Pokok Jarong

Pokok Jarong atau nama saintifiknya Achyranthes aspera L. tergolong dalam famili Amaranthaceae. Saya tidak pasti adakah nama saintifik ini betul atau tidak. Nama saintifik tersebut telah dirujuk dalam sebuah buku bertajuk “Rumpai-Khasiat Ubatan dan Makanan“. Walau bagaimanapun, gambar yang terdapat dalam internet sedikit berbeza dengan gambar sebenar. Mungkinkah terdapat beberapa variasi lain spesies ini.

Pokok Jarong juga dikenali dengan nama nyarang dan ara songsang. Jika ada nama panggilan lain tumbuhan ini, anda boleh kongsikannya di sini. Pokok ini sangat mudah ditemui dan juga terdapat di sekitar kawasan rumah saya. Pokok yang tumbuh liar ini sangat cepat membiak dan pertumbuhannya sangat pantas. Pembiakannya adalah melalui biji benih. Pokok ini mempunyai batang bersegi empat dan boleh tumbuh sehingga 1meter.

Menurut rujukan, daun muda dan pucuk jarong boleh dimasak sebagai makanan (sayur). Saya tidak pasti adakah sejauh manakah masyarakat di Malaysia menggunakan tumbuhan ini. Tetapi tidak mustahil  pokok herba ini boleh dimakan kerana ia juga merupakan tumbuhan yang sama famili dengan bayam.

Number of View :249
Baca:  Belimbing Tanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam