Pokok Gelenggang Besar

gelenggang_besar

Pokok Gelenggang Besar atau nama saintifiknya Cassia alata ini adalah sejenis pokok renek yang mudah ditemui di pinggir jalan dan belukar. Tekstur daunnya kasar dan tertutup bila malam. Buahnya seperti kekacang, berwarna hijau waktu muda dan coklat kehitaman bila ia matang. Bunganya berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum berkembang.

Pokok herba ini dipercayai dapat merawat gatal kulit, ruam, kudis dan kurap, merawat panau dan ketuat. Selain itu, ia juga dapat mengubati sakit perut, masalah cacing, sembelit, pedih ulu hati dan hilang selera makan. Selain itu, pokok Gelenggang ini juga dipercayai dapat merawat sengatan berbisa. Akar gelenggang pula digunakan bagi mengatasi masalah uterus ataupun rahim

Kaedah bagi mengubati kurap dan panau adalah dengan melumatkan daun dan dicampur dengan minyak tanah. Kemudian dilumur di tempat terbabit sehingga kurap hilang. Dikatakan rasa pedih sedikit apabila disapu.

Bagi mengatasi masalah sembelit pula. Caranya: 1 sudu teh air rebusan daun gelenggang diambil sebagai julap. Air rebusan juga dijadikan ubat cacing, penawar sawan, resdung dan bengkak saluran nafas.

Number of View :17373

15 comments

  1. Pokok ni tumbuh meliar di kawasan tanah sawah terbiar ,dan ditepi -tepi tebing anak sungai .Memang terbukti berkesan boleh menghilangkan panau,sakit kulit dan gatal -gatal kulit.Caranya ambil segenggam daun gelenggang ,di ikat ketat dengan getah ,potong bahagian pangkalnya dan sapukan(tonyoh-tonyohkan) dibahagian kurap atau gatal tadi. insyaallah amalkan setiap hari sehingga sembuh.

  2. Bunga pokok ini memang cantek, berwarna kuning terang dan berbunga pada musim kemarau antara December hingga March setiap tahun. Air rebusan daun nya dikatakan boleh dibuat julap.

  3. Memang benar apa yang dikatakan oleh Cik Rusni binti Saleh. Semasa saya kecil dulu emak memang menggunakan daun ini untuk menghilagkan kudis gatal dikaki dan di badan.Dalam masa seminggu disapu tiap-tiap malam.Alhamdulillah baik.Tetapi sekarang agak sukar untuk menemuinya ,walaupun dikawasan kampong. Setahu saya pokok ini tumbuh meliar dengan bentuk bunganya yang memang menarik. Bau daunnya agak kurang enak sadikit.

  4. Saya baru tanam pokok gelenggang ni, kak kiah (biras saya) juga kata rebusan daun nya boleh mengubat sakit perut, cirit birit dan duannya dilumat digosokkan ditempat kena gigitan serangga berbisa.

  5. Saya akui pokok gelenggang memang mujarab utk merawat kurap, panau dan gatal-gatal kulit. Tiada kesan sampingan. Buktinya anak saudara saya yang mengalami gatal-gatal pada kulit perut ke bawah sehingga ke belakang badan dari bahagian pinggang ke bawah pulih sepenuhnya apabila dilumurkan dengan daun gelenggan yang dimesin halus. Lumurkan pada bahagian yang gatal dan biarkan ia kering. Hanya 2 kali sapu, terus sembuh. Sebelum ini adik saya telah menghabiskan hampir ribuan ringgit mendapatkan rawatan doktor dan pakar kulit tetapi penyakit tersebut semakin melarat-larat. Rupa-rupanya pokok herba ni jugak yang terbaik…. Tak perlu keluarkan duit 1 sen pun rupanya…hai, mengeluh adik saya!

  6. daun gelenggang ni elok dibalut bersama tungku. elok bagi wanita2 yg baru melahirkan yg mengalami masalah sembelit.

  7. Daun gelenggang memang banyak khasiat terutama untuk merawat penyakit gatal-gatal atau panau tapi kalau nak senang beli je sabun cassia HPA, sabun gelenggang la tu.

  8. Saya nak Daun Gelenggang ini secara besar besaran.

    Saya nak beli dengan RM1/kg , setiap bulan kita mahu sebanyak 1 hingga 2 tonne daun gelenggang ini dengan batangnya sekali.

    Boleh hubungi saya dengan nombor 012 2389319. Kita dari KL.

    Terima Kasih.

  9. mang betul daun gelenggang untuk sape yg kene gatal2 @ sakit kulit dll……masa sy merebus daun tersebut untuk di buat mandi anak sy yg terkene gatal2 dibadan,sy di ingatkan jgn smpai terminum krn airnye akan mmbuat kite mabuk……

  10. dulu masa kecik2 kadang2 tkena kurap. sya buat mcm rusni tapi sebelum tonyoh kat kulit, celup dulu dalam minyak tanah. kesan dia cepat sket.

  11. Seingat saya sewaktu saya masih sekolah rendah ini salah satu tugasan saya hampir setiap hari.Abang saya akan menyuruh saya mencari daun gelenggang didalam belukar sekitar rumah saya kemudian disruruh tonyok (gosok) dibelakang badannya sebelum mandi petang.Jimar kos tak payak beli panau salap heheheh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam