Pucuk Petai Belalang

petaibelalang

Petai Belalang memang tidak asing lagi di kalangan masyarakat melayu yang tinggal di kampung. Tumbuhan yang tumbuh liar ini boleh dijumpai di mana-mana sahaja kawasan terutama kawasan yang semak atau tidak dijaga. Ia mudah tumbuh dan memang cepat sekali membesar. petaibelalang3

Walau bagaimanapun, bukan semua orang yang gemarkannya apatah lagi mengetahui khasiatnya. Mungkin juga mereka tidak pernah mencuba atau tidak berani mencubanya. petaibelalang2

Kata orang.. belum cuba.. belum tahu!! Pertama kali penulis mencuba makan pucuk petai belalang ketika diberitahu oleh jiran sebelah yang bernama Makcik. Makcik inilahyang mengatakan pucuk petai belalang tidak pahit dan sedap di buat ulam.  petaibelalang4

Memang benar kata Makcik, pucuk petai belalang lebih sedap dan rasanya mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pendek kata, tidaklah seteruk yang disangka. Bukan setakat pucuknya, buahnya juga sedap dibuat ulam. petaibelalang5

Jika ditanya kepada orang terdahulu, pucuk petai belalang memang terkenal dengan khasiatnya yang dapat menurunkan darah tinggi dan kencing manis.

petaibelalang6

Jika anda mempunyai cerita di sebalik pokok petai belalang ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Number of View :14467

4 comments

  1. assalamualaikum .Pucuk dan buah muda petai belalang memang sedap dibuat ulam.Berkhasiat untuk darah tinggi dan kencing manis.Daun ni kambing pun suka , tapi jangan diberi dalam jumlah yang banyak kerana bulunya akan mudah gugur.Selain dari tu buahnya yang masak juga berkhasiat untuk pengidap kencing manis/darah tinggi.Buah yang masak diambil bijinya dan digoreng hangus , ditumbuk halus dan dibuat minuman seperti kopi.

  2. Salam…

    Sy jg biasa menjadikan pucuk dan buah petai belalang ayg masih muda(belum berisi) sebagai ulam….Buahnya yang sudah matang ( isi/bijinya agak penuh & tibul bila dirasa kulitnya) boleh dijadikan ulam dan juga dimasak sambal tumis bersama ikan bilis seperti petai biasa….Cuma kuah sambal tidak begitu bersalut kerana bijinya agak licin dan berkilat…cara nk daptkan bijinya,koyakkan sedikit dibahagian atas & tarik hingga ke bawah…mudah,seperti membuka zip….tidak salah mencuba ,sementelahan juga banyak pokok2 ditepi2 jalan & buahnya juga berjambak2 dan lebat…sayang dibiarkan kering begitu sahaja…

  3. Masa saya kecil-kecil dulu cikgu suruh cari biji petai belalang yang tua untuk dijahit dengan benang boleh buat rantai macam rantai manik kalau banyak boleh buat tirai di pintu. Selain itu biji petai belalang yang agak tua boleh dimakan oleh kanak-kanak yang ada masalah cacing kerawit kata ibu saya, baunya boleh tahanla tapi tak seteruk bau petai biasa yang dijual di pasar tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam