampongan ada datang mengambil akar tumbuhan ini , katanya mahu bikin obat.

  24. Saya pembekal dan pengeluar minyak jarak.
    Ini bukan pokok jarak. Daun pokok ni lebih kurang sama dgn daun pokok jarak.
    Minyak jarak @ castor oil memang byk kegunaan. Boleh jadikn minyak urut, minyak rambut, rawatan kulit kepala, make up removar.
    Sgt bagus merawat luka.Jika berminat nak proses sendiri kami ada menjual pati minyak jarak.
    Hubungi 0197351885

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam