Pokok Kecubung

kecubong

Kecubung atau nama saintifiknya Datura fatuasa merupakan tumbuhan yang beracun jika dimakan. Walau bagaimanapun ia dipercayai dapat mengubati sakit gigi. Caranya ialah dengan menggunakan serbuk buah yang telah kering.

kecubong2

Selain itu ia dapat merawat sakit burut. Ada siapa tahu ke apa itu sakit burut? Saya pun tak tahu. Caranya ialah buah dibakar dan dituam pada tempat yang berkenaan.

kecubong3

Gambar di atas merupakan keadaan buah yang telah kering. Ada siapa yang biasa guna pokok kecubung ni?

Number of View :27809

24 comments

  1. Salam,

    Dulu masa pregnant kena sakit gigi bongsu yg teramatlah sakitnya. Hmm,nnti kalo sakit lagi boleh la guna tips ni. Mcm pernah tgk buah dia ni. Dulu zaman kecik2 suka main dlm hutan. Tp rasanya pokok dia menjalar…bukan mcm ni. Maybe rupa dia lebih kurang kot.

    Thanks for the info.

  2. menurut yg.difahamkan biji kecubong yg, tua tu bila di bakar dan di perasapkan boleh menyebabkan orang yg. tidor malam tidak akan jaga,sehingga hilang aromanya baru jaga.Dulu-dulu digunakan orang unt. buat pengunci orang tidor…bagi org.niat tak baik le…..

    kata orang lagi, bunganya yg. kering boleh dijadikan ubat resdong dgn.cara dibuat tembakau .

    pernah kawan saya cuba makan buahnya yg. muda kerna tak kenal buah apa akhirnya1 minggu tak datang kerja dok dihospital. mabok leee………..

  3. Salam Sejahtera,

    oh ini lah orang panggil pokok kecubung, saya pun tak tahu, ari tu saya ada ambil benih dia dan tanam… belum ada tumbuh lagi…

    orang kata pokok ni ubat khas untuk lelaki kena angin pasang (kat telur)… dibakarnya buah tersebut dan dituap / tuam ditelur supaya hilang angin pasang itu… memang orang kata muajarab… saya tengah tunggu pokok ni tumbuh

  4. daun pokok ini mengikut kata orang tua kat kampung saya boleh digunakan untuk balut perut anak-anak yang kembung perut…dilayurkan dulu, baru barut dengan pembarut perut tu…Pasal rawatan untuk burut pulak, ni baru kali pertama dengar. Bagaimanapun, untuk perkongsian semua, burut/angin pasang ni rasanya juga dikenali sebagai hernia…Biasanya sembuh dengan pembedahan.

  5. salam, saya pernah diberitahu oleh seorang penagih dadah bahawa daun kecubung yg kering boleh dibuat bahan alternatif untuk melepaskan gian mereka, seorang talibarut komunis semasa darurat dahulu telah dapat ditangkap setelah mabuk dan tertidur selepas memakan bubur kacang yg telah dicampurkan dgn buah kecubung ni, buah dia memabukan, jadi jgn cuba-cuba nanti lain penyakit yg dapat..

  6. Betul kata cik Din, Mengikut pengalaman saya ,anak sulung dulu lepas besalin 30 hari tak lena tidur sebab anak tak berhenti menangis, Dah banyak klinik tak pakar/pakar pegi tak juga sembuh Last jumpa mak bidan yg sugest guna daun kecubung, balut telur baby tu,alhamdulilah baik

  7. salam. Sebelah utara kecubung tu dikenali dengan nama “terung pungark”.Ada dua jenis, putih dan ungu.Buahnya bolih dituam bg pesakit pasang surut.Kelopak bunga dan batang yg kering digunakan untuk merawat resedung.Kelopak bunga kering dijadikan tembakau dibalut dengan daun nipah dan dihisap macam rokok.Batang kering dipotong 10cm ,cucuh dan hisap asapnya bg keluar ikut hidung.

  8. info yang bagus! saya pernah dengar tentang pokok kecubung tapi kurang jelas mengenai khasiatnya. Terima kasih dengan info di laman ini!!

  9. arwah datuk ada tnm pkk kcbung, 2 yg kenal. bungany dkeringkn n dbalut dlm daun nipah sblm dhisap utk batuk/ lelah ringan. s’ingat sexy pkk ni ada 1 wrna shj. bila ia muda wrnny ungu tp bila dh hmpir layu wrnany putih. sexy pn dh lupa.
    *
    masa on d way ke cameron hr tu, sexy singgah d tepi jln utk mkn durian (drebar sexy ckp kalu stop d tgh jln, nnt kena langgar). sexy lupa nama tmpatny. kt gerainy ada pkk kcubung. so sexy minta benihny dr tn gerai (benih kecubung. he2! sori). ada dlm purse siling. 2 pun tinggal 1. bila nk tnm, tak tau lg..

  10. Pada zaman saya kanak-kanak , saya pernah menguna bunga pokok kecubung yang telah keringkan untuk melegakan serangan lelah . kaedahnya sama seperti diceritakan oleh sexy

  11. Originally Posted By Norlipokok kecubung langsung tak pernah dengar.. First time nampak kat cni.

    Betul la ko ni norli, kecubung pun ko tak pernah dengar. tapi takpe pasal sejak pokok ni sekarang telah disalah guna, dibuat macam pokok ketum, ianya telah dipantau mungkin dan orang pun dah tak tanam lagi. Maka makin pupuslah dia mungkin sejak ko lahir kot. Tapi tak pe. Dulu mak sedara aku pernah masuk wad satu keluarga kerana termakan daun ni. Sebabnya dia tanam pokok kecubung ni dalam kebun sama dengan terung telur. Pokonya lbih kurang sama. Dan terung ni pun orang tak amik buahnya tapi amik daunnya buat sayur. Tu pasal jadi macam tu pada keluar mak sedara aku tu..Ko jangan tertipu dah ek..

  12. assalamualaikum,
    stlh baca komen2 diatas,saya ada sdikit info kecubung ni.
    ianya termasuk dlm famili terung(solanum) juga.perlu di ingat,daun pokok terung,lada,tomato,ubi kentang adalah beRACUN,tidak boleh d makan. terdapat 2 jenis kecubung, 1-bunga warna putih,2-bunga warna ungu. Kini ada 1 lg jenis bunga warna ungu di luar dan putih didlm, kelopak nya 2 lapis..mungkin hybrid.saya ada menanam nya skarg. saya beli pokok ini dr nursery dgn harga RM12.00 @.kini ianya membiak d laman rmh saya. bau bunga nya harum, d waktu malam saja ia berbau,bunga yg kembang tahan utk 3 hari.kalau hidu baunya dlm2 rasa mcm lali/khayal sdikit. biji yg sdh kering jika d semai agk ssh utk tumbuh,tlh byk saya semai, tak kelihatan 1 pn yg tumbuh! tetapi terdpt anak pokok ini tumbuh merata-rata sekitar laman saya,tidak tau kenapa…
    kpd yg berminat pokok kecubung bleh lah hubungi saya, mungkin tiada apa2 byran d kenakan utk anak pokok ini, insyaAllah.emailsaya: letsgodivewithme@yahoo.com

  13. mane nak dapt ek daun ngn buah niyh…sape bole tlong…tgh crik niyh nak buat brubat…area johor bahru….kalu ade jumpa pkok niyh call no. nih:01127545837

    pertolongan anda amat dihargai…

  14. Saya memerlukan buah kecubung ini untuk merawat penyakit resdung and asthma saya. Dimana saya boleh dapatkan? Kalau ada yang tahu maka tolong hubungi saya di talian 0182666508

  15. sesiapa anak tanam pokok kecubong dan ada buahnya warna coklet minta hubungi sy 0163087053 urgent untuk perubatan

  16. Kata ibu saya
    Terung kecubung digunakan untuk merawat orang yang terkena angin pasang.
    Bakar buahnya
    Kemudian balutkan dengan kain
    Tuam pada pesakit
    InsyaAllah
    Izin Allah sembuh seperti sedia kala.

    Jika ada yang menjual pokok ini boleh bagi tahu eyya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam