Pertanian Adalah Perniagaan

Apabila disebut tentang pertanian, sudah tentu ramai yang menyangka perlu bercucuk tanam di tengah panas terik sambil memegang cangkul. Jika anda berfikiran begitu, mungkin anda sudah ketinggalan 20 tahun ke belakang. Skop pertanian kini sungguh meluas sekali dan semakin popular. Ini terbukti apabila semakin banyak kisah-kisah kejayaan usahawantani yang telah mendapat pulangan lumayan hasil dari bidang usaha ini. Dari hari ke hari semakin ramai individu yang berminat untuk menceburi dan menerokai ke dalam bidang pertanian ini. Banyak peluang-peluang pelaburan yang muncul sejak kerajaan ingin menaikkan bidang pertanian sebagai salah satu enjin menjana ekonomi negara.

Ramai yang menyedari keuntungan yang lumayan bakal diperolehi sekiranya melakukannya secara serius. Namun masih ada segolongan lagi yang masih tercari-cari dan tertanya-tanya apa yang perlu dibuat sekiranya mempunyai tanah yang tidak dimanfaatkan sebelum ini. Ramai yang tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Dengan siapa perlu berjumpa? Siapa pula yang boleh membimbing? Apa perkara pertama yang perlu dilakukan?

Bila sudah tahu bidang yang perlu diceburi, modal pula tidak mencukupi. Jadi, terpaksalah buat pinjaman bank. Bukan mudah untuk mendapat pinjaman bank. Banyak kriteria yang perlu anda tahu. Bagaimana pula dengan Rancangan Perniagaan? Sudah cukup baguskah untuk buat anda berjaya? Bukan mudah nak dapat pinjaman kalau tiada Rancangan Perniagaan yang betul-betul dapat meyakinkan pemberi pinjaman. Bila dah berjaya dapat pinjaman, bagaimana pula nak mulakannya. Hendak menanam mungkin mudah pada yang sudah biasa tetapi bagaimana pula hendak memasarkannya. Jika tiada pemasaran, maka tiadalah keuntungannya. Jadi, sia-sia sahaja pelaburan anda jika anda tidak tahu selok belok bidang pertanian ini. Ia akan menjadi mudah sekiranya anda tahu caranya.

Bagi yang mungkin sudah menceburi bidang usahawantani ini tetapi sering menghadapi masalah, anda mungkin tidak tahu ke mana tempat harus dituju. Segala masalah anda akan terjawab sekiranya anda tahu memilih tempat yang betul. Jika tidak impian anda akan terkubur begitu sahaja.

 

Number of View :5030

6 comments

  1. Salam….

    saya ada banyak tenggek burung.. saya ingat dalam 1000 pokok.. tapi tak tahu nak jual.. ada sesiapa yang bleh membantu tak.. e mail saya di alamat e mail.. musa_jumat@yahoo.com. c/ no: 019-2881604

  2. Anda berkata,

    “Di sini, saya akan cuba membantu anda memberi maklumat yang mungkin membantu anda untuk merealiasasikan matlamat anda menjadikan “Pertanian adalah Perniagaan””

    Jadi saya ingin benar bertanya dimana tulisan anda mengenai bantuan ini.. adakan diberi secara personal atau terbuka kpd orng ramai. TQ

  3. dari dulu-dulu lagi petani am nya dikenali sebagi umat yang miskin. Hasil dpd pendapatan tak banyak memandangkan kerja yang dibuat. Orang tengah lah yang dapat banyak untung.

    Muncul lah pasar tani. Kalau dapat ‘FIKIR BESAR’ maka terjadi lah penanaman dan pemasaran yang besar, termasuk ekspot.

  4. ya…saya pon ingin tahu mcm mane nak mulakan…zero pengetahuan…sekarang hanya tanam beberapa cili dan bayam di kawasan rumah…minat ade…kalau boleh nak cuba melawat kebun2…pls share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam