March 29, 2024

Pada 26 Februari lalu, Norway telah membuka bank biji benih tanaman yang dikenali sebagai “Svalbard Global Seed Vault” di Pulau Spitsbergen berhampiran bandar Longyearbyen, la menempatkan biji benih tanaman dari seluruh dunia bagi kegunaan masa depan. Tempat simpanan tersebut adalah kebal daripada sebarang bentuk bencana alam dan serangan dari nuklear serta mampu bertahan sehingga 200 tahun dalam keadaan beku sekiranya berlaku pemanasan global atau kerosakan mekanikal dalam sistem penyejukan. Kira-kira 100 juta biji benih dari 100 buah negara didunia telah ditempatkan di sini Biji benih yang disimpan terdiri daripada tanaman yang menjadi makanan asasi negara-negara di dunia seperti beras, jagung, gandum, barli, kentang dan tumbuhan kekacang.


Tumbuhan berbunga membentuk kumpulan tumbuhan pengeluar biji yang terbesar. Tumbuhan ini, yang dikenali oleh ahli botani sebagai angiosperma, termasuk sebahagian besar pokok, pokok renek yang dikenali sebagai gimnosperma. Kebanyakan gimnosperma mengeluarkan kon. Biji tumhuhan yang berlainan jenis berbeza-beza saiznya. Pokok kelapa dubel mengeluarkan biji yang paling besar, yang beratnya sehingga 23 kilogram. Sebaliknya, biji orkid adalah terlalu halus, hinggakan 800 000 biji orkid beratnya kurang daripada 30 gram. Biji terdiri daripada tiga bahagian, iaitu embrio, tisu penyimpan makanan dan kulit biji. Embrio ialah bahagian biji yang tumbuh menjadi tumbuhan matang. la mengandungi bahagian-bahagian yang tumbuh menjadi akar primer, iaitu akar pertama yang tumbuh; batang; dan daun pertama pada tumbuhan baru. Embrio juga mempunyai satu atau lebih struktur khusus, bak daun yang dikenali sebagai kotiledon.


Biji terbentuk hasil daripada pembiakan seks apabik sperma (sel seks jantan) bersatu dengan telur (sel seks betina). Pengeluaran sel-sel sperma dan telur dalam tumbuhan biji melibatkan beberapa langkah yang rumit Mula-mula organ pembiakan jantan dan betina pada tumbuhan mengeluarkan sel-sel mikroskopik yang dikenali sebagai spora. Spora menjadi gametoflt, yang sebenarnya ialah tumbuhan yang hidup dalam organ pembiakan tumbuhan induk. Organ pembiakan pada angiosperma berada dalam bunganya. Organ pembiakan betina dikenali sebagai pistil. Ovari, yang mengandungi dua atau lebih ovul, membentuk tapak pistil yang bulat. Tiub yang dikenali sebagai stall menganjur ke atas dari ovari dan berakhir dalam hujung yang rata yang dikenali sebagai stigma. Organ pembiakan jantan dikenali sebagai stamen. Stamen mempunyai hujung yang membesar dikenali sebagai anter. Pertumbuhan biji bermula dengan pembahagian sel dalam ‘ovul dan dalam anter. Pembahagian sel ini mengeluarkan spora. Pada kebanyakan tumbuhan, satu spora dalam setiap ovul menjadi tumbuhan betina yang halus ini mengeluarkan satu sel telur.

 

Biji ialah sumber makanan utama untuk berjuta-juta manusia di seluruh dunia. Biji bagi bijirin seperti jagung, oat, padi dan gandum digunakan untuk membuat banyak keluaran makanan seperti roti, bijirin sarapan dan tepung.Bagi tumbuhan yang dikenali sebagai legum yang termasuk kacang, pis dan kacang tanah juga penting sebagai sumber makanan. Minyak sayur yang digunakan dalam masakan diperoleh daripada biji tumbuhan seperti jagung, kacang tanah, kacang soya dan bunga matahari. Di samping itu, pengilang menggunakan minyak ini untuk membuat marjerin,. minyak salad dan lelemak. Perasa dan rempah ratus seperti adas, biji sawi dan lada hitam diperoleh daripada biji dan biji juga digunakan dalam pengeluaran bir, kopi, koko dan minuman lain. Biji juga digunakan dalam pembuatan banyak keluaran bukan makanan. Minyak biji ialah ramuan utama dalam bahan pencuci, sabun, cat dan varnis. Tepung jagung daripada endosperma biji jagung digunakan dalam pembuatan perekat, biji letupan, dan keluaran lain. Kebanyakan makanan haiwan ternakan juga terdiri daripada biji jagung, oat dan bijian lain. Sesetengah biji, termasuk biji deadly nightshade dan tumbuhan minyak jarah membekalkan bahan yang boleh digunakan dalam ubat.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :10561

2 thoughts on “Peranan Biji dalam Pembiakan Tumbuhan

  1. OK fine, semua betul. Yang menjadi issue di Malaysia adalah amalan certified seed or seed certification. Keduanya pasal seed progeny… ex/ cili besar. Olah please.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam