March 29, 2024

herba

Di Pameran MAHA 2010 juga terdapat ramai pengusaha yang mempromosikan produk herba mereka masing-masing. Produk-produk herba yang sempat saya rakamkan gambar untuk perkongsian dan tatapan mata anda.

herba2

Antaranya ialah kunyit hitam, ibu kunyit, lempoyang, temu pauh….. Ada siapa yang tahu kegunaan kunyit hitam dan ibu kunyit ?

herba3

Bonglai, Temu Erang, Temu Kunci…. masing-masing mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Misalnya Temu kunci;  merupakan antara bahan popular yang digunakan dalam ramuan jamu.  Temu kunci dipercayai dapat mengembalikan kedaraan wanita selepas bersalin.

herba4

Setiap produk herba ini sememangnya dijual kepada pengunjung yang biasa mengamalkan tumbuhan herba sebagai makanan kesihatan seperti melancarkan perjalanan darah, untuk kecergasan tubuh badan, awet muda dan sebagainya.

herba5

Selain itu, terdapat juga cekur/kencur yang sememangnya terkenal untuk rawatan ibu selepas bersalin. Rizom cekur juga banyak digunakan dalam ramuan jamu yang terdapat dipasaran.

herba6

Terung Susu Kambing yang dijual dengan harga RM5/Sebiji. Memang jarang jumpa orang jual terung jenis ini. Daripada rujukan, air rebusan buah terung susu kambing ni juga baik untuk selesema, masalah sakit tekak dan menyembuhkan barah payu dara.

herba7

Yang menariknya ialah terdapat juga sejenis limau di mana buahnya menyerupai bentuk jari yang sedang mencengkam yang dikenali Limau Kuku Rimau. Ada juga yang menyebutnya Limau Jari. Harganya RM15/setiap satu. Limau jenis ini pernah saya jumpai dijual di Cameron Highlands. Sememangnya limau jenis ini digunakan dalam bidang perubatan tradisional. Daripada rujukan lain, Limau jari dicampur dengan buah lain dan dibuat ubat luaran/kosmetik untuk penyakit gangguan fikiran.

herba8

Produk herba yang lain ialah seperti manjakani yang sememangnya terkenal untuk kesihatan kaum wanita dan penyakit berkaitan wanita seperti keputihan dan sebagainya. Daripada rujukan, Manjakani telah digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pengubatan tradisional sejak berabad-abad lalu oleh orang-orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu.

herba9

Selain itu, bunga pakma yang telah dikeringkan juga turut dijual.  Air rebusan bunga pakma diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin dipercayai dapat memudahkan kelahiran anak. Jika diamalkan selepas bersalin; ianya dapat membersihkan dan merapatkan rahim dan mengecutkan perut.

herba10

Lain-lain produk herba yang turut dijual ialah seperti  tebu gajah dan tengkuk biawak. Saya tidak pasti samada bahagian yang digunakan adalah akar atau batangnya. Daripada rujukan, bahagian yang digunakan adalah daripada akarnya.

herba11

Sesiapa yang mempunyai pengalaman menggunakan herba-herba ini diharaplah dapat dikongsikan bersama. Maklumat mengenai penggunaan herba-herba seperti ini memang jarang dijumpai sekarang.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :50988

54 thoughts on “Pengusaha Produk Herba @ MAHA2010

  1. Memang berbaloi ke MAHA ni, dapat jumpa semua pokok2 herba yang kita jarang tengok atau kenal seperti gambar2 diatas. Secara tak langsung baru kita tau betapa kaya nya hutan kita dengan tumbuhan2 herba tradisional dan betapa luas nya pengetahuan orang2 kita dengan ubat2an lama ni…

  2. Menarik! Banyak pokok2 yang dipamerkan…Ada yang memang telah dikenali & digunakan spt manjakani, cekur, ibu kunyit…Yang lain2 itu sekadar pernah dengar nama tetapi belum lagi menggunakannya….Jika ada peluang saya juga berminat utk ke MAHA. Tetapi skrg terlalu jauh dari tempat saya….TQ

  3. Salam, bagus banyak ilmu dapat ana tau.. teruskan. Klu boleh tayangkn herba contohnya kunyit sertakan daunnya agar orang yang hendak mencarinya senang dan tidak keliru… Sememangnya keluarga kunyit banyak khasiatnya dalam perubatan.

  4. It was a real dis-appointment for me not able to joint MAHA2010. We heard a lot of things about MAHA2010. Many of my friend been there with their famillies. They obtained alot of knowledge about agriculture,spices,farms and animals about. I will never mis MAHA2011…looking forward 🙂

  5. Salam, saya ingin kongsikan pengalaman saya tentang Kunyit Hitam . Saya ada tanam Kunyit Hitam, Temu Kunci, Temu Lawak, Lempoyang,Cekor dan macam-macam lagi. Saya juga sudah merasai sebahagian herba ini saperti Kunyit Hitam, Temu Kunci & Halia Bara amat bagus kalau meminumnya badan kita menjadi sihat, hilang semua sakit-sakit badan saperti angin dlm badan. Rasanya macam-macam ada pedar & pahit. Kunyit Hitam adalah herba paling laris & popular, saya ada menjualnya (rizom & pokok) ia digunakan untuk org kena santau, penyakit kanser, dijadikan minyak urut & lain-lain lagi.

  6. kenapa kunyit hitam di panggil macam itu ? adakah isinya hitam ?

    i ada tanam halia merah… isinya memang merah.

    saya memang nak pergi ke MAha tahun ini tapi terpaksa pergi ke kedah untuk urusan kerja.

  7. saya ada pegi ke maha….memang best…tapi tak sempat round habis…besar sangat…saya suke berkenaan dengan pokok balak…spt cengal, meranti, nyatoh dan paling saya suke gaharu….sebab harga yang mahal…tapi makan masa panjang…

    selain drpada tu saya sedang memerhati pokok buah dan pokok yang menghasilkan hasil dalam masa singkat..kalu ada cadangan email kat saya…..

  8. Terima kasih atas kiriman email.
    Saya belum mencuba tumbuhan yang dimaksudkan namun saya akan maklumkan bila ada maklumat baru mengenai perkara di atas.
    Terima kasih atas maklumat baru berkaitan dengan tumbuhan herba.

  9. Banyak ilmu blh dpt dr MAHA ni..subahanallah, mcm2 ciptaan Allah sy blm jmpa n jmpa di MAHA.pasal kunyit hitam, setahu saya kunyit hitam ni ada banyak khasiat contohnya ubat utk kusta, penyakit kulit, kecacingan pun boleh. rasa dia pahit- pahit, warna isi dia bukan la hitam betul tapi kelabu cikit, lagi tua kunyit tu lg htm kulit dia. Di tengah2 daun dia ada jalur merah hati.saya selalu makan bunga kunyit biasa, rasa bunga kunyit ni pahit2 cikit tapi saya rasa bunga kunyit hitam lg pahit dr daun kunyit biasa. lagipun bau kunyit hitam ni kuat. ibu saya selalu kata yang pahit itu ubat.

  10. dapatkan kertas kerja kos projek tanaman dan pendapatan perhektar bagi tanaman kontan seprti tebu,pisang,keladi dan sebagainya bagi lebih menarik minat petani trima kasih.

  11. TQ for ur email…Saya sebenarnya baru mula berjinak -jinak dengan tnm.herba..Terima kasih atas maklumat yang dipaparkan. Tq kerana sudi berkongsi maklumat…..

  12. Salam, Maha2010 sangat menarik dan kali ini kita dapat lihat banyak jualan tumbuhan herba dan pokok buah buahan dan bunga, kami mengambil masa tiga hari untuk melawat keseluruhan tapak, menarik tentang herba pilihan saperti kunyit hitam india, temu hitam dan kunyit hitam malaysia. menurut wikipedia kunyit hitam india itu ialah kunyit hitam, munurut pengamal perubatan traditional di Malaysia dan di Indonesia kunyit hitam malaysia yang berbunga kecil itu ia lah kunyit hitam, jadi nampaknya kita ada perbezaan pendapat dan amalan disini, saya harap ada pihak yang pakar dalam perkara ini menyasat dan membuat penyelesaian tentang perbezaan pendapat ini.
    Banyak yang dicari di Maha2010 sudah dapat tetapi satu saja yang tak dapat Pokok buah pelaga dan jika ada sesiapa yang ada pokok ini dan sanggup berkongsi dengan saya sila hubungi saya di email hantarsajau@yahoo.com .Terima Kasih.

  13. Salam Maha2010 dan jutaan terima kasih atas email yang di hantar pada saya… sungguh bagus dapat berkongsi herba yang sebelum ini tidak pernah saya lihat…boleh tak beritahu saya herba ini boleh dibeli di mana selain dari tempat tuan/puan?sbb saya ingin mencuba herba untuk sihat dan langsing..terima kasih banyak-banyak

  14. Saya dapat bayangkan, pemiran MAHA tu hebat sekali, kerana dapat melihat segala jenis tumbuhan yang tidak ada di tempat saya di Kota Marudu. Kalau diizinkan oleh keadaan, pasti saya akan melawat, itu pun kalau sempat. Hujung tahun ini, cuti pun dah hampir habis. Walaumacam mana pun, dari kejauhan saya menyokong pemiran itu.

  15. Terkejut saya ada juga dipamerkan kelopak (bud) bunga pakma. Totally protected species. Sepatutnya ditegah sama sekali. Terima kasih beri info sedikit menenai apa yang dipamer di MAHA. Saya tak ada peluang pergi sebab masih musim exams SPM. Ada tak species seperti Keladi tikus dipamerkan. Nama spesies ialah Typhonium flagelliforme.

  16. Salam. sebenarnya banyak lagi pokok herba yang x dipamerkan kat MAHA yang sangat berguna untuk perubatan traditonal. Kadang-kadang tumbuhan yang tumbuh melata disekitar rumah kita mempunyai khasiat untuk mengubati demam, batuk, buasir, sakit pinggang dan sebagainya. Pendekkata tiada satu tumbuhan pun yang diciptakan oleh Yang Maha Esa mendatangkan mudharat kepada hambaNya. Hanya Jauhari saja yang mengenal maknikam.Seperti pokok dokong anak bila direbus secekak pokok dokong anak bersama 3 batng serai makan dan 3batang akar pinang muda dengan 3 cawan air sehingga menjadi 1 cawan untuk diminum, khasiatnya boleh mengubat sakit pinggang. Saya dah amalkan, Alhamdulillah! sungguh mujarab! x payah jumpa doktor minta ubat tahan sakit.

  17. MAHA will be held every 2 years, not on year 2011 but on 2012.
    Ibu kunyit digunakan untuk ibu-ibu yg baru bersalin. Tumbuk ibu kunyit dengan garam kasar dan perah airnya. Paling baik diminum pada waktu pagi.
    Cadangan : Adalah lebih baik jika gambar herba-herba tersebut disertakan bersama gambar pokoknya sekali, agar lebih mudah dikenali.

  18. salam, tumbuhan sdh jarang d budidayaan d pedesaan emng manfaatnya banyak skl, klw boleh gmn cara tanamnya supaya subur dan bibitnya beli dimana. mksh

  19. Terima kasih atas info saya tak sempat ke MAHA, saya baru je kenal dengan pokok temu kunci mmg terkenal di utara kalau tak silap sebagai ” ka chai ” ( bahasa Siam ) baik untuk sakit2 angin dan melancarkan perjalanan darah dan kalau di Siam ia digunakan sebagai bahan dalam kuah laksa Siam.

  20. saya telah pergi 3 kali! Sempat beli pokok orkid, pisang Jarum Ali/berangan, pokok airplant dan juga Marunggay.

    Hendak beli Stevia dan Rosemary tetapi terlalu mahal.

    Saya juga tertarik kepada Terrarium, ditanya dimana boleh saya beli tetapi ia hanya pameran sahaja.

    Mana boleh saya dapat pokok-pokok mini itu, ya?

  21. Saya hanya sempat pergi pada waktu malam selepas pejabat. Agak kecewa saya. Memang minat terhadap tumbuhan dan ternakan. Banyak info yang boleh di perolehi darinya cuma sayang 2 tahun sekali. kalau boleh dikerapkan agak elok.

  22. berbaloi dan amat bermanfaat. generasi muda sukar nak jumpa tetapi bila dah di dedahkan dlam ekspo begini amat bagus

  23. Alhamdulillah ekspo tersebut banyak manfaat terutama kepada generasi muda yang tak kenal banyak tumbuhan, saya sendiripun bukannya kenal semua tumbuhan. Tak sempat nak melawat semua kawasan. Terima kasih kepada info.

  24. Salam semua…MAHA2010 telahpun berlalu. Terlalu banyak perkara baru yang telah saya pelajari tentang pokok2 herba. Walaupun tak semua booth pameran dpt saya kunjungi disebabkan terpaksa bertugas di Pavilion Johor namun saya amat berpuas hati dgn pengenalan baru pada pokok herba yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ilmu terlalu luas utk kita terokai dan tiada batasannya.Syukur pd Illahi kerana diberi segala kelebihan pd kita utk melihat segala keajaibanNya.

  25. As’salam.Alhamdulillah,kerana telah mgingatkan mengenai herba2 tersebut…..sy pernah melihatnye.Sekarang sy sedang mengumpul maklumat pokok2 herba yg byk di amalkan oleh org kaum cina jgak,kebanyakan pokok tersebut kita nmpak cuma x prasan cth…buah pokok tongkat langit,pokok pasak bumi,bunga butang,dada ketam,rumput butang dll.Dari situ sy nmpak,ingat rumput@ bunga je rupenye pokok herba jgak.Klau sy dah dpt gambar & namanye dgn jelas,sy ingin kite semua kongsi bersama utk menambahkan ilmu herba….

  26. maha adalah tempat yang paling sesuai untuk mengenali atau belajar tentang segalanya seperti tumbuhan,herba,ternakan dan lain-lain.bagi mereka yang baru ingin menceburi penigaan beasaskan petanian dan ternakan di maha lah tempat paling sesuai untuk bejinak-jinak dunia penigaan,banyak peluang penigaan dapat dipelajari di MAHA.

  27. sesungguhnyah MAHA adalah umpama universiti untuk mengenali alam tumbuhan,ternakan dan bunga2an. Inilah uniknya alam melayu yang bernama Malaysia. Sekiranya kita lupa dimana kita berpijak maka akan hilanglah khazanah yang kaya ini yang sememangnya menjadi rebutan sejak ratusan tahun yang lalu. Andainya penduduk asal lupa dan ingin menghapuskansejarah yang telah tercipta kerana terlalu ingin berkuasa maka akan hancurlah anak cucu selamanya. Tanah Melayu ini sememangnya dikurniakan Allah segala macam herba yang berguna

  28. Salam. t/kasih atas email kpd saya. Sebenarnya saya tak nak pergi MAHA2010. Memang terkilan. Tapi nak buat macam mana. Kunyit hitam yang saya tahu pernahlah dicari untuk dibuat ubat. Dan ibu kunyit untuk diparut dan dicampur dengan garam dan minum airnya setelah keledak kunyit menurun. manakala lempoyang dibuat sambal belacan memang menambahkan selera makan dan yang pasti temupauh memang sedap dibuat ulam.

  29. salam…terima kasih. banyak input yang saya dapat melalui artikel ini walaupun sy tidak pernah menapakkan kaki saya untuk ke MAHA. Bukan tidak sudi, tapi situasi tidak menginzinkan. Ilmu yang bermanfaat ini lgi elok disebarkan dan diturunkan teknik penanamannya dengan mengadakan bengkel. lagipun sekarang ramai siswazah yang menganggur, maka eloklah memanfaatkan peluang yang ada.

  30. Dimana saya boleh mendapatkan benih-benih pokok herba yang saya ingin cuba tanam,permulaan mungkin sekadar mengisi masa lapang,siapa tahu saya mampu memkomersilkan?Dan dimana boleh saya pasarkan?

  31. menakjubkan. terutamanya terung susu kambing.kalau boleh tunjukkan pokoknya dan tempat untuk mendapat biji benih. terima kasih kerana memberi maklumat ini.

  32. 2 tahun sudah, saya dah pergi. tak jumpa lak herba macam ni. memang orang kita dulu-dulu suka bagi nama apa yang terlintas difikiran mereka. bagi kita sekarang memang dengar cam pelik tapi realiti macam tu la nama sama dengan rupa fizikal herba tersebut. ia masih lagi sukar didapati secara terbuka dipasaran dan generasi baru tak kenal pun malah kalau ditanya ibu bapa mereka pasti tak pernah nampak atau kenal pokok herba tersebut termasuk saya. cuma sebilangan kecil je yang saya kenal tu pun diperkenalkan orang. diharap ada pihak yang akan mengkatalogkan serta membukukan ccerita sejarah dan cara menanam serta penjagaannya. terima kasih!

  33. assalamualaikum.saya mmg peggemar herba.Saya amal dan komersialkan secara kecil2lan.saya dapatkan maklumbalas dari mereka yang pernah gunakan herba yang saya cadangkan.dalam masyarakat kita semua jenis herba adalah lebih khusus untuk penyakit darah tinngi,kencing manis dan buang angin atau untuk keintiman. seharusnya diujudkan satu badan penyelidikan yg mampu megolah dan mencari khasiat herba kita untuk lain2 penyakit.
    saya ada satu jenis herba/daun untuk penyakit barah/kanser sebagai penawar.

  34. kawan2 semua, sila kongsi ilmu yang ada berkenaan tumbuhan dengan fazlisyam. nanti kita juga yang dapat manfaatnya. boleh buat bekalan akhirat…

  35. salam sejahtera..saya ada membekalkan akar herba hutan yang original.akar seperti gajah beranak, gajah menyusu, tebu gajah, tongkat ali, kacip fatimah, cendawan susu rimau, akar sekunyit, rempah gunung, akar tengkok biawak, akar lipan bara dan lain-lain. contact saya di talian 017-5984085.tq

  36. salam sejahtera, saya ada mengusahakan tanaman herba seperti misai kucing, sambung nyawa, gandarusa, stevia, cekur dll,

  37. assalamualaikum…sy sgt memerlukan akar tengkuk biawak…klu ade, boleh contact sy 0177423108..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam