March 29, 2024

 

Sejarah perkembangan herba dan rempah ratus bermula seiring dengan perkembangan manusia dimana manusia telah menggunakan tumbuhan tersebut dalam kehidupan harian sejak dari zaman dahulu lagi. Tiada komoditi lain yang memainkan peranan utama dalam pembangunan peradaban moden pada hari ini selain rempah ratus. Kehidupan manusia dan tumbuhan tersebut sering berkait rapat namun tidak ramai yang menyedari perkaitan diantaranya.

Sesetengah tumbuhan herba mampu mengubah fungsi fisiologi manusia serta merevolusikan bahan kandungan didalam penghasilan ubat-ubatan selain memberi keuntungan dan kebaikan kepada mereka yang mengkomersialkan tumbuhan tersebut. Di dalam sesetengah upacara, tumbuhan ini memainkan peranan penting terutamanya yang melibatkan soal keagamaan dan adat istiadat manusia.

 

Tumbuhan herba banyak mempengaruhi perkembangan sejarah ekonomi dimana tumbuhan ini dipelbagai gunakan sebagai bahan masakan atau ubat-ubatan, pewangi, bahan kosmetik serta tumbuhan yang menghiasi sebahagian taman bunga. Ilmu pengetahuan herba ini diwarisi secara turun temurun sejak bertahun lamanya (Brown, 1995). Banyak peperangan dan taklukan berlaku hanya kerana ingin memonopoli hasil tanaman tumbuhan tersebut.

 

Sehingga ke hari ini, kita masih bergantung kepada penggunaan herba dan rempah ratus di dalam bidang perubatan, kimia dan penghasilan perasa dalam masakan serta memainkan peranan dalam seni kulinari, bahan pewangi dan kosmetik. Sesetengah tumbuhan herba berfungsi sebagai bahan ubat-ubatan dan bahan makanan harian serta mampu menghasilkan minyak masak yang berkualiti tinggi dan penanamannya dikomersialkan untuk tujuan yang pelbagai ( Parry, 1696; Rosengarten, 1973; Andi et al., 1997).

 

Perkataan herba mempunyai pelbagai definisi. Didalam kebanyakan definisi, herba dianggap sebagai ramuan penting dalam penghasilan ubat-ubatan dan aromaterapi dengan penanamannya khusus untuk tujuan tersebut. Taman-taman herba banyak diusahakan di Mesir sejak 4000 tahun dahulu. Penanaman tumbuhan tersebut ketika itu sering berkait rapat dengan rumah ibadat atau berhala kerana tumbuhan herba dan bunga-bungaan diperlukan untuk upacara pemujaan dan ritual harian. Ilmu perkebunan dan botani bermula dengan kajian tumbuhan herba.

 

Taman-taman yang diusahakan pada asalnya merupakan taman herba. Konsep dan jenis tanaman herba pada masa kini banyak dipengaruhi oleh budaya Mesir, Kristian dan Islam. Dikebanyakan negara, tanaman herba diusahakan samada secara komersial atau sebagai tanaman sampingan, namun lebih kepada tanaman hiasan berbanding sebagai tanaman utama pada suatu ketika dahulu.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :18144

3 thoughts on “Perkembangan herba dan rempah ratus

  1. Kami sedang menjalankan kajian tentang daun balik angin.. Kami nak tahu tentang daun balik angin… boleh tak tolong bagi sedikit maklumat?

  2. Saudara,

    Saya memohon izin bagi menyunting sebahagian artikel di website saudara untuk paparan di website saya.

    Untuk makluman, saya sedang berusaha membina sebuah website untuk perniagaan di bidang perubatan herba bagi mengiklan produk herba syarikat saya.

    Pada masa ini, laman tersebut masih dalam pembinaan.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,

    Jamaludin Mahmud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam