PERANCANGAN PUSAKA TANPA WASIAT ATAU HIBAH


  Satu kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan harta kekayaan yang sedia ada. Katakan sepasang suami isteri yang memiliki rumah RM250.000 dan simpanan lain RM50.000. Cara begini nampak hebat atas kertas namun boleh kehilangan semuanya apabila isteri terpaksa menjual aset untuk menampung kos perubatan suaminya yang ditimpa penyakit kritikal. Apabila suaminya meninggal dunia selepas itu, si isteri tinggal sehelai sepinggang, tanpa ada apa jua harta pusaka untuk dia menanggung kehidupan dirinya dan anak-anak. Cuba pula kaedah ini-insurans atau takaful.yang memang lebih murah kosnya. Dengan caruman bulanan dua digit saha-ja akaun untuk isteri jika berlaku musibah boleh meningkat kepada 5 digit. Tetapi awas pastikan polisi masih aktif dan penamaan dirancang dengan betul.

 Apa yang berlaku hari ini ramai wanita tidak tahu, walaupun suami menamakan isterinya sebagai penama biasa (saya tekankan perkataan "biasa") isterinya bukanlah penerima 100 peratus pampasan tersebut. Ini lebih ketara lagi jika beragama Islam. Sebabnya isteri terpaksa membahagi-bahagikan pampasan tersebut kepada pewaris-pewaris sah seperti ibu bapanya dan anak-anak. Dalam situasi tertentu bahagian isteri dalam sistem Faraid (pembahagian pusaka Islam) hanyalah 1/8 dari harta pusaka tersebut. Maka bagi suami yang beragama Islam pastikan jumlah insurans anda tinggi. Mengapa? Bukan soal komisen tinggi. Meng-ikut kiraan 1/8 tadi sekiranya pampasan cuma RM25,000, hak pusaka isteri cuma RM3.125 sahaja. Bagaimana si isteri akan hidup dengan wang bayar bil RM3.125? Kalau' pampasan insurans suami dinaikkan ke RM100.000, hak pusaka isteri nampaknya naik ke RM12.500. Tapi cukup ke? Belum setahun duit tersebut pasti habis dibelanjakan. Bagaimana pula hutang-hutang suami yang perlu diselesaikan seperti pinjaman kereta, hutang kad kredit, pinjaman peribadi, hutang orang dan segala macam hutang lagi? Jika suami langsung tidak buat apa apa persediaan isterilah yang perlu menanggung semua ini. Kedengaranlah dua jeritan, satu dari kubur, satu lagi dari dunia. Jika pandangan perancang pusaka diminta, mungkin suami akan dinasihat-kan menggunakan kaedah kombinasi wasiat dengan hibah. Wasiat Islam agak terhad peranannya dalam mengagihkan pampasan insurans secara mutlak.

 

 

 

       Oleh itu hibah (hadiah semasa hidup) dicadangkan untuk mengukuhkan lagi penyelesaian kepada masalah kewangan ini. Namun ada yang akan mempertikai akibat soal kos. Adakah lagi kaedah lain? (Awas: Situasi setiap orang berbeza jadi jangan amalkan membuta tuli! Ada kes-kes di mana wasiat dan hibah sahajalah jalan penyelesaian.) Ambil insurans atau takaful atas nama suami (dari segi undang-undang sah jika perkahwinan sah) di mana sekiranya berlaku kematian atau lumpuh ke atas suami, pampasan insurans tadi akan menjadi 100 peratus milik isteri kerana akaun ini milik isteri dan bukannya milik suami. Bermaksud bukan harta pusaka suami,maka tidak perlu bahagi 1/8 contohnya. Pemiutang pun tidak boleh menuntut wang tersebut, kalau nak berdebat di mahkamah untuk separuh abad itu soal lain. Cara sedemikian boleh melindungi kebajikan diri isteri dan anak-anak dengan memaksimumkan harta pusaka suami pada kos pengurusan yang sangat murah.

     Dalam kes ini tidak perlu membuat wasiat atau melantik pemegang amanah dengan kos beratus ringgit. (Untuk pengetahuan terperinci tentang strategi perancangan penamaan insurans untuk Islam dan bukan Islam dapatkan buku ketiga saya dalam sir! perancangan kewangan iaitu Rahsia Mengurus Insurans Hayat di kedai-kedai buku berhampiran anda). Pada kebiasaannya suami merupakan sumber rezeki kepada keluarga. Namun tidak ramai wanita yang menyedari, apabila suami meninggal dunia, sumber rezeki suami pun turut berkubur. Malahan keadaan menjadi iebih teruk lagi jika suami hilang pendapatan akibat hilang upaya keseluruhan atau lumpuh tidak kira sama ada kerana penyakit atau kemalangan. Menjadi lumpuh bukan sahaja menyusahkan, tetapi menjadi lumpuh tanpa pendapatan berterusan umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Keadaan diburukkan lagi oleh kos perubatan suami yang berterusan dan kos sara hidup yang semakin mahal. Akhirnya si isteri lebih tertekan lagi. Jadi rancanglah sekarang sementara nyawa masih di dalam badan.