Pinang Gagak

pinang-gagak

Cuti hujung minggu yang lalu, saya sempat pulang ke kampung halaman. Dipendekkan cerita, sambil ronda-ronda keliling kampung tenampak buah merah yang berguguran di atas tanah. Rupa-rupanya  buah yang menarik perhatian ini datang dari pokok yang menjalar dan menumpang pokok  lain untuk terus hidup. Yang menghairankan kenapa buah ini bertaburan di atas tanah dan tidak diambil peduli samada haiwan atau manusia sejagat.

pinang-gagak2

Dipendekkan cerita lagi.. saya pun bertanya tok dan nenek saya. Menurutnya, buah ini diberi nama pinang gagak dan ia tidak boleh dimakan. Asal nama buah ini kononnya seekor gagak suka datang menghinggap buah ini tetapi sayang si gagak tidak dapat makan buah ini mungkin kerana tidak sedap atau beracun. Di kampung saya memang banyak tupai dan kera. Oleh kerana haiwan seperti tupai dan monyat juga tidak memakannya maka manusia juga tidak berani mencubanya.

Saya sendiri tidak tahu sejarah buah ini. Mungkin ianya berlainan di tempat anda. Di harap anda boleh kongsikannya di sini.

Number of View :8166

8 comments

  1. saya pun tak tahu namanya.memang tak boleh dimakan punsaya pernah memerhatikan dlm tempoh yg lama,jangankan monyet burung,serangga pun takde,silapnya saya tak pernah merujuk pada ygh berkenaan.kalau yg biasa pegi cameron highland,buahnya sama ngan buah “cinta”[nama sebenarnya saya tak tau].merah menyala.;;;;menarik admin,carik lagi yg pelik2 nanti aku tolong komen!

  2. pokok ni banyak tumbuh bergayut kat belukar.kat kebun getah.daunnya bujur panjang,hijau tua.mirip macam pokok sekentut, cuma pokok sekentut biasanya tumbuh melata. prinsip pokok cam ni senang je ,kalau nampak buahnya masak ranum tapi langsung tak terusik dek serangga atau binatang lain, jangan cuba-cuba nak makan,bahaya.pengalaman saya selama satahun kat utan macam nilah.

  3. Memang betul dikebun saya pun buah ini banyak bertaburan tapi tiada seekor binatang pun berani memakan nya saya tak tahu kenapa???

    Tentu ada sebabnya sama ada mempunyai bau yg sedap yg tak boleh kita bau atau beracun sebaiknya sesiapa yg ada kepakaran bolehlah mengkajinya,

  4. Sy setuju klau pokok,buah @ daun x di sentuh binatang selalunye menandakan pokok itu kemungkinan beracun.

  5. assalamualaikum. ditempat sy( sebelah utara) buah ni dikenali sebagai timun dendang.Pokok yang menjalar ni , seperti pokok mentimun banyak mengeluarkan buah.Buah yang masak bewarna merah.Setahu saya buah ini rasanya pahit dan digunakan untuk merawat kencing manis dan darah tinggi.

  6. Assallamulaiku, dua hari lalu saya melihat tentang pokok Vanila saya amat tertarik dengan tanaman tersenut..sekiranya kawan-kawan tahu tentang pokok ini diharap dapat cerita berkait pokok ini .tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam