Pengurusan Tanaman : Fertigasi

Pengurusan tanaman adalah aspek paling penting menjamin kejayaan pengeluaran tanaman makanan khususnya penanaman secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan bidangusaha ini mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup. Selain itu minat, kesungguhan dan inisiatif serta daya tahan diperlukan untuk menjayakan projek.

Pengurusan tanaman meliputi semua kerja-kerja awalan seperti penyediaan media, semaian, mengubah ke ladang melatih pertumbuhan tanaman, kawalan perosak, mengawasi sistem pengairan dan saliran, kebersihan ladang, mendiagnosis masalah tanaman, pensterilan, pengagihan nutrien dan perkara berkaitan fisiologi tanaman.
Matlamat pengurusan tanaman ialah pengeluaran konsisten dengan kualiti hasil yang tinggi pada tahap optima serta menguntungkan. Sekalipun dengan teknologi canggih dan terkini kesungguhan dan komitmen pengusaha sangat diperlukan untuk menjalankan pengurusan tanaman dan projek yang berdaya maju.

APA ITU FERTIGASI ?
Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer & irrigation). Fertigation pula adalah salah satu daripada komponen chemigation (chemical & irrigation). Kimigasi (chemigation) adalah satu kaedah terkini dimana penggunaan dan pengagihan bahan-bahan kimia dalam pengurusan tanaman dilakukan melalui sistem pengairan.
Fertigasi boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman di mana baja ( dalam bentuk larutan ) di agihkan ke zon perakaran tanaman melalui system pengairan. Kebanyakannya sistem pengairan yang digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis titisan . Sistem pengairan renjis atau Iain-lain cenderung digunakan untuk pengagihan kimia-kimia lain seperti racun serangga, kulat, semburan hormon dan Iain-lain dalam teknik chemigation.

Dua (2) asas utama fertigasi iaitu baja ( dalam bentuk larutan ) dan sistem pengairan . Bekas tanaman dan jenis media adalah alternatif mengatasi masalah penanaman. Media bukan tanah (soiless culture) seperti pasir, arang dan habuk sabut digunakan bertujuan mengatasi masalah kesesuaian atau penyakit tanah. Media diisi di dalam bekas seperti polibeg atau pasu bersaiz tertentu untuk memenuhi keperluan ruang zon perakaran tanaman yang optima sesuatu tanaman.

Sebagai contoh, tanaman tembikai ditanam di atas batas tanah secara terbuka di ladang yang luas menggunakan sistem pengairan untuk pengagihan baja juga dinamakan fertigasi. Tanaman kobis ditanam di dalam polibeg berisi campuran tanah dan pasir diberi baja melalui sistem pengairan. Kaedah ini juga dikenali sebagai fertigasi.

Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaedah altenatifPenerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah pada masa sekarang tetapi akan menjadi suatu kaedah yang amat diperlukan pada masa akan datang. Untuk mendapat faedah yang optima daripada kaedah ini, biasanya semua langkah awal diambil perhatian termasuk sifat media yang baik dan sesuai untuk jenis- jenis tanaman, jenis dan bekas tanaman, dan formulasi baja (nutrien) yang seimbang. Bekas tanaman diguna dan diletakkan tanpa mencecah tanah adalah sebagai langkah pencegahan merebaknya pathogen daripada tanah.

Dalam situasi begini media tanaman bukan tanah (soiless culture) tidak mengandungi nutrien yang seimbang atau mencukupi untuk keperluan pertumbuhan pokok. Kaedah ini juga boleh dipanggil hidroponik beraggregat atau hidroponik titisan. Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kualiti nutien ( keseimbangan, kepekatan, Ph, kuantiti), mutu air dan input yang dibekalkan.

Secara ringkasnya kaedah penanaman secara fertigasi adalah kaedah moden yang praktikal, mengikut amalan pertanian yang baik, sentiasa di dalam kawalan menuju kea rah ‘precision farming’. Ini sangat penting dalam trasformasi teknologi pertanian masakini bagi membantu pengeluaran berterusan dan mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi.

 

Number of View :9892

4 comments

  1. saya berminat tentang cantuman mata tunas.persoalannya dimanakah saya boleh menghadiri kursus dan juga dalam perniagaan anak pokok cantuman mata tunas.saya tinggal di daerah perak tengah.sekian terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam