• Jangan segan untuk bertanya kepada pasangan anda mengenai
corak dan tabiat kewangannya seperti cara perbetanjaan, tanggungan
hutang dan sejauh mana pasangan anda tahu mengenai pelaburan.
• Keluarkan sedikit bajet untuk membeli dan ambit masa untuk membaca
buku-buku mengenai pengurusan kewangan atau berjumpalah dengan
pakar perancangan kewangan untuk memperbaiki corak anda dan
pasangan menguruskan kewangan.
• Anibil masa untuk berbincang tentang impian kewangan anda berdua
serta bagaimana anda dan pasangan mahu menghadapi waktu-waktu
persaraan kelak.
• Selain itu, anda dan pasangan perlulah berbincang tentang cara-cara
bagaimana mahu meningkatkan hasit pendapatan dan bagaimana
cara yang terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan serta banyakkan
menyimpan untuk masa depan.
• Apa yang paling penting ialah bagaimana anda dan pasangan anda
,boleh melindungi diri dan keluarga jaminan apabila berlakunya musibah yang tidak dapat dielakkan. Contohnya mengambil perlindungan insurans seperti insurans kemalangan, insurans perubatan dan sebagainya.
• Bekerjasamalah untuk
kewangan anda dan
jangan mengharapkan seorang
' sahaja yang menguruskannya.
• Tetapkan
tarikh setiap bulan untuk mesyuarat bajet kewangan.
|