Pisang Raja Udang

pisang-udang-merah

Maaflah sebab dah beberapa hari tak menghantar artikel baru di Blog ini. Semalam saya baru sahaja pulang dari luar negeri. Tidaklah jauh. Negeri Perak Darul Ridzuan je.. Kali ini saya telah dapat mengenali lagi beberapa lagi jenis / spesis pisang yang jarang-jarang sekali dapat dilihat apatah lagi kalau nak beli di kedai. Antara yang menarik untuk saya paparkan di sini ialah Pisang Raja Udang.

pisang-udang-merah2

Pisang ini pada kebiasaanya akan berwarna merah hati apabila sudah hampir masak. Sempat juga saya ambil gambar pokok pisang ini sekali bersama buahnya.  Kalau anda rujuk/ buat carian di google tentang pisang ini ada yang menyatakan Pisang ni mempunyai mitosnya yang tersendiri. Pisang ni dikatakan tidak boleh dimakan oleh orang keturunan Rawa kerana  Putera Raja tersebut telah bersumpah bahawa seluruh keturunannya tidak boleh memakan buah atau menebang pokok pisang raja udang ini. Nak cerita memang panjang.. Anda boleh baca sendiri…

pisang-udang-merah3

Isi dalamnya berwarna putih apabila masak dan rasanya sedap seakan-akan pisang berangan. Saya sendiri pun belum sempat rasa lagi pisang ini kerana masih lagi menunggu buah ini masak. Mungkin anda di sana pernah merasai pisang jenis ini, bolehlah cerita pengalaman anda..

Sebenarnya di Malaysia ini masih lagi banyak jenis pisang yang tidak diketahui dan kurang dipromosikan. Kebanyakkan antara kita terutama generasi baru hanya mengenali pisang berangan, pisang abu, pisang awak, pisang tanduk, pisang emas dan pisang goreng sahaja. Mungkin di kampung anda, ada pelbagai lagi jenis pisang yang jarang orang lain tahu. Harap dapat dikongsikan di sini…

Number of View :35646

105 comments

  1. Salam buat semua teman.
    Pernah tengok dikedai jual buah dan dipasar tapi tak pernah makan.Saya memang suka makan pisang samada digoreng,direbus,dibuat kuih dan sebagainya.Dirumah saya ada pokok pisang serendah dan pisang nipah.Kalau berminat nak menanam,boleh datang kerumah.

  2. salam semua…

    pisang ni penah tengok orang juai kat pasar malam…

    ada la juga dengar cerita org² tua yang pisang ni ada

    pantangnye…

  3. Salam untuk semua, saya benar ingin dapatkan benih pisang.kalau siapa tahu dimana tolong bagi tahu saya akan cari sampai dapat. Tolong ya jangan tak tolong

  4. Salam semua. saya biasa tengok pisang ni tapi disebabkan saiznya kurang minat utk makan. besar dan montok gitu. Saya lebih suka pada pisang jari buaya. Mak saya ada tanam pisang tu. Kecil seperti jari dan sedap dimakan. Pisang Tandukpun ada.

  5. memang cantik pisang ni..tetapi mengikut kata orang tua2….pisang ini tak boleh ditanam kt dalam kampong ataupun tepi rumah…kerana nabi kita sendiri dah terkena tipu dek kecantikan buah pisang ini…..ingatkan masak rupanya masih putik….cerita ini saya dengar dari pada org lama2….saya pernah makan pisang ini rasanya masam,manis lebih kurang mcm pisang berangan juga…

  6. Pisang ni sya biasa tengok. tapi tak ingat pula pernah makan ka tidak. Betuah la tanah kita kr boli tummbuh mcm2 jenis pisang. Baru2 ni saya ada beli pisang MONTEL yg dibenihkan menggunakan teknolig bio btg muda pisang. Masih kecil dlm bayung n tak tau mcm mna buhanya klu. Kata tnnya 6 bulan boli dpt hasilnya. Mudah2an jadi. Klu ada siapa info ni boli lah dikongsikan.

  7. Pokok pisang ni adik saya tanam tepi rumah. Pokok nya cantik sama warna dengan buahnya tapi tak banyak anak di kelilingnya. Tapi belum pernah rasa, sbb mak kata tak elok tanam atau makan buah pisang ni. Susah nak cari benih pisang ni, sebab jarang orang tanam.

  8. pisang ni orang sabah panggil pisang tembaga. banyak terdapat di sabah.Sedap ni. saya baru tanam beberapa pokok tahun lepas tapi habis kena serbu sang kerbau termasuk pagar buruk saya

  9. Saya baru tebang pisang ni minggu lepas. Tak pula saya tau namanya. Husband yg tanam kat belakang rumah. Memang rasanya manis, tapi dah masak sy buat goreng pisang sj…. selebihnya beri pada jiran2.

    Kalau nak dapat baja bagus boleh hubungi saya…Rosmida Abu Bakar, hp 013-3018202 email: rosmida_ab@yahoo.com. Baja Chuma Fertilizer… terbukti berkesan untuk sebarang jenis tumbuhan…. kalo tak caya …try la……untuk pisang hanya bajakan 2 minggu sekali ja…

  10. aduaiii…baru je mggu lepas pekedai kat umah saya introduce pisang ni. tapi rugilah pulak tak beli dan rasa pisang tu. baru sekali tu je saya jumpa dlm seumur hidup saya 36 thn ni. nak cari semulalah pisang tu.

  11. Assalamualaikum,

    Nak ucap terima kasih atas usaha meng-emel segala info dan panduan yang sangat berguna .

    Saya memang minat makan pisang sebab cepat kenyang dan kurangkan makan nasi. Memang sesuai di amalkan bagi mereka yang nak berdiet !
    Pernah juga makan pisang yang di beri oleh kawan mengandungi banyak biji, rasa pelik sangat masa tu sebab first time jumpa …. terpaksa korek keluar semua biji-biji tu. Akhirnya sedekah je pisang tu kat ayam.

    Nanti la, saya cuba cari pisang raja udang pulak .

  12. Pisang ini boleh didapati di pasar-pasar sekitar Kota Kinabalu Sabah. Rasa pisang ni sedap, manis dan berbau harum. Ada lagi yang sama rasa, bau dan saiz dengan pisang ini beza warna sahaja iaitu hijau.

  13. Di tempat saya, pisang ini dipanggil pisang jernang kerana warna yang merah hati. Adat yang mengatakan tidak boleh dimakan oleh satu golongan – tidak tahu rasionalnya. Saya pernah mencuba. Rasanya enak hampir menyamai pisang embun (nangka), sedikit masam, lebih manis. Isinya lunak. Namun boleh menyebab sakit perut jika banyak.

  14. komen pak tam tu pernah saya dengar waktu tinggal di Johor dahulu. Walaubagaimanapun, ialah kalau makan tu janganlah sebarang makan, kaji dahulu, nanti kalau dah masuk kedalam tubuh menjadi penyakit, sesal pun tak guna. 90% penyakit berpunca dari kerana perut. WallahUlam!

  15. Komen Pak Tam mmg pernah saya dengar. Malah masih ade lagi keturunan (laksmana Bentan) yg bila makan pisang ni akan muntah darah…(dengar cerita la) yang pastinya saya dah makan pisang ni, sedap macam pisang biasa dan agak lembut isinya.

  16. nk makan pisang ni jom lah dtg.sini..tp hubungi dulu…
    di halaman rumah sy ada beberapa batang pokok pisang ni…
    2 minggu lepas baru amek pisangnya…
    x pecaya mitos atau mereka kata pisang ni x bole di makan..so sy pun tanamlah….
    brbuah..masak sy sekeluarga pun makan…
    pisang ni memang enak..lembut dan sedap…
    buat cekodok pisang gunakan pisang ni lg sedap…
    ………..

  17. Pisang ialah buah kegemaran saya. Rasanye pisang di atas ialah pisang orang kalau di kelantan. Pisang yang tiada dijumpai di KL ialah Pisang Perak, Pisang Kelat Lega, Pisang Kelat Keling, Pisang Kelat Air. satu lagi yang hanpir pupus ialah Pisang Bunga. Pisang ini bila masak warna hijau kekuningan dan berbau wangi. Sesiapa ada anak benih boleh beritahu saya…llonni@gmail.com

  18. pisang ni saya tahu dan pernah jumpa kat kampong, tapi satu saja, saya tak lalu nak makan sebab warnanya merah, tak tahu le kenapa tekak tak boleh terima lagi, lain kali kalau jumpa nak rasa makan, jadi manusia ni kalau tak rasa, pasti rugi, itulah ruginya saya.

  19. seumur hidup aku, aku penah melihat pokok pisang raja ni sekali sahaja. itupun, sebab dalam byk2 pokok pisang yg ayah aku tanam, ade plak satu pokok yang berbuah kaler lain… punye la excited kami adik beradik menunggu buah pisang ni membesar… bila dah masak, dpt ler kami merasanya untuk kali pertama dan mungkin gak utk yg terakhir…. sebabnya, agak payah nak jumpe pisang ni dijual kt mane2 kedai buah.

  20. Salam..

    Ingin saya katakan yang saya pernah makan dua biji saya beli di tepi jalan masjid India dari penjual India(mamak).

    Rasa nya manis dan isi lebih tebal dari pisang biasa.

    Itulah kali pertama saya memakannya.

    Kalau nk cuba makan lah satu

    Rahman

  21. salam,

    saya tahu pisang nie dari husband saya. Apa yang satu tahu cuma ibu mertua saya melarang husband saya dari memakan pisang ini. Dari respond2 yang diterima mengatakan keturunan Rawa yang dilarang memakan pisang nie. Boleh sesiapa bagi lebih info tentang keturunan Rawa.

  22. Salam semua

    Pernah sya makan pisang ni. Sahabat di Sibu,S’wak ajar sya makan pisang ni cicah dgn Sagu Bakar (biji sagu). Mula2 tu takut gak nak makan sbb dengar mcm-mcm pantang larangnya. Tp kawan kata balun je le.. x ada pe. Kena 2 biji.. huh kenyang satu hari…. mungkin sya bukan keturunan Rawa, jadi x jadi apa …ha…ha…ha… Allah punya kuasa.

  23. saya pernah makan pisang nie…mmg sedap…skrg pn sy tengah tggu pisang ni masak…insya Allah…ade rezeki…boleh merasa lagi…

  24. selamanya nyer la saya takleh makan pisang ni…sbb saya membawa keturunan RAWA…no no noooo….huhuhuuu

  25. Buah pisang ini berbau amat harum bila sudah masak ranum.Buah ini sesuai di makan begitu sahaja.Bagi pengirim yang mengatakan buah ini berasa masam ,itu mungkin kerana buah itu tidak cukup masak.Buah ini amat sesuai sebagai makanan kesihatan.Dipercayai dapat menambah sel hemoglobin dalam darah

  26. Masalah dengan jenis-jenis pisang memang namanya. Lain kampung lain nama. Pisang ini Pisang Raja Udang, di Sarawak dipangil Pisang tembaga. Di semenanjung saya sering jumpah jenis ini di Pulau Tioman, sebelah lapangan terbang dan di kawasan Pontian,Johor ada pokok pokok di depan Muzeum Nenas. Banyak lagi yang dijual di India Selatan, Tamil Nadu di pasar pasar tempatan.

    Frank

  27. arwah ayah saya sendiri berpesan pd saya,keturunan kita tak boleh makan pisang raja udang.masa tu saya kecik2 lagi.sampai skarng sya ingat.rupanya dengan kakak saya pun arwah pesan.tp x plak saya tnya kenapa.dr cerita kawan-kawan yg x bole makan pisang tu keturunan rawa tp saya bugis dr selangor.sampai sekarng x tahu apa sebb arwah pesan jagan makan.rasa menyesal plak x tanya apa sebbnya…

  28. assalamualaikum
    need help…
    Ada sesiapa yg tau dimana boleh dapat pisang raja udang ni..
    Seorang ustaz yg mengubati bapa saya berpesan cari pisang
    raja udang untuk proses perubatan penyakit angin ahmar.
    Terima kasih kepada yg sudi membantu.

  29. pisang raja udang ni mmg sedap dimakan sama ada dibuat cucuq atau dimakan saja. bila dah masak buahnya tak semerah hati, jadi merah kekuningan, sangat manis dan halus isinya……sesuai dibuat kek dll…

  30. mmg jarang pun jumpa pisang raja udang ni…dulu kecik2 ada la jumpa….tapi tak ingat sempat merasa ke tidak.

  31. salam,
    buah pisang yang allah jadikan mengapa hendak pantang pantang makan sajalah.fikir mengapa diciptakan sedangkan hendak patuh pantang larang cos buah ni sedap sebab tu orang tua tua nak makan satu zikat tu saorang pun bolih habis.

  32. .. pisang nie memang kurang popular d kalangan org Melayu ..

    # pisang kelat >> ubat cirit birit yg mujarab (ambil anak pisang ukuran kira2 size 20cm, bakar dan perah air nya .. dan d minum)

    # kena gigitan/sengatan tabuan atau lebah .. rawatan cemas, .. ambil getah dari pelepah pisang, sapu pada tempat gigitan .. bengkak dan sakit berkurangan ..

    artikal berkaitan:

    http://en.netlog.com/pak_choo/blog/blogid=3222241

    http://en.netlog.com/pak_choo/photo/photoid=22016335&surr=1#photos

  33. saya pun salah seorang berketurunan bentan ,memang jelasnya belum pernah lagi memakan pisang ne tapi rasanya sumpahan tu dah berakhir dikota tinggi ,lau x silap sumpahan tu dari laksmana bentan sendiri sewaktu beliau mengikat luka tikaman di perutnya dengan daun pisang udang dan sumpahan keturynan bentan tidak boleh menjejak kaki di kota tinggi dari sultan Mahmud sendiri….

  34. Salam saudara…
    Jika diberi keizinan…bolehkah saya copy dan paste gambar pokok pisang ni?
    Diharap saudara dpt memberi keizinan untuk saya gunakan gambar ini.

    Terima kasih

  35. Slm sume..kpd sesiapa yg b0le bantu..actualy sy perlukan batang p0k0k pisang udang ni utk tujuan perubatan,kal0 ade ssipa yg tahu d mana sy bleh dptknnya sila emailkn inf0 kpd sy di zurizaefnee@yahoo.com..trima ksh diatas ksudian anda memberi inf0 kpd sy..

  36. Nk share psal pisang udang…mmng mcm2 crita menakotkan psal pisang ne.ramai mengatakan pisang ini tidak boleh di makan oleh sesetengah keturunan,tpi sya prnah mkan pisang ne.warnanya mmng plik tpi rsanya sungguh sdap.Agak lama dulu ada knalan berikan pisang itu.Satu family sya tkot nak mkan.Mak sya kata klau sya brani mkan lah..tpi sy dngn rsa tkot nya mkan jugak pisang ini kerana ingin mrasanya.slepas mkan sya dpti x da ap2 yg brlaku smpai skarang.sya mmbuat ksimpulan sya bukan lah keturunan yg pntang mkan pisang ni..skarang ne sya mmng x pnah jumpa lgi pokok pisang ne,sya rsa suatu hari nnti psang ini akan pupus krana rmai orang tkot nk mkn krana plbagai crita mitos..

  37. salam sejahtera semua

    kami dari hexagon green biotech sdn bhd, syarikat pengeluar benih tisu kultur pisang berangan secara komersil.benih kami dijamin bebas penyakit dan tumbuh dengan sihat..tempoh tumbesaran yg cepat dan hasil yg berkualiti..untuk pertanyaan, hubungi muhaimin (0193727419) atau eme ke muhaimin_biotech@yahoo.com

  38. saya pun nak kongsi cerita pasal buah pisang ni. Di kampung saya di sarawak pisang ini dikenali sebagai pisang jernang. Jarang orang tanam sbb tidak komersil. Ada orang jual tp terasa was2 nak makan sbb tak biasa. Buah yang masak berwarna kuning? Betul ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam