Petai

petai-1

Artikel kali ini mengenai penanaman pokok petai. Petai atau nama saintifiknya Parkia speciosa tergolong dalam keluarga Leguminasae. Ada yang menggelarkannya sebagai “stinky bean” dan “smelly bean”. Walau nama tidak sesedap mana namun Petai sudah dikenali sebagai raja ulam di kalangan penggemarnya.

petai-2

Daripada rujukan artikel yang ditulis oleh UPM, biasanya pokok petai boleh dibiak secara cantuman mata tunas dan biji benih petai yang telah tua dan masak. Sekiranya anda ada menanamnya, seeloknya pangkasan dilakukan sekurang-kurangnya 10 meter bagi mengawal ketinggiannya. Ini penting bagi mengelakkan kesulitan mengambil buah. Pembajaan pula sebanyak 600gram sepokok bagi tempoh setahun ( 4 kali pembajaan ) manakala pemberian baja organik 10-20 kg setahun.

Apa yang menarik tentang pokok petai ni ialah bunganya yang unik seakan mentol lampu yang bercahaya. Mungkin anda ada cerita yang menarik mengenai petai harap boleh kongsikannya di sini.

Number of View :15827

17 comments

  1. … mengikut cerita org2 tua d tempat saya (Johor Utara), tidak semua biji benih petai akan tumbuh menjadi pokok petai saperti ibu nya .. ada hybrid ini akan jadi pokok alai, kerayong atau batai, .. semua buah dari pokok2 ini tak sesuai d makan, walaupun buahnya menyerupai petai (ada yg keras isinya, ada yg tak ada mata cuma papannya aje) .. jadi mengikut ceritanya klu nak tanam, ambil biji dari atas dan kira #petai # alai # kerayong # batai >> mata petai yg giliran kiraan petai saja akan d tanam dan akan menjadi pokok petai .. wallahulam .. ini tak timbul klu dari cantuman mata tunas sbb ia akan mengikut ciri2 pokok asal ..

    >>… petua org asli, petai jangan d makan bersama ulam jering atau kerdas .. sbb ia akan `menyepit’ (sakit perut yg serious) .. jadi klu berulam petai jangan sentuh jering atau kerdas masa makan tu ..

    ada artikal berkaitan >>
    http://en.netlog.com/pak_choo/blog/blogid=2096047

  2. … ada petai dari Sarawak yg bentuknya lain sedikit dari yg terdapat d semenanjung .. petai Sarawak kebanyakan nya mempunyai susunan mata/biji seakan akan berdiri, d dlm susunan pada papan petai tu, sedangkan petai d semenanjung mata/biji nya melintang .. org dari Sarawak tolong confirm hal ini dan klu ada gambarnya lebih mudah d bezakan … (tugas Sdra Fazlisyam cari gambar petai sarawak ..hehehe ..)

  3. Petai dari petua orang lama ianya boleh digunakan untuk mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis. Ianya biasa dijadikan ulam-ulaman dan seeloknya dimakan mentah.

    Selain petai jenis di atas kita juga tidak boleh melupakan petai padi dan petai belalang. Petai padi hampir sama seperti petai belalang cuma yang membezakan adalah bijinya (mata) yang lebih kecil berbanding petai belalang yang agak besar. Petai padi biasa di dapati ditepi-tepi jalan atau highway. Petai belalang biasa di tanam di kampung-kampung.

    Petai belalang sedap kalau ditumis pedas. Rasanya kurang pahit berbanding petai yang ada dalam gambar di atas. Kalau balik kampung saya biasa ambil petai belalang dari rumah jiran saya dan tak sempat nak dimasak saya makan begitu sahaja.

  4. tak sangka pula petai belalang ada lagi kawannya.. petai padi.. saya ingat yg tepi jalan yg tumbuh liar tu semuanya petai belalang..

  5. woa.. x sangka petai pon ada mcm2 jenis mcm pak choo n tok batin cakap. sy tau makan smbal petai je.. tu pon kalu tumis makan kulit je… 🙂 very informative blog mr fazlysham… keep up the good work!

  6. Yang tumbuh meliar tepi jalan tu memang petai belalang, petai padi mcm petai biasa je tumbuh meliar dihutan atau ditanam cuma petai yang mata besar-besar tu rasanya kurang enak sikit agak pedar dibandingkan petai padi yang lebih kecil sedikit tapi lemak dan tidak mendatangkan sakit perut kalau dimakan banyak

  7. Crita petai…
    Ada skali tu bli 10 papan petai yg mata(bijinya),mak ai besar2 seksi & mengiurkan…2 papan sy simpan & 8 lg Saya kikis kulit tanpa belah2 sbb nk bg nmpak cantik & msk lemak cili api ngan daging……Ya Allah,sedapnya….
    .

    Esoknya,baki lg 2 papan sy belah2 nk wat ulam….Ya Rabbi,xde semata pun yg elok melainkan setiap mata petai tu pasti ada 1@2 ekor ulat yg gemok2 sdg tido kt dalamnya……tetiba teringat lemak cili api semalamya tu(??????)

  8. Petang memang sedap buat ulam terus atau direbus dulu atau dibakar lagi wangi. Kalau makan dengan kulit lagi bagus untuk ubat. Kalau masak lemak, kena kikis dulu kulitnya. Petai dari hutan selalunya besar-besar dan kurang lemak. Tapi kalau petai yang tanam ada dua jenis iaitu petai papan atau pedai padi. Yang paling sedap petai padi. Rupanya berpintal dan lurus. Rasanya memang sedap dan lemak serta tak berapa pahit. Kalau petai padi memang sedanp buat sambal, pucuknya boleh buat ulam.

    Teringat jeruk petai makan dengan ikan bakar cecah budu campur tempoyak…..sedaaap

  9. Terima kasih Pak CHO.Saya memang suka makan petai hingga arwah bapa gelar saya hantu petai.Tapi saya hairan suami saya kalau makan petai hutan mesti sakit perut.Peliknya saya tak ada apa-apa pula.Jadi bila nak makan petai kena rebus .Memang bau pun berbeza antara petai hutan dan petai yang di tut.Tapi adanya petai memang membuka selera makan ,tambahan pula adanya ikan masin jeruk tenggiri.Petai boleh di makan mentah,direbus atau dibuat jeruk.

  10. teringat dulu masa kecil selalu tolong orang tua jual petai keliling kampung naik basikal. Arwah ayah yang panjat, saya tolong kutip je, pokok tinggi, tangan pun tak sampai nak peluk. Biasa dibuat ulam, dijeruk. Sedap masak lemak lada api dengan ikan atau udang, kulitnya dikikis dahulu, kalau tidak pahit. Turut menjadi rencah masakan N9, sambal daun kayu, bersama tempoyak.

  11. bukan semua petai sedap dimakan.ada satu jenis yang matanya besar dan keras serta bergetah tidak boleh dimakan kerana kita akan rasa pening dan meloya itu terjadi pada saya setelah saya tanya pada orang petai itu dinamakan PETAI MATA KERBAU.

  12. Salam kepada semua kekawan, nak tau cerita pasal petai, memang ada bermacam jenis petai, ada petai hutan (rasanya sedikit pahit), petai padi memang best, petai belalang dan mungkin ada lagi namanya.
    Tak payah nak ceritalah pasal resepi, ada yang buat sambai campur udang,ikan bilis, masak lemak, buat ulam (rebus,mentah dan di bakar) cicah dengan sambal belacan tapi ini ada satu resepi dari nasi ulam kata orang utara atau pantai timor nasi kerabu. nasi ulam ni kalau dicampur dengan petai belalang selain dari bahan bahan ulaman yang lain pasti menambah lagi aroma kesedapanya dari biar membazir sehingga tua petai tersebut. Kalau nak cuba resepi ini pasti tak lupa punya makan nasi ulam

  13. salam sejahtera buat teman-teman.

    maaf kerana tiada berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu di laman tumbuh-tumbuhan ini kerana kadangkala keadaan / waktu pejabat tidak mengizinkan untuk berbuat demikian.

    Saya teringat waktu kecik-kecik dulu, kami ambil petai padi, asingkan kulit dari isinya dan simpan dalam poket. Lepas tu, sambil bermain-main, kami makan begitu sahaja petai tersebut. Bau mulut… jangan cakap! busuk! Tapi sekarang tinggal kenangan aje..

  14. Salam kepada semua,

    Petua pak choo pernah saya dengar, cuma beza sedikit menurut orang tua-tua tempat saya pula, perak tengah,
    semasa membilang tu dua hybrid aje mungkin berlaku…..
    mula-mula petai lepas itu nering, kemudian balik petai dan nering bergilir-gilir, nering itu ciri-cirinya saya rasa seperti yg diterangkan oleh sdr mazlee tu….
    masalah kena ‘sepit’ ini bagi penggemar petai dan jering atau kerdas ialah lemak tumbuhan yang berlebihan pada makanan tersebut…sakit perut, sakit kepala atau sakit bila nak buang air kecil…
    Pengalaman saya, minum kopi radix ( atau tongkat ali yg lain – ini bukan promote!!! ) boleh mengurangkan ‘kesepitan’ ini…

  15. Assalamualaikum semua,

    Tingat masa kecik2 dulu..mak masak sambal tumis ikan bilis dengan petai belalang..yum yum sedap jugak… 😛
    Saya ni memang hantu ulam..walau lahir dan besar di tgh bandar..tapi bab ulam tak ada istilah tolak tepi, tak lalu, tak sedap atau busuk..jering ka kerdas, genuak semua saya bedal semacam..memang tak sedap makan nasi kalau tak ada ulam..petai jeruk cicah sambal tempoyak wooo.. lagi sodap..

    nak tanya kawan2 pokok petai sesuai tak kalau tanam dalam kebun kelapa sawit..sebab jarang nampak.. selalu nampak dalam kebun getah ja..??? 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam