Pembiakbakaan Tumbuhan

Pembiakbakaan adalah satu proses mengubah dan memperbaiki kandungan genetik atau genotip individu/populasi kepada lebih superior atau yang dikehendaki. Sebelum pengetahuan bidang genetik ditemui, bidang Pembiakbakaan lebih dikenali sebagai suatu seni. Pembiakbakaan ketika itu memilih pokok yang lebih baik hanya menggunakan kemahiran dan kebijaksanaan mereka sendiri tanpa menggunakan kaedah-kaedah sains. Pemilihan itu kurang berjaya atau gagal memberikan hasil walaupun masa yang panjang dan tenaga yang lebih telah digunakan.

Berikutan daripada perkembangan dan kemajuan yang dicapai dalam bidang genetik dan bidang sains gunaan yang lain seperti fisiologi, biometrik dan sebagainya, pada akhir abad ke-19 bidang Pembiakbakaan mula dikenali sebagai satu sains. Apabila hukum Mendel ditemui semula dan diterima pada tahun 1900, Pembiakbaka tumbuhan mula menggunakan ilmu pewarisan atau genetik dalam program Pembiakbakaan tumbuhan mereka. Kemajuan yang dicapai dalam bidang Pembiakbakaan bertambah pesat dan telah membantu dalam kemajuan bidang pertanian.

 

Number of View :6932

5 comments

  1. OK, just nak selit. Buat tajuk pasal effects of introduced/non-indigenous plants in the landscape/agriculture industry. Issue ni menarik dan perlukan perhatian pembuat policy, currently importing plants masih lagi mudah. exporting pun sama. please discuss the global effects of intensive plant migration and its possible diverse effects, such as colonization or competition.

  2. sy ada 1 kemuskilan….adakah pembiakbakaan ni termasuk dalam penghasilan variety baru yg menggunakan 2 pkk yg berlainan…?

    apakah kaedah yg paling sesuai?

    dimanakah saya blh mendapatkan maklumat mengenai cara kacukan pkk yg berlainan?????

  3. apa sih nama x bunga di atas ko gk di kasi nama …………….??????????? tolong krim jawabanya ya saya tungu ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam