Saya akan memberikan beberapa jenama francais yang mungkin boleh dilaksanakan di Malaysia sebagai contoh seperti:
a. Francais Subway: Menjual pelbagai jenis sandwich yang laris. Kini Subway mempunyai lebih
dari 20,000 outlet di seluruh dunia
b. Starbuck : Bistro yang sadang berkembang
pesat di seluruh dunia
c. Chemdry : Francais membersihkan karpet,
langsir dan Iain-lain
d. Jani-King : Francais industrial and commercial
cleaning service
e. Jazzercise : Francais untuk fitness center
seperti aerobik, slimming dan Iain-lain.
f. Futurekid Inc : Francais untuk pembelajaran
komputer kanak-kanak
Francais di atas sebagai contoh sahaja. Jika anda melayari internet anda boleh pilih bermacam bidang francais.
Sebagai contoh anda boleh 'search' di Googles dan taipkan key word umpamanya francais produk barangan kulit. Anda akan dapat mengenali franchaisor yang menjalankan bisnes barangan kulit. Taip apa sahaja bisnes francais yang anda minat dan akan mendapat banyak maklumat.
Jika anda minat bisnes masakan, mungkin anda boleh memasuki bidang francais restoran. Sebaiknya tanya diri sendiri apa minat anda dan apa yang memberi kepuasan kepada anda. Kita perlu faham bahawa menjalankan bisnes francais bukan mudah dan perlu kepada kegigihan dan kerja kuat. |