Buah Durian – Durio zibethinus

Durian, ( Durio zibethinus Murr.) merupakan antara spesies buah-buahan yang sangat popular dan banyak ditanam di Malaysia.

Secara tradisional, pokok durian ditanam daripada baka biji benih di dusun-dusun di kampung. Lazimnya buah durian dari pokok anak baka biji menghasilkan buah yang tidak seragam, tidak pasti kualitinya dan sebahagian besar tidak mendapat pasaran yang baik.
Durian, sebagai salah satu daripada 15 jenis buah-buahan yang telah dikenalpasti di bawah Dasar Pertanian Negara (1992 – 2010), mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi menampung permintaan tempatan, eksport dan gantian import.
Durian mempunyai khasiat pemakanan yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan buah-buahan yang diimport. Durian, khususnya mengandungi protein, lemak, karbohidrat, kalsium, Vitamin A dan Vitamin C yang lebih tinggi daripada buah-buahan import seperti epal, pir dan anggur.
Pokok durian yang berasal daripada anak biji boleh mencapai ketinggian 30 – 40 m dan mempunyai banir setinggi 2 – 3 m apabila tua manakala ketinggian pokok cantuman pula boleh mencapai 10 – 20 cm sahaja. Biasanya pokok durian yang masih muda mempunyai kanopi yang berbentuk seperti kon. Bagi pokok durian yang telah matang, kanopinya berbentuk bulat dan rendang. Penanaman durian yang terlalu rapat, boleh mengakibatkan kanopinya berbentuk bujur.
Durian mempunyai buah yang berbagai saiz. Saiz buah boleh mencapai ukuran sehingga 18 cm lebar dan 20 – 32 cm panjang. Kulit buah durian biasanya berwarna hijau, hijau keperangan hingga kuning keperangan. Ianya mempunyai duri yang tajam berukuran 1.25 cm panjang dan 1.8 cm lebar pada pangkal duri. Pada permukaan buah terdapat 4 – 5 garisan yang dipanggil garisan pangsa di mana ia digunakan sebagai tanda untuk membuka buah durian. Buah durian mempunyai bentuk bulat, bulat bujur dan bujur. Buah durian mempunyai 4 – 6 pangsa yang memuatkan ulas-ulas isi durian. Terdapat 1 – 8 ulas isi dalam satu pangsa. Isi durian berwarna putih kekuningan atau oren, dan kadang-kadang ada juga isi durian yang berwarna merah; ada yang tebal dan ada yang nipis, bergantung kepada klon dan jenis yang ditanam. Rasanya lemak, manis dan ada juga yang berasa pahit sedikit. Buah durian akan gugur sendiri apabila masak. Buah durian yang masak mempunyai bau yang kuat. Beberapa hari selepas buah gugur, kulit buah akan merekah di sepanjang garisan pangsa bermula daripada hujung buah.

Number of View :8140

5 comments

  1. kalau ada sapa-sapa ke kuching, miri, bintulu, kk..boleh mintak mereka beli buahnya dan memakan isinya. Basuh bijinya baik-baik supaya hilang bau..bungkus dan boleh dibawak naik belon ke KL. begitu jugalah cara saya bawak balik biji terap serawak ke KL.

  2. da durian yg x da duri, pnh jumpa x? sedap…..buahnye kecik je p isinye besar. hr 2 x smpt nk g dusun durian pak sedara, kat sana da mcm2 jns durian….rugi kalo x rase…jom balik swak ngan sy..heheh 😉

  3. `manakala ketinggian pokok cantuman pula boleh mencapai 10 – 20 cm sahaja.’.. hehe .. 10 – 20 meter tu .. 20 cm baru 8 inci .. mana tau omputeh baca rencana nie, pas tu baru belajor BMelayu lak tu, pasti dia pecaya nanti …

    .. klu bolih, buat pembetulan …

  4. kualiti durian akan terjejas jika ia tumbuh d kawasan yg rendah dan ber air, saperti tanah sawah yang sudah jadi bukit .. pokok durian perlu air tapi tak suka akarnya terendam dlm air yg tak mengalir ..

    .. durian d kawasan yg tanah berbatu kerikil (merah) jauh lebih sedap dari yang tumbuh di tanah yang biasa .. tanah yang berwarna merah (Serdang series ) amat sesuai bagi tanaman durian …

    durian yang tumbuh dari baka biji berupa hybrid (hasil cantuman bunga jantan dan betina) pasti tidak akan mengikut pokok asal 100%, manakala yang tumbuh dari klon akan mengikit ciri2 pokok induk, terutamanya rupa bentuk luaran, tapi rasa dan kualiti isi bergantung pada faktur tanah, umur pokok, dan kesihatan pokok pada keseluruhanya ..

    setahu saya hanya Mardi yang telah berjaya menghasilkan klon dari cantuman bunga, sedangkan klon2 yang lain adalah dari asal pokok induk yang terpilih dan diambil mata tunas dan dicantumkan pada pokok lain unatuk di klon ..

    .. sapa yang tak tahu >> D 24 telah ujud sejak 1937 dan berasal dari Bukit Merah, Perak .. (mungkin klon yang paling dikenali diM’sia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam