Pokok Avokado

Pokok Avokado ini berasal dari Amerika Tengah. Avokado adalah sejenis tanaman yang memerlukan tanah yang subur, gembur dan tidak sesuai ditanam di tnah yang berpaya atau berair. Ia mudah berbuah di dataran rendah dan menjadi lebih subur di kawasan tropika yang sering mendapat hujan. Ketinggian pokok adalah sekitar 3-10 meter.

Akarnya tunjang, batang bulat berkayu manakala rantingnya mempunyai banyak cabang serta berambut halus. Daun Avokado tunggal dan bertangkai panjang. Bunganya pula majmuk, tersusun dan keluar dari hujung ranting dengan warna kuning kehijauan. Buahnya pula bulat bujur telur, panjang sekitar 6-20cm. Di dalamnya hanya terdapat satu biji. Isinya apabila masak akan bertukar menjadi warna kuning kehijauan.

Daun Avokado dikatakan boleh menghilangkan penyakit batu karang, darah tinggi, sakit kepala, bengkak di saluran pernafasan, sakit sendi atau saraf dan membetulkan peredaran haid. Biji Avokado yang berwarna kemerahan baik untuk radang dan menghilangkan penyakit gigi dan penyakit kencing manis.

Selain daun dan biji, isi Avokado amat penting bagi kaum wanita kerana di kebanyakkan negara di rantau ini mengamalkannya untuk dijadikan sumber herba tradisional. Isinya diproses untuk dijadikan kosmetik, hasil pembakaran dari minyanya pula baik untuk rambut dan wajah.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :11081

16 comments

  1. Salam tuan rumah..

    2 minggu lepas, aku ada beli pokok anggur kat C.Highland. Sekarang dah mulai memanjat dan ada 2 biji anggur dah kuar.

    Ko ada petua untuk jaga pokok anggur ni 🙂

  2. Petua nak jaga yg aku tahu cuma kena sentiasa cantas ranting-ranting pokok tersebut, supaya ia senang berbuah.. dan jangan lupa letak bahan organik..

  3. avacado ni di indon di panggil apokat, dia org buat juice,jus apokat..kat sini jual mahal lo.. caranya buah apokat tu d korek isinya blend dgn susu pekat choclate dan susu kotak. bijinya boleh di semai di pasu kecik..korek tanah sedalam 1 jari..tanam..dalam masa 2 bulan pokok ni akan tumbuh setinggi 1 kaki..lepas tu pindah kan ke tanah…siapa yg tanam lepas ni boleh jadi tokey jus apokat..good luck

  4. Saya ada tanam pokok Avacado,berbuah pada musim buahbuahan , setahun sekali-ditempat saya dipangil pokok mentega kerana rasanya lemak tak manis .bolih makan fresh bila masak ,belah dua keluakan bijinya dan makan bersama susu atau gula merah, sedap dibuat jus.

    siapa yang hendak benihnya saya ada semai sebanyak 12 pokok. boleh datang ke Port Dickson tel 012-6010085. sekarang mula berbuah.

  5. saya selalu makan semasa belajar di pondok pesantren jawa timur. mula-mula makan…. xlalu. pas2 sedap. depa makan dihancurkan (blend), + susu + gula. cubalah… minggu lepas saya beli kat ipoh. sedang semai. mudah2an boleh ditanam…

  6. Saya ada 2 pokok yang benihnya berasal daripada biji yang saya beli di Vietnam dan Indonesia. Sekarang ni dah 4 kaki lebih pokok tu. Boleh tak jika saya korek dan pindahkan ke tempat lain. Pokok2 nya sangat subur dan saya selalu pangkas untuk mendapatkan dahan baru. Terima kasih kepada nasihat.

    PS: Saya bercadang hendak mengubah ke tanah saya yang baru dibeli untuk dijadikan tanaman lanskap kerana pokoknya macam sesuai aje buat lanskap. Akarnya tak rosakkan rumah ke?

  7. pokok avocadoa besar. mula-mula macam pokok mangga. kalau lama lagi macam pokok buah kuini. besar.
    kalau nak tau, saya pun ada tanam. gunakan biji. 2 species. satu daun lebar. satu daun kecil dan tirus.
    isi avocado boleh buar mask pemutih. org pepmpuan boleh cuba. ambil isi,nhancurkan dan terus sapu lebih kurang 20 mn. kemudian cuci dgn air sejuk. selamat mencuba

  8. sexy bli buah avokado (merah2 tua warnany) d supermarket. sblh isiny sexy mkn n sblh lg nk buat masker tp kering dlm peti sejuk. bijiny sbesar bola pingpong. spt biasa sexy kumpulkn benih tsbt b= biji plum, limau, pisang kaki (persimmon), pokok tasbih dll tp smpai hr ni x dtnm2 lg. alhmdllh, nsb baik hjn, x pyh sexy siram pkok2 yg ada.

  9. @maznah

    Salaam Cik Maznah,

    Boleh tahu dimana tempat tanaman avocado tu? Kalau di Lembah Kelang, boleh saya datang bertandang? Saya beminat untuk menyemai dan menanam di kawasan rumah in Bangi. Wassalaam.

  10. saya suka sgt mkn avocado, nak beli slalu, mahal. beli time gaji je ari lain makan buah2an lain. nak buat masker lg la sayang baik makan! Pokok avocado saya dah tinggi 2 kaki. tp x de kaw. nak tanam. ble x di ‘bongsai’kan dia klau x ble terpaksala ‘bangzai’ kat tanah tapak surau. cuma klau kat situ takut org cabut mcm dia orang cabut pokok mangga saya yg dah 9 kaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam