March 28, 2024
Pasar Tani Putrajaya merupakan tempat utama bagi kakitangan kerajaan di Putrajaya dan yang menginap di kuaters kerajaan Putrajaya untuk membeli barang-barang basah yang segar. Setiap minggu juga saya akan pergi ke Pasar Tani Putrajaya untuk membeli barangan dapur seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam dan sebagainya. Jika dahulunya, Pasar Tani Putrajaya beroperasi setiap hari Jumaat setiap minggu, kini ia telah diadakan 2 kali seminggu, iaitu Selasa dan Jumaat.

Apa yang dapat diperhatikan ialah mengenai harga sayur-sayuran. Harga bagi ikan,ayam dan daging saya tidak tahu kerana saya lebih fokus kepada hasil-hasil pertanian. Ini kerana kita banyak menggunakan sayur-sayuran setiap hari dalam masakan khususnya cili besar, bawang dan rempah ratus.

Apa yang dapat dilihat ialah harga barang di Pasar Tani ini lebih sedikit mahal daripada biasa. Saya tidak tahulah kalau di luar sana atau di tempat anda lebih murah. Anda mungkin boleh bagi komen. Mungkin juga disebabkan peniaga ini datang dari jauh dan melibatkan kos pengangkutan yang tinggi. Atau mereka mengambil kesempatan ke atas pelanggan yang tiada pilihan untuk membeli di tempat lain. Saya pun tidak pasti !

Berikut merupakan senarai beberapa harga barangan sayur-sayuran yang sempat saya catatkan. Harga ini saya ambil setelah melihat harga 2-3 orang peniaga sayur-sayuran. Harga ini juga ditentukan mengikut kualiti dan gred sayur-sayuran tersebut.

 

Tarikh : 19 Disember 2008 (Jumaat)

 

  1. Cili merah : RM 9 – RM 13/kg
  2. Cili api : RM20/kg
  3. Tomato : RM 2.5 – RM 4/kg
  4. Kacang Buncis : RM 7/kg
  5. Kubis : RM 4/kg
  6. Bendi : RM 7 – RM 8/kg
  7. Terung Bulat : RM 7/kg
  8. Kacang Panjang : RM 6/kg
  9. Timun : RM 6/kg
  10. Peria : RM 6/kg
  11. Petola : RM 5/kg
  12. Sawi : RM 7/kg
  13. Labu manis : RM 3.50
  14. Keledek : RM2.50-RM3.50 (mengikut jenis keledek)

 

Tarikh : 23 Disember 2008 (Selasa)

 

  1. Cili merah :  RM 12/kg
  2. Cili api : RM 20/kg
  3. Cili akar : RM 12/kg
  4. Tomato : RM 4 – RM 4/kg
  5. Kacang Buncis : RM 7/kg
  6. Kubis : RM 6/kg
  7. Bendi : RM 9/kg
  8. Terung Bulat/Panjang  : RM 7/kg
  9. Kacang Panjang : RM 7/kg
  10. Timun : RM 2.50 – RM4.50/kg
  11. Peria : RM 6/kg
  12. Petola : RM 5/kg
  13. Salad : RM 7/kg
  14. Labu manis : RM 2.50/kg
  15. Halia : RM6/kg
  16. Lengkuas : RM6/kg
  17. Kunyit : RM6/kg

 

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :17780

5 thoughts on “Pemantauan harga hasil-hasil pertanian di Pasar Tani Putrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam