Pokok Hiasan yang jarang dijumpai

pokok

Gambar pokok ini di ambil semasa saya membuat program di Kolej Tun Syed Nasir di UKM Kuala Lumpur. Pertama kali saya datang, saya tertarik dengan pokok hiasan yang terletak di luar Kolej kediaman tersebut. Apa yang menarik pandangan adalah keunikan bunga dan buahnya. Persoalan yang timbul ketika itu.. adakah buah tersebut boleh dimakan? Tahu nak mencekek je !

pokok1

Selayang pandang, bunganya seakan bunga dalam family Pasiflora. Memang cantik dan unik bentuk dan warnanya. Buahnya pula mempunyai bentuk yang separuh bulat. Nak kata macam apa pun tak tahu.. Anda rasa macam apa?

pokok2

Pokok Hiasan jenis ini memang jarang saya jumpa di Kuala Lumpur. Kalau di Melaka ada juga jumpa di tepi-tepi jalan utama. Setakat ini saya belum lagi jumpa namanya. Tak sempat nak selak kitab. Kalau ada yang tahu namanya atau pernah jumpa pokok ini bolehlah kongsikannya di sini..

Number of View :19082

16 comments

  1. maaf silap… namanya gustavia superba. common name membrilla dri family yg sama lecythidaceae

  2. terima kasih sebab saya rasa memang betul nama saintifiknya tu.. cuma nama tempatan ada yg tahu ke?

  3. wa! cantiknya bunganya! ada tak jual kat maner2 ek? harap kalau blh amik gmbr penuh. Nk tau pkknyer tinggi ke rdh.

  4. ape itu buah duri tujuh???camane ek rupanya??mungkin en fazlisyam leh cari plak buah duri tujuh tu untk dipaparkan disini?

  5. saya pun ada gambil gambar pokok ni UKM KL, pokok ni banyak kerengga… terima kasih kepada yang beri nama saintifik pokok ni..

  6. kalau tak slah sya bkan kan itu pokok LIMPANAS dan kat brunei adalah jenis pokok tu sya nmpk tumbuh kat kebun blkang rumah sya

  7. Jika sesiapa beminat dengan boleh hubungi
    Saya ..di nursery saya banyak stock..
    0192739830

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam