Pengalaman dalam Penggunaan Herba

daun kaduk

Saya telah menggunakan tumbuhan herba kunyit dan sireh sebagai air minuman herba 2 kali seminggu untuk kesihatan dalaman wanita. Pengalaman saya semenjak menggunakan herba tradisional ini saya mendapati semasa saya datang haid badan saya tidak berbau begitu juga dgn darah kotor.

Petua-petua tradisional yang melibatkan penggunaan tumbuhan herba yang biasa saya gunakan dalam kehidupan seharian saya ialah meminum minuman herba teh sireh teh halia dan kunyit untuk kesihatan dalaman wanita, begitu juga dengan buah manjakani sebagai cucian luaran bahagian intim untuk wanita.

Petua-petua tradisional dalam penggunaan tumbuhan herba yang masih diamalkan oleh org tua atau datuk n nenek yang masih saya lihat sampai sekarang ialah penggunaan daun mengkudu untuk menghilangkan lebam. dulu hairan juga macam mana nak hilangkan lebam guna daun tetapi bila lihat hasil dan kesan nya memang berkesan. Lebam dekat badan makin lama makin hilang dan surut. Selain itu, penggunaan minyak kelapa untuk melebatkan rambut bayi masih lagi dipraktikkan hingga sekarang oleh mak dan ayah, memang berkesan untuk menumbuhkan rambut bayi. Orang tua pUn boleh pakai. Penggunaan buah manjakani pun memang daripada petua org dulu-dulu. Saya rasa penggunaan buah manjakani sebagai cucian memang elok.

Kiriman E-Mel: irmchu @ yahoo.com

Number of View :7327

5 comments

  1. Pengalaman dalam penggunaan herba. Sebenarnya akar lalang baik untuk di minum khasnya kanak – kanak yang mengalami demam panas . Akar lalang yang telah dibersikan direbus kemudian airnya diminum.Air itu berkhaiat untuk mengeluarkan ruam panas Termasuklah penyakit Cacar dan campak.

  2. Sebelum ni sy mengamalkan minum air kunyit, rupa-rupanya tidak sesuai diambil dengan kerap kerana cepat menapous. Itu pun sy dapat tahu dr kakak saudara, memang ada kes. Patutla darah haid sy sebelum ni dtg 7 hr tp skrg 5 hari dah kering.

  3. As’salam.Amalkan bunga senduduk putih @ daunnye yg sudah di keringkan dgn cara di buat mcm air teh akan dpt mmbantu sesiapa yg hidap kencing manis,daun jintan hitam di rebus dgn gula batu utk terkena batuk,jika mengalami gatal2,ruam @ kene campak di badan cubalah ambil segulung daun peria katak,btg n akarnye direbus kmdn di bawa mandi(setiap herba yg dikering@basah hendaklah dibasuh dahulu).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam