March 29, 2024

MEMILIH spesies Nepenthes atau periuk kera sebagai tumbuhan di laman kediaman trend baru dan kian diminati kerana keistimewaan tumbuhan itu.

Tumbuhan yang hidup subur di kawasan beriklim tropika itu mampu menyerlahkan ruang laman anda supaya lebih semula jadi dan nyaman.Kira-kira separuh daripada 38 spesies periuk kera di negara ini daripada jenis tanah rendah iaitu di bawah 1,000 meter.

Menyedari spesies periuk kera antara tumbuhan istimewa dan memiliki keistimewaan tersendiri, pemilik Four Z E Plant, Mohd Fauzi Abu Bakar, tampil berkongsi ilmu berkenaan tumbuhan itu.“Secara asasnya, ada empat perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam proses penanaman periuk kera iaitu cahaya matahari, media tanaman, penyiraman dan pembajaan,” katanya.Beliau berkata, kawasan yang ditutupi jaring hitam antara tempat paling sesuai ditanam periuk kera.

Periuk kera juga memerlukan tiga hingga empat jam cahaya matahari sehari untuk membesar secara optimum.“Kebanyakan tumbuhan ini di kawasan redup.“Ini menyebabkan periuk kera hanya mengeluarkan daun besar atau subur tetapi tiada ‘pitcher’ (kantung) yang dihasilkan,” katanya.

Periuk kera tidak memerlukan tanah yang mempunyai kandungan nutrien tinggi berdasarkan sifat semula jadinya yang memproses makanan melalui ‘pitchernya’.Tanaman itu memerlukan media tanaman mudah menyerap air, berasid dan tidak mudah reput.Sphagnum moss (sejenis lumut) antara media tanaman yang disyorkan.Dari aspek penyiraman, spesies periuk kera memerlukan keadaan yang lembap untuk tumbesaran yang optimum.

Penyiraman harian tidak diperlukan jika menggunakan media tanaman seperti Spagnum moss dan memadai dua hingga tiga hari sekali.Bagaimanapun, jangan biarkan media tanaman itu menjadi terlalu kering kerana ia boleh menyebabkan tumbuhan itu rosak dan mati.

Periuk kera tidak memerlukan pembajaan yang kerap, cukup sekali untuk tempoh lima hingga enam bulan.“Baja dicadangkan ialah jenis ‘slow release’ untuk media tanaman manakala baja semburan menggunakan baja orkid,” katanya.Bagi baja orkid secara semburan, kuantiti perlu lebih cair, contohnya satu gram untuk orkid = 0.5 gram untuk periuk kera bagi setiap seliter air.

Beliau mengakui proses menanam tumbuhan itu memerlukan kesungguhan dan keprihatinan yang tinggi.“Bermula dengan membeli satu pokok, akhirnya saya memberanikan diri membuka nurseri yang mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk menghasilkan spesies periuk kera terbaik,” katanya.

Anda yang berminat boleh mengunjungi Four Z E Plant, Nepenthes Garden di No 19, Jalan 10C, Lembah Jaya Selatan, Ampang, Selangor.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :31951

6 thoughts on “Penjagaan Periuk kera

  1. ALHAMDULILAH..tima kasih dgn penyebaran ilmu ini.. semoga ilmu tentang ditambah oleh penulis dan berkualiti tinggi kelak.

  2. sye berminat utk tau lebih dalam lg cara-cara untuk jaga periuk kera ni. sbb saya ada byk pokok ini tp kurang pengalaman dan pengetahuan dlm penjagaan nya. harap dpt membantu. tq.

  3. periuk kera wat lemang sedapp,sye ske but rse pelik skit la.periuk kera ni tanam kat rumah x sesuai krn ia menakukng air

  4. salam sejatera…
    aku ade kire2 10 jenis nepenthes..masing2 xsame care tumbesarannye..ade yg lancar(periuk dh bukak padahal daun ke2 selepas pucuk),ade yg suram xnk mbeso,ade yg daun je beso tp xde periuk tu la yg plg terkilan iaitu yg ade taring..tlg la bg care penjagaan periok kera bertaring aku…mahal dulu aku beli(rm50)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam