Pendapat tentang Tumbuhan Herba

Banyak kiriman Email yang saya terima memberi pendapat yang positif tentang tumbuhan herba. Antara pendapat-pendapat tersebut anda boleh baca di bawah ini;

  1. Tumbuhan herba mempunyai masa depan yang cerah. Hal ini kerana kesan sampingan ubatan modern menyebabkan ramai orang kini menjurus kepada penggunaan ubatan tradisional yang kurang kesan sampingan. Namun, R & D kena dijalankan dari semasa ke semasa untuk mengidentifikasikan jenis-jenis herba yang mempunyai nilai perubatan kerana orang ramai sememangnya agak kurang pengetahuan tentang semua hal ini.
  2. Tumbuhan herba adalah lebih baik daripada ubat moden walaupun kesan dari penggunaanya agak lambat, tetapi ia tiada kesan sampingan seperti ubatan moden. oleh itu, pendedahan perlu diberikan tentang kaedah penggunaan serta khasiat bagi setiap tumbuhan herba yang boleh digunakan supaya anak muda zaman sekarang boleh mengamalkannya agar tidak luput ditelan zaman.
  3. Tumbuhan herba mempunyai nilai komesial disamping memberi khasiat tetentu bukan setakat pengentahuan secara petua sahaja tetapi hasil kajian secara saintifik perlu dihebahkan kepada masyarakat pengguna melalui kaedah yang sesuai dan berterusan.
  4. Memperbanyakkan lagi maklumat tentang tumbuhan herba yang jarang atau kurang dikenali kerana tumbuhan herba ini mempunyai banyak khasiat dan mempunyai kesan sampingan yang sedikit berbanding dengan ubatan moden.
  5. Penanaman herba ini bagus, dan ianya wajar dikomersialkan disebabkan pada zaman ini, masyarakat muda kurang pendedahan dan tidak minat untuk mempelajari kegunaan dan kebaikan herba. Saya sendiri biasa mendengar nama-nama herba tetapi rupa herba itu sendiri susah untuk dikenali kerana kurang pendedahan. Masyarakat muda (terutama wanita) hari ini juga senang mengambil jalan mudah dengan membeli pil/tablet dipasaran yang diragui bahan2nya. Namun mereka tiada pilihan.

Akhir sekali ada satu kata-kata menarik yang saya terima dari banyak-banyak email tentang herba:

“Seharusnya tanaman herba/ produk herba di tanam secara komersial/ besar-besaran,  jadi macam org cina ada produk sinseh, org india ada ayurvedik, orang melayu ada apa?

Apa pendapat Anda?

Number of View :8931

7 comments

  1. Assalamualaikum,

    Saya setuju sangat la tentang cadangan tu, tapi yang utama kenalah fikirkan dulu tentang cara memasarkannya.
    Di sini peranan agensi pertanian kerajaan amatlah penting.

    Wassalam.

    Alias.
    (Peminat & pengumpul herba)

  2. salam,
    info yang diberikan amat membantu saya.
    masyarakat kini sepatutnya lebih menekankan
    kepada rawatan herba kerana kesannya adalah
    lebih baik dan kurang kesan sampingan.

    (Pemasar dan Pembekal Herba semulajadi.)

  3. Saya juga setuju dengan semua. Saya pula orang Peranakan, iaitu diantara Melayu dengan Cina. Saya pasti ada banyak herba yang diguanakan pada masa yang lalu. Tetapi tidak ada rekod yang tertentu, jadi info bersepah dan hilang dan luput dengan pemergian nenek moyang.

    Oleh itu saya sedang buat kajian sendiri……

    Terdengar banyak orang negeri barat telah pun mengamalkan khasiat herba. Malah dinegara Cina pesakit di beri pilihan sama ada mahu gunakkan yang Barat atupun TCM. Begitu juga Malaysia telah bermula berbuat demikian …………

  4. dalam pertanian tanam apakah yang boleh mendatangkan pulangan menguntungkan dalam skala tanah yang kecil?

  5. Penawar gastrik

    Jika secara tiba-tiba anda diserang gastrik serta sesak nafas,janganlah cemas.Ambil kunyit sebesar ibu jari lalu dihiris bulat,sebanyak tujuh hiris.Masukan ia ke dalam segelas air panas.Minumlah air kunyit itu sambil mengunyah kunyit yang dihiris tadi.Insya-Allah,sakit gastrik akan segera sembuh.

  6. Durian Belanda Pembunuh Semulajadi Kanser.

    Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

    Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

    Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

    Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

    Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

    i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

    ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

    iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

    iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

    Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

    1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

    2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

    3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

    Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

    Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.

    Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

    The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

    Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo! Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

    Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.

    Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

    Jus Durian Belanda boleh di dapati dipasaran dengan harga yang berpatutan – RM 10.00 sahaja. Demi untuk memelihara kesihatan kita, jadikanlah Jus ini sebagai minuman biasa kita daripada meminum Jus-Jus lain yang tidak mendatang apa-apa kesan dan faedah

  7. Saya suka dengan pembawaan encik Hanif yg. mengambil tahu kelebihan/kebaikan tumbuhan bagi tujuan perubatan. Sedikit sebanyak saya dan ramai lagi mendapat ilmu darinya. Mungkin banyak lagi yg. En. Hanif tahu? sebarkan ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam