March 29, 2024

pokok-kapal-terbang

Ramai yang tinggal di kampung sudah tentu biasa dengan pokok kapal terbang ini. Memang banyak dijumpai di dalam kawasan semak, di kawasan ladang atau pada tanah terbiar. Pokok ini memang terkenal dalam merawat luka.  Banyak kajian telah dilakukan terhadap pokok ini dan sudah ada juga produk yang tercipta dari kelebihan pokok ini.

Apa yang saya ingin ceritakan pada artikel ini adalah mengenai asal usul dinamakan pokok kapal terbang atau ada yang memanggilnya pokok Jepun. Menurut ceritanya, ia berlaku pada zaman pemerintahan jepun di Malaya (zaman perang). Orang jepun menjadikan ianya ubat luka untuk bagi merawat askar-askarnya yang cedera. Dipercayai waktu dan ketika itu tumbuhan ini masih belum ada di Malaya. Jadi, pihak Jepun telah bawa ke Malaya dan menjatuhkannya dari kapal terbang. Maka, dipendekkan cerita orang kita pun menggelarkannya daun pokok `kapal terbang’. Sejauh mana cerita atau mitos ini, saya sendiri tidak pasti. Anda sendiri fikir-fikirkan.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :15216

8 thoughts on “Kisah pokok kapal terbang

  1. Saya tak percaya dengan cerita/mitos di atas. Logikanya, pokok kapal terbang ini boleh dikatakan terdapat di merata tempat di malaysia tak kira barat atau timur. Taburan pertumbuhannya amat menyeluruh. Jika pokok ini didatangkan dari Jepun, pertumbuhannya tidak mungkin menjadi menyeluruh spt yang ada di negara kita sekarang.
    Mitos ini mungkin terjadi disebabkan tabiat orang melayu kita yang suka menamakan sesuatu benda itu dgn nama ‘orang lain’. Contohnya timun cina, selipar jepun, dan lain-lain.

  2. Mak sy ada cerita: kalau zaman dia dulu,pokok kapal terbang ni menjadi penanda pertukaran musim.Kalau pokok ni dh mula berbunga (biasanya bulan disember)menandakan musim kemarau@ monsun timur laut(disebut juga musim angin timur) akan tiba..Sebab biasanya buanganya akan kembang dan kering seperti sabut2 ringan yang akan berterbangan ditiup angin timur…Ya la dolu2 mana mana ada jabatan kajicuaca macm la ni…pokok2 pun boleh dijadikan bahan pengcaman…

  3. pokok ni bila tumbuh jangan kan kapal terbang Jepun rumah pun boleh diselubunginya..sebab jadi semak samun. Hari tu masa nak gi tengok bungalow lelong , nampak bumbung rumah je. Penuh pokok ni, pokok letup(pokok yang menjalar yang buahnya sebesar ibu jari). ngeri tengok…

  4. sy x tau psl asal usul nama pokok ni tp yg pasti pokok ni mmg bgs..dl ms kecil2 asal jari kene pisau je trs p cari daun ni…ambil daun ni n letak air sikit pastu tenyeh2 biar air td sebati ngan daun tu pastu letak kat jari yg luka td…insyaallah darah b’henti serta merta…klw nk tau cuba la coz sy slalu bt dl…alhamdulillah b’kesan…ni utk luka kecil je klw luka bsr sy x pasti la plk kn…

  5. Pokok ni memang orang panggil pokok “kapal terbang” @ serunai laut…kata orang tua saya…segi perubatan ubat luka tanpa ada kesan parut bila semboh…caranya semua bahan diambil pucuk ,kapur makan,air @air ludah secukupnya pun boleh kalau tiada air sambil selawat 3X atau lebih atas nabi saw digesek antara dua tapak tangan hingga timbul air buih warna kuning pisang diambil buih pupuk pada luka setelah dibersihkan dibalut untuk elak air terkena luka tersebut supaya cepat semboh…

  6. Assalamualaikum, saya ingin meminta perkongsian lebih lanjut tentang sejarah mitos dan asal-usul tentang pokok kapal terbang ni..sebab saya ada tugasan untuk membuat kajian dan projek tentang tumbuhan herba ni.. harap dapat membantu.. TQ 😉

  7. Cerita sebenarnya begini, sebelum perang jepun telah terlebih dahulu menabur benih dengan kapl terbang, dan semasa perang pokok ini digunakan utk menghentikan pendarahan pd askar yg tercedera, digunakan bersma sama dgn morfin, sebab itu dianggil pokok kapal terbang. Pokok jepun. Pokok jerman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam