|
Pisang Goreng
Bila
di sebut pisang goreng, pasti ramai yang biasa merasainya
kan.. Apatah lagi apabila pisang goreng di makan pada waktu
masih panas dan di waktu petang selepas pulang dari kerja.
Saya yakin anda sebagai rakyat Malaysia pastinya mengenali
pisang goreng ni..Kalau tak kenal mungkin anda orang bandar
yang tidak pernah singgah tepi jalan-jalan..
‘Pisang goreng’ atau ‘goreng pisang’.
Tak kisahlah mana satu pun yang
penting goreng pun sodap.. Pisang goreng merupakan makanan
yang mudah untuk dihasilkan lebih-lebih lagi sekarang ni ada
tepung goreng khas. Celup je pisang ke dalam tepung
tu, tambah sikit garam, tuangkan air dan goreng je.. Mudah
je kan..
Kebiasaannya banyak gerai-gerai di tepi
jalan yang menjual pisang goreng ni.... Saya pernah
terdengar terdapat peniaga pisang goreng yang mampu mendapat
keuntungan sekitar RM 100 sehari dengan hanya menjual pisang
goreng..
Anda mungkin biasa makan pisang goreng tetapi tahukah pisang
apa yang sesuai dibuat pisang goreng. Terdapat pelbagai
jenis pisang yang tumbuh subur di negara kita selain seperti
pisang Berangan, pisang Masak Hijau, pisang Nipah, pisang
Raja, pisang Tanduk, pisang abu dan pisang Awak. Namun bukan
semua sedap dibuat pisang goreng.
Pisang dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Ianya dikenali
di negara-negara tropika seantero dunia akibat dari
perkembangan aktiviti perdagangan.
Pisang mula diperkenalkan oleh saudagar-saudagar Arab di
Afrika Timur. Pada tahun 1402, ianya telah dibawa ke
Kepulauan Canary oleh orang-orang Portugis. Manakala bangsa
Sepanyol memperkenalkan pisang ke Mexico sekitar tahun
1531 dan ke Benua Eropah Barat serta Amerika Utara pada
tahun 1866.Walau bagaimanapun, saya belum tahu di mana asal
usulnya pisang goreng ni..
Okay.. saya
ada resepi pisang goreng untuk anda.. Pertma sekali beli
pisang nangka yg baru nk kuning2 tu, pisang tulah yg
dijadikan pisang goreng..pisang ni taklah manis bila
digoreng. Pisang di buang kulit dan di hiris halus halus
secara memanjang.
Bahan-bahan:
Pisang
2 cawan tepung beras
1 biji telur
Garam
kunyit
Sedikit air kapur
Air secukupnya
Cara penyediaan:
1. Bancuhkan tepung, telur, garam, kunyit, air kapur
dengan air sehingga cukup cair.
2. Panaskan minyak yg banyak dalam kuali sehingga cukup
panas.
3. Celupkan pisang dalam adunan bancuhan tepung dan masukkan
dalam kuali.
4. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
5. Bila dah nampak agak garing angkat dan toskan.
Jadilah pisang goreng yang
sedap !!
|