Pokok Jejarum

Pokok Pecah Periuk, juga dikenali sebagai Pokok Jejarum dan Pokok Siantan, ialah sejenis pokok renek dari keluarga Rubiaceae yang berbunga. Pokok ini banyak ditanam di kawasan perumahan serta taman-taman, dan juga sesuai untuk dijadikan tanaman pagar.

Tingginya Pokok Pecah Periuk ini sehingga tiga meter. Batangnya berwarna perang dan liat, dan daunnya berbentuk bujur. Saiz daun untuk Ixora jawa adalah lebih besar, iaitu 12 – 20 sentimeter panjang, dan 4 – 6 sentimeter lebar, berbanding dengan daun Ixora coccinea yang hanya berukuran 7 – 10 sentimeter panjang dan 3 – 5 sentimeter lebar. Bunga pokok ini adalah besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Warna bunga untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga, kuning, dan merah jambu. Bagaimanapun, spesies Ixora coccinea juga mempunyai bunga putih. Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak. Ahli-ahli tumbuhan Ixora lebih suka tanah berasid dan merupakan pilihan sesuai untuk bonsai.

Walaupun semula jadi kepada kawasan bertropika di Asia, terutamanya India, Pokok Pecah Periuk sekarang tumbuh di cuaca tropika di Amerika Syarikat seperti Florida. Pokok Pecah Periuk juga dikenali sebagai West Indian Jasmine.

Bunga ixora yang berwarna merah biasanya digunakan dalam upacara sembahyang agama Hindu dan dalam membuat ubat-ubatan masyarakat orang India.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :7695

2 comments

  1. Saya rasa bunga jejarum ini digunakan oleh masyarakat orang asli Malaysia dalam bidang perubatan tradisional.

  2. hr kamis yg lps (n sebelum2ny) sexy ke pasar tani. sexy bli kaktus (mmg mesti pnya!) yg unik/ kaktus kawin. Dr hargany rm12, sexy bguling n yg mraung2, dptla rm9. utk 3 pasu.
    *
    Sexy jg bli pkk siantan/pecah periuk bbunga putih. Iany jrg jumpa n bkn yg biasa kita tgok kt pjbt/ taman2 dsbny 2. stakat ni ada 2 rmh je yg ada pkk ni + sexy sndri. Nk mintak free mmg x brani pny. hergeny rm30 + pasu. pkkny stinggi 1meter+ (atau lbh krg dkt tumit kaki sexy! ha2!). Ada 3 btg/rantingny. stiap btg/rnting ada 3/5/7 gugus bunga/ kudupny. cantik sungguh! gmbr ada ni tp sexy x reti nk downloadkn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam