March 28, 2024

ketola-ular

Petola Ular (Tricosanthes celebica) atau juga dikenali dengan nama Ketola Ular merupakan sejenis sayuran yang jarang sekali Penulis beli untuk dijadikan juadah harian. Bentuk buah yang tirus dan panjang membuatkan ia digelar dengan panggilan petola ular.  Sejenis petola yang biasa dimakan ialah petola segi. Namun, kaedah memasak petolar ular tidak jauh bezanya dengan petola segi.

Masakan yang popular menggunakan petola ini ialah seperti masak lemak putih, masak air dicampur ikan bilis, goreng atau tumis dengan bawang, dan banyak lagi. Ada juga yang buat solok dengan membuang bijinya sama seperti solok lada.

Dari segi khasiat dipercayai, sayur ini boleh direbus dan diminum untuk melawaskan buang air besar dan mengeluarkan cacing dalam perut.

Jika anda mempunyai resepi atau info yang lain mengenai petola ular, boleh kongsikannya di sini..

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :20388

1 thought on “Petola Ular

  1. petola ular di tempat saya lebih panjang dan tirus. Orang yang memetik petola ini lebih suka mematahkannya supaya senang dibawa dan mungkin juga bagi mengurangkan rasa geli kerana teringatkan ular. Pernah saya membeli petola ini di pasar tetapi orang rumah enggan memasaknya kerana geli melihat bentuknya yang panjang seperti ular. Hingga sekarang saya belum pernah merasai petola ini. Menurut sumber rasa petola ini sama juga seperti petola belimbing (petola segi).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam