Pokok Jeremin

Pokok Jeremin atau nama saintifiknya Pelargonium radula tergolong dalam famili Geraniaceae. Pokok yang beri gelaran sebagai pokok halau nyamuk ini dipercayai tumbuhan asal dari Malaysia ini kini banyak ditanam di sekitar rumah.  Seperti kebanyakan tumbuhan geranium yang lain ia mempunyai bau yang kuat apabila kita memegang daunnya. Ia mudah dibiakkan dengan cara keratan batang.

Tumbuhan ini tidak boleh didedahkan secara terus kepada sinaram matahari yang terik, sebaliknya sesuai ditanam di tempat yang agak redup seperti didalam rumah. Siraman air yang secukupnya diperlukan untuk memastikan ia tidak kering. tanda-tanda tidak cukup air ialah batangnya akan menjadi kering dan berongga. Pokok Jeremin hanya mengelurakan bunga jika hidup dalam iklim temperat. Tidak diketahui sama ada ia boleh berbunga atau tidak dalam iklim tropika.

Tumbuhan ini dikatakan dapat menghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halu dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk pada masa tertentu. Oleh itu ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah dengan harapan ia dapat menghalau nyamuk.

(sumber gambar : internet)

 

Number of View :16604

11 comments

  1. saya dapat sepokok dari nursery cina di kangar.sepokok rm 12.00.memang menarik pokok ini sebab baunya seakan serai wangi, tapi lebih harum. sekali sekala baunya akan keluar dan harum semerbak. sayang sekali, cina tu ada sepokok je.kalau banyak, mesti nak bubuh keliling rumah sebab di kawasan rumah memang banyak nyamuk.pagi tadi tengok dah layu sikit.rupanya pokok ini kena letak di tempat teduh.Cikgu norlia pengetua sm kuala perlis kata, masa kecik2 dulu, ada pokok ini di kampung,memang tok dia tanam untuk halau nyamuk.adik saya di frim buat kajian pokok.nanti nak minta dia tolong semai banyak2 untuk saya,hehehe.

  2. pernah dengar pasal pokok jeremin (cermin) dikatakan oleh halau nyamuk. suka suka baunya dan cuba mencari pokok ni di pameran Floria 2009 Putrajaya. Harga rm10-16 sebatang ketinggian 10″ dalam polybag. Saya tidak jadi beli kerana anggaran harga dalam linkungan rm6 sahaja tetapi oleh sebab tuan punya nursery ini dah keluar tv maka naiklah harga.

    baru-baru ini saya singgah pasar tani di pekan tampin dan jumpa pokon ini dijual rm6 sahaja jualansebuah nursery dikampung saya.
    sekarang ni saya cuba membiakan supaya dapat di tanam sekeliling laman.
    harap-harap menjadi.

  3. saya sangat teringin nak beli pokok jeremin ni…
    harap cik meriam karim dpt nyatakn alamt nursery d kangartu dgn detail agar mudah saya cari atau dmana boleh saya dpt sepokok…

  4. Kalo Tampin jauh dr tempat anda, apa kata beli aje
    kat Jusco berhampiran.Saya baru je beli , RM 7.Saya ada kemusykilan pasal pokok Jeremin ni..betul ke pompuan yg “period” tak leh sentuh.?.kalo dah sentuh pokok ni , ia akan mati. ada sesapa boleh jawab?

  5. saya ada tanam pokok ni. Bau wangi … kalau gosok daun di atas badan, memang nyamuk tak hinggap. Tapi ada tak sesiapa yang tahu macam mana nak biak kan pokok ni?

  6. mengarut jika perempuan period sentuh ia kn mati. ia mati jika kena pnas matahari terik + malas plk mnyram. masa sexy p nursery kt raub (hmpr 6j pjlnn, saja jln2, abg angkat ikut jer! he2!), yg kt nursery 2 dh xder bnga. uncle tu ckp itu pkk halau nyamuk tp dia sndr tgelak “nyamuk ada jugak! jd, tserahla nk tnm/x pkk ni.

  7. saya ingin beli pokok jeremin sebab banyak nyamuk di tempat kerja.sesiapa mengenali jual pokok ini,tolong suruh contact me haaa..
    THX

  8. cik sri devi @sheena, you all boleh dapatkan pokok ni kat nuseri terutamanya kat sekitar sg buluh.dan ia bertindak sebagai alternatif saja jgn samakan ngan sheltok @ ridset.

  9. Boleh ke daun jeremin ini d rebus dan d minum airnye..sebagai ubat batu karang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam