Penghasilan Nata dari Air Kelapa

Sejenis hasil makanan daripada air kelapa yang begitu dikenali di Malaysia ialah nata. Nata ialah sejenis makanan peraman tradisional berasal dari Filipina yang dihasilkan melalui proses fermentasi air kelapa. Jenis bakteria yang telah dikenal pasti sebagai mikroorganisma yang bertanggungjawab untuk penghasilan nata ialah Acetobacter spp. Bakteria ini boleh menghasilkan selapis filem selulosa di atas permukaan cecair yang diperam. Filem inilah yang dipungut dan diproses untuk menghasilkan nata. Hasil akhir berupa agar-agar yang jaringannya seakan-akan sama dengan jaringan buah kabung.
Kaedah pengeluaran nata adalah mudah dan tidak memerlukan alat-alat yang canggih. Walau bagaimanapun kejayaan proses ini tertakluk pada kultur yang digunakan serta kawalan keadaan fermentasi.
Bahan mentah utama untuk pengeluaran nata ialah air kelapa. Air buah kelapa yang matang dan segar hendaklah digunakan. Bahan lain ialah gula dan ammonium sulfat yang berfungsi sebagai sumber nutrien untuk pembiakan mikroorganisma. Asid asitik digunakan untuk mengawal pH atau keasidan air kelapa. Kultur Acetobacter aceti subspesies xylinum digunakan sebagai inokulum. Walau bagaimanapun, kultur tersebut tidak berapa stabil dan mudah hilang keupayaan untuk menghasilkan filem. Perisa dan pewarna bolehlah ditambah untuk menghasilkan produk yang lebih menarik. Biasanya, nata dimakan sebagai hidangan ringan.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :4743

5 comments

  1. nak tanye sikit,dimana saya bisa mendapatkan Acetobacter spp ni??karna saya nak mencuba membuat nata de coco ni.sekian dan trima kaseh.

  2. Salam…minta tolong encik siarkan gambar pisang udang dan di mana boleh dapatkan anak benih pisang ini. terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam