Pokok Kelor

kelor

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi cerita mengenai pokok kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera. Informasi ini diberi oleh kakak lynz_an, iaitu salah seorang pembaca Blog ini yang sudi berkongsi mengenai khasiat dan kegunaan pokok kelor. Kita ikuti kisahnya..

Daun kelor merupakan makanan kegemaran kedua ibubapa, nenek dan kebanyakan orang-orang tua bagi masayarakat kami (Melayu Bugis). Cara masakannnya biasanya disediakan seperti memasak sup sayur tetapi tidak menggunakan rempah dan boleh dicampur dengan sayuran lain (seperti terung, kacang panjang, kacang hijau atau beberapa jenis kekacang, jagung, buah labu, buah kelor dan daun kemangi).

Ia sangat sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema dan bagi mereka yang ingin berdiet serta bagi menambah air susu ibu. Bagi masyarakat filipina (kebetulan saya mempunyai sahabat yang berketurunan bisaya & tagalog) mereka juga mempunyai hidangan yang hampir sama dan menurut mereka sayur ini sangat baik untuk kesihatan kulit dan peredaran darah. Ia juga sangat lazat dicampur dengan bubur nasi terutamanya bubur jagung atau ditumis (tetapi rasanya agak sedikit pelik).”

Menurutnya, kegunaan lain pokok kelor ini ialah:
Menguruskan Badan. Akar pokok kelor boleh direbus dan dikatakan dapat dijadikan herba bagi menguruskan badan. Menurut mereka ia sangat mujarab untuk menguruskan badan tetapi risikonya ialah jika mengambilnya dikatakan sukar untuk menambah berat badan semula. Sejauhmana kebenarannya saya kurang pasti.

Khasiat untuk mata. Caranya ialah menggunakan perahan daun kelor dan dititiskan ke mata. Biasanya ia diberikan kepada seorang kanak-kanak. Ia agak menakutkan sedikit kerana mata mungkin sedikit pedih tetapi ia dikatakan sangat baik untuk kesihatan mata.

Mencantikkan kulit. Caranya ialah menambahkan akar kayu kelor dalam pembuatan bedak muka (bedak sejuk) dan herba mandian. Ketika kecil saya pernah menggunakannya (campuran beras, kunyit hidup, akar kelor dll) untuk mandi dan ternyata ia dapat melicinkan kulit yang dapat dirasai sehingga 3 hari.

Number of View :17737

16 comments

  1. Hi, i am interested in this Pokok Kelor.

    I am currently an undergraduate from UMS, can i know where can i find the Pokok Kelor in malaysia ?

    How much is the Pokok Kelor ?

    Thanks

  2. hi wai kit.,in tamil it is known as murunggai,malay call them munggai!better ask your tamil friends n they will show it to you!

  3. wai kit,

    i considered u not sabahan ppl.
    actually u can found pokok kelor easily in sabah (mostly in tawau, lahad datu, n kunak region). u can see almost pasar tamu in that area selling daun n buah kelor.
    but in malaysia peninsular, much better ask ur tamil friend.

  4. kalau ni pokok murunggai (org kelate panggil gemungga) daunnya dibuat ulam bersama laksa kelantan. Buahnya org india/mamak masuk dalam kari kepala ikan. kata org daun gemungga ni banyak protein.

  5. salam,kalu blah utara depa panggil mungai…buah dia hijau sblm masak…bila nk masak ambil potong dlm 4inci ..masak lemak dgn parpu (kacang dhal)..sayur dia kaum india selalu boh dalam masakan…tp tak bule makan byk..buah dia tu..byk angin…

  6. salam,kalu blah utara depa panggil mungai…buah dia hijau sblm tua..kt gambar tu dah tua…ambil sblm dia keras….bila nk masak ambil potong dlm 4inci ..masak lemak dgn parpu (kacang dhal)..sayur dia kaum india selalu boh dalam masakan…tp tak bule makan byk..buah dia tu..byk angin…

  7. pokokny mcm pkk ceremai. daun muda buat sayur. ada kt tepi rmh jiran. prnh la 1x sexy ltk dlm gulai lemak. x prnh la plk sexy guna utk cantikkn kulit coz kulit sexy dh cantik. khe2!

  8. kita pun panggil buah munggai, tapi sekarang dah modenkan panggil drumstick pula hehehe. kalau masak gulai udang dengan parpu alamak sedapnya.

  9. salam,…memang pokok kelor ni sedap dimakan…tapi mungkin ramai yang tak tau khasiatnya dari segi kesihatan….menurut kajian ianya boleh menyembuhkan 300 jenis penyakit…kalau anda kurang yakin boleh lah rujuk kat mana-mana artikel tentang khasiat moringa …

  10. Salam.
    Saya & keluarga mengamalkan makan daun munggai ni dlm bentuk serbuk dalam kapsul. Saya juga turut menjual homemade kapsul ini dgn harapan dapat berkongsi khasiat munggai ini dengan pengamal & sesiapa yg berminat pd harga yang amat berpatutan i.e. RM40.
    Email saya di sofea_yusuf@yahoo.com pada yang berminat.
    Terima kasih tuan rumah 🙂

  11. Salam..cik/puan Paridah ada byk pokok munggai.Lokasi dimana?Saya berminat nk beli buah2 tu.Call/wssp saya ke 0174298553.Sapa2 yg ada buah munggai ni saya nk beli.Blh call/wssp bila2 masa sj.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam