Penggunaan Ubat Yang Betul

    Ubat akan selamat jika diambil dengan betul. Jika tidak, mungkin ubat tersebut tidak akan berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan kesan sampingan. Berikut adalah perkara yang perlu diambil perhatian:

    • Jangan mengambil lebih daripada dos yang telah dipreskripsi atau mengambil ubat lebih kerap daripada yang dicadangkan. Dua kali lebih banyak tidak taermakna dua kali lebih bagus. • Jika anda terlupa mengambil ubat yang dipreskripsi, jangan ambil dos berikutnya dalam jumlah dua kali ganda. Menggandakan ubat adalah berbahaya kerana ia boleh membawa kepada teriebih dos. • Jangan menggunakan ubat orang lain. Ubat yang baik untuk anda mungkin tidak baik untuk orang lain, walaupun simptom- simptomnya adalah hampir sama. Jadi jangan berkongsi ubat dengan keluarga dan rakan. • Jangan mencampurkan ubat tanpa mendapatkan nasihat terlebih dahulu. Jika mengambil dua jenis ubat mengandungi bahan sama, anda boleh menggambil teriebih dos.

 

 Sesetengah ubat boleh memberi interaksi dengan ubat lain bagi menghasilkan kesan sampingan yang tidak menyenangkan. Sementara sesetengah ubat mampu menahan tindakan ubat lain dan sekaligus memberhentikan ubat tersebut daripada memberi tindak balas. Sebelum anda membawa ubat balik, pastikan anda telah memberi tahu ahli farmasi dan doktor jika anda mengambil sebarang jenis ubat lain.

 

Kesan Sampingan dan Interaksi Ubat

 • Kesan sampingan adalah kesan yang tidak diingini selepas mengambil sesuatu ubat dalam lingkungan dos teraputik. Contohnya, antihistamin (generasi lama) boleh menye-babkan mengantuk. Elakkan memandu atau mengendalikan mesin apabila mengambil ubat ini. Namun begitu, bukan semua kesan sampingan adalah negatif atau tidak baik. Contohnya, ubat antihistamin diberi kepada orang selesema atau batuk boleh mem-bawa kesan mengantuk kerana ia boleh membantu pesakit untuk berehat. Biasanya kesan sampingan adalah untuk jangka masa pendek dan boleh dihadapi. • Interaksi ubat-ubatan adalah reaksi ubat dengan ubat-ubat lain atau bahan kimia atau makanan. Contoh, ubat casprin (aspirin) untuk mencairkan darah yang diambil bersama ubat tahan sakit (OLFEN (diclofenac) dan ginkgo boleh menyebabkan pendarahan yang tidak terkawal sekiranya diambil bersama-sama secara serentak.

 

Pengambilan Ubat Herba dan Makanan Tambahan

Kebanyakan ubat herba makanan tambahan dibuat pada bahan semulajadi dan ramai yang menganggap bahawa ia selamat daripada ubat preskripsi. Namun begitu, bukan semua ubat herba dan makanan tambahan ini telah diuji apabila diambil bersama dengan ubat preskripsi. Oleh itu, sebarang kesan sampingan atau interaksi sesama ubat ini tidak dapat di ketahui.

Terdapat dua mitos perlu diberi perhatian berkaitan perkara ini. Pertama, sebaik sahaja bahan herba ini dijadikan tablet atau kapsul, ia bukan lagi bahan semulajadi kerana bahan lain seperti laktos atau kanji dicampurkan untuk dijadikan bahan akhir. Keduanya, herba mungkin mengandungi bahan kuat seperti opium, curare dan ephedrine. Bahan ini boleh membunuh. Oleh itu, dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil sebarang jenis herba dan ubat tambahan.