March 29, 2024

kasai

Pada mereka yang biasa berurusan di Putrajaya atau bekerja di Putrajaya sudah tentu akan perasan kewujudan pokok ini menghiasi kawasan-kawasan tertentu. Ini kerana bentuk pokok kasai rendang, mempunyai kanopi yang sederhana besar dan mempunyai pucuk berwarna merah cerah yang boleh menarik perhatian. Pucuknya yang kemerahan itulah menyerlahkan lagi landskap bagi sesuatu kawasan.

kasai2

Pokok ini juga banyak ditanam di kawasan rehat lebuh raya dan taman-taman rekreasi sekitar Kuala Lumpur. Saya sendiri tidak pasti adakah pokok kasai ini mempunyai pelbagai jenis/spesis yang lain. Sesetengah pokok di tempat lain, saya lihat ada terdapat sedikit perbezaan daripada pokok kasai yang terdapat di Putrajaya.
kasai3

Warna buah kasai ketika muda adalah bewarna hijau muda, kemudian bertukar merah keperangan bila mula masak. Apabila cukup masak ianya menjadi biru kehitaman seperti gambar di bawah. Isi buah kasai berwarna putih dan memang boleh dimakan, tetapi rasanya  tidak sesedap buah longan atau mata kucing. Daripada rujukan, buah kasai ini  boleh dibuat bubur dengan dimasak bersama santan kelapa , gula Melaka dan  tepung jagung bagi memekatkannya.

kasai4

Mungkin anda biasa makan buah ini atau ada menanamnya. Jika anda ingin berkongsikan sesuatu mengenai buah ini, saya amat alu-alukan…

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :36070

27 thoughts on “Pokok Kasai

  1. Pokok kasai banyak tumbuh meliar di tepi-tepi sungai. Buahnya manis dan sedap cuma isinya agak nipis yang membuatkannya kurang nilai komersil.
    Buah ini mengingatkan saya sewaktu kecil dulu memanjat pokok kasai selepas mandi sungai. Buah ini juga dikenali dengan nama ‘kelesa’ atau ‘kelisa’. Ada sebuah kampung di daerah Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan yang mengambil nama buah ini – Kampung Kelisa.

  2. En Fazlisyam, pokok kasai nama saintifiknya, Pometia pinnata, ada di tanam kat Hulu Paka. hari tu saya ada hantar utk pameran MAHA

  3. Di kawasan perumahan saya pun ada ditanam oleh pemaju. Sebelum ni tak tahu nama dia. Terima kasih atas info ni.

  4. Terima kasih atas info tersebut.Selama ini saya tak pula buahnya boleh dimakan secara segar atau dimasak bubur.

  5. masa kecik2 dulu selalu mkn buah kasai ni. sedap kulum je, sbb xde isi pun.
    byk tumb kat tepi2 sungai.
    dah besar ni jarang dah merayap ke tepi sungai o hutan.

  6. Tak pernah tengok pun,boleh ka dimakan……
    buat jeruk boleh kot……..
    meleleh air liur……

  7. skrg baru tahu namanya. sebelum ni hanya dianggap segagai hiasan taman dan landscape ……. rupanya bolih dimakan.
    t.kasih atas info yg disediakan olih tuan

  8. Memang selalu tengok pokok ni ditanam ditaman-taman atau di tepi jalan. Baru tau buahnya boleh dimakan dan dibuat bubur. Teringin nak rasa buahnya.

  9. Pokok ni biasa jumpa tapi tak tau pulak boleh makan.. hehehe lepas ni boleh try makan

  10. Salam, dikawasan perumahan saya ada ditanam pokok Kasai ini tapi tak tau pula buahnya boleh dimakan. Apa yang menarik pokok ini ialah bila buahnya telah masak memang cantik warnanya kadang2 saya teringin nak makan tapi takut pula buah ini mengandungi racun, rupa2nya tekaan saya salah, tk atas info ini…

  11. Terima kasih di atas info diberikan. Dulu saya ada beli di kedai buah – buah yang seakan buah kasai. Tokeh kedai itu beritahu namanya buah longan Iran. Isi nipis & berbeza rasa daripada buah longan. Mungkin apa yang saya beli itu buah kasai kot?

    Sesiapa tolong jelaskan…

  12. terima kasih atas info diatas. Menarik juga pokok kasai ni ye. Minggu sudah saya ke Singapura.. ada terjumpa pokok Gelam. Ada ke info ttg pokok ini?

  13. saya pernah juga pernah makan buah ini ketika berehat di lebuh raya. memang manis rasanya tapi isinya nipis.

  14. Memang betul masa kecil2 dulu selalu tengok pokok ini ditepi sungai kat kg. Tapi bila dah besar tinggal kat KL pokok ini tidak pula ditepi sungai. Memang buah kasai boleh dimakan. Tapi dah lupa isinya macammana sebab lama sangat tak jumpa.

  15. Pernah makan waktu kecil tahun60’an di KL hanya jumpa dengan banyaknya tahun 2000. Isi manis tapi nipis seperti kopi. Terima kasih kerana sekarang baru tahu namanya dan nama sains nya.

  16. Saya ada tanam 2 pokok kasai ini dikebun.Benihnya saya semai dari buah yang dibawa balik oleh adik ipar saya dari Serawak.Pokok ni tumbuh dengan subur dan sekarang dah berusia lebih kurang 2 tahun.Cuma saya tak pasti pokok kasai ini akan berbuah pada umur berapa tahun.Ada juga orang memanggilnya buah longan Serawak.Kulitnya bewarna hitam bila masak dan keras.Terpaksa diketuk dan isinya putih tetapi tebal seperti buah mata kucing Siam.Rasanya manis dan sangat teruja apabila memakanya.

  17. Buah kelisa nama nye,sesiapa nk rasa ulam jom kenali ulam yg semakin pupus,019 9958133

  18. buah kasai memang boleh dimakan.isinya memang nipis dan berlunak.bjinya boleh direbus seperti biji nangka.

  19. Di Sarawak pokok kasai boleh dilihat tumbuh di sepanjang tebing-tebing sungai. Ianya senang dicam kerana daun mudanya berwarna merah muda. Buah kasai boleh dimakan dan rasanya agak manis tetapi isinya yang sangat nipis menyebabkannya ianya tidak diminati. Di alam semulajadi buah kasai merupakan makanan ikan seperti ikan kelah, tengadak, baung dan sebagainya.
    Sekarang terdapat buah kristal yang sebenarnya adalah sejenis buah kasai tetapi mempunyai isi yang tebal, manis dan aroma yang menarik. Pokok ini telah ditanam dengan banyaknya di Sarawak. Pada musimnya buah kristal banyak dijual di pasar tamu di seluruh Sarawak dengan harga RM10 – RM16 per kilogram. Harganya berbeza-beza mengikut kualiti buah. Ada yang menyifatkan buah kristal mempunyai gabungan rasa dari tiga jenis buah iaitu buah kelapa, rambutan dan durian. Berkunjunglah ke Sarawak kalau ingin merasai buah kristal ini.

  20. Alhamdulillah…asalnya tanam jer pokok kasai ni..sbb org kata longan malaysia..setelah hampir 3 tahun ia berbuah buat kali pertama….buahnya kecil bujur,rasa manis,ada rasa mcm durian,laici..

  21. Di daerah Pasir Mas, Kelantan, ada kampun. g bernama Kampung Kasar, dekat Kampung Lemal. Mungkin kampung itu bersempena pokok kasai ini, yang dieja sebagai “kasar” kerana dalam loghat Kelantan, sebutan untuk kasai dan kasar itu sama sahaja iaitu /kasa/..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam