Pertandingan Meneka Bunga

bunga1

bunga11

bunga111

Ada sesiapa yang berani menyahut cabaran? Cabarannya ialah dengan meneka 3 jenis bunga  yang saya tunjukkan pada gambar diatas?

Pertandingan ini terbuka kepada pakar-pakar bunga dan INDIVIDU yang meminati tumbuhan serta mat-mat bunga atau sesiapa sahaja yang rasa ingin mencuba nasib..

Jadi.. Apa hadiahnya?

Hadiahnya tidaklah seberapa tetapi sebuah buku ilmiah yang bertajuk… “Architectural Plants”. Buku ini memang belum saya jumpa mana-mana kedai buku di Malaysia. Saya beli di luar negara secara online di internet. So.. saya beli 2 buah buku dan 1 daripadanya akan saya hadiahkan kepada pemenang pertandingan ini.. Buku ini yang mempunyai lebih 150 m/s berwarna ini memang menarik kerana terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang beraneka bentuk..

Jadi.. sesiapa dapat meneka dengan pantas 3 jenis bunga ini, dikira sebagai pemenang.. Pertandingan ini dibuka mulai hari ini sehingga hujung bulan Mac… Keputusannya akan saya umumkan pada  1 April 2010..

Keputusan Juri adalah Muktamad..

SeLamat mEnCuba… !!

**Updated Terkini**

Oleh kerana sudah ada pemenangnya, saya terpaksa menutup pertandingan ini..Terima Kasih kepada yang telah cuba menyertai pertandingan meneka bunga ini.. Sambutan yang menggalakkan.. Ramai yang hebat-hebat belaka dan dapat meneka bunga yang saya berikan.. Ramai yg memberikan jawapan yang tepat dan hampir tepat..

Walau bagaimanapun, seperti yang saya janjikan saya cuma akan mengisytiharkan pemenang yang memberi jawapan yang tepat dan paling pantas…

1. Bunga Ceri

2. Bunga Jambu Batu

3. Bunga Kacang Bendi

Pemenangnya… jatuh kepada…pemberi komen no.9

“Shahrul Peshawar”

Diharap anda boleh emailkan saya, alamat rumah anda, untuk saya kirimkan Buku yang telah dijanjikan..

Terima Kasih…
p/s: nantikan pertandingan yang seterusnya yang lebih mencabar minda dan akal fikiran…. rajin-rajinlah jenguk Blog ini selalu…

Number of View :9331

75 comments

  1. 1st : bunga labu air
    2nd : bunga jambu batu
    3rd : bunga raya putih.

    nice blog…thanks 4 share with us…
    ~ sharing is caring ~

  2. 1- bunga ceri malaysia
    2- bunga jambu batu putih
    3- bunga kacang bendi

    betul2..hehe..
    saya suka makan sayuran n tgk kebun2 buah or sayuran..blog nie mmg berguna

  3. Bunga 1: scientific name: Muntingia calabura
    family : Tiliaceae
    common name: Malayan cerry,pokok ceri, bunga
    pokok ceri.

    Bunga 2: scientific name: psidium guajava
    family : Myrtaceae
    common name: common guava, apple guava,
    jambu batu

    Bunga 3 :scientific name : Abelmoschus esculentus
    family : Malvaceae
    common name : pokok bendi

  4. 1- bunga ceri
    2- bunga jambu batu
    3- bunga kacang bendi

    confirm betul kan cikgu fazli….. hehehe

  5. Terima Kasih kepada yang telah cuba menyertai pertandingan meneka bunga ini.. Sambutan yang menggalakkan.. Ramai yang hebat-hebat belaka dan dapat meneka bunga yang saya berikan.. Ramai yg memberikan jawapan yang tepat dan hampir tepat..

    Walau bagaimanapun, seperti yang saya janjikan saya cuma akan mengisytiharkan pemenang yang memberi jawapan yang tepat dan paling pantas…

    1. Bunga Ceri

    2. Bunga Jambu Batu

    3. Bunga Kacang Bendi

    Pemenangnya… jatuh kepada…pemberi komen no.9

    “Shahrul Peshawar”

    Diharap anda boleh emailkan saya, alamat rumah anda,
    untuk saya kirimkan Buku yang telah dijanjikan..

    Terima Kasih…
    p/s: nantikan pertandingan yang seterusnya yang lebih mencabar minda dan akal fikiran…. rajin-rajinlah jenguk Blog ini selalu…

  6. No 2 dan No 3 mudah je jawab sebab biasa jumpa, bendi pun biasa tanam. No 1 agak mencabar, tak pasti bunga apa, mula-mula ingatkan pokok sayuran… tapi bila amati gambar tu baik-baik, ada klu rupanya… ada buah sepeot terselit… tu yang dapat jawab… amin, alhamdulillah… makacih empunya blog…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam