Beli Emas Untuk Pelaburan
BERBICARA mengenai barang kemas, kaum wanita merupakan
golongan yang paling gemar membelinya
walaupun harga emas semakin menihgkat. Tidak dinafikan barang kemas
seolah-olah telah menjadi menjadi
keperluan kepada kaum Hawa dan juga secara tidak langsung melambangkan
kemewahan dan status
seseorang.
Bukan setakat masyarakat Melayu yang menggemari barang
kemas emas malah ia menjadi hadiah utama
pada
majlis perkahwinan kaum Cina dan India.
Walaupun pada masa kini 'kegilaan'wanita telah beralih
pada barangan perhiasan diri seperti kristal dan
batu-batu permata, namun masih ramai yang mempercayai keistimewaan emas
pada pemakainya.
Harga emas akan sentiasa naik walaupun ada ketikanya ia
akan turun sedikit tetapi selepas itu akan naik
tinggi
lagi.Kenaikan harga
emas berlaku kerana bekalan yang tidak mencukupi, permintaan berlebihan
dan juga ketidaktentuan pasaran.
Ramai yang berasa lebih selamat melabur dalam emas
berbanding kewangan kerana harga emas yang
sentiasa naik.
Emas merupakan
sejenis logam yang amat sesuai untuk pelaburan dan bagi yang mempunyai
wang khususnya wanita adalah lebih baik jika membeli emas pada masa ini
dan jangan risau harganya akan turun.Sebenarnya kegemaran wanita membeli emas apabila
mempunyai wang seperti selepas mendapat
bonus,
dividen saham dan sebagainya bukan sahaja menguntungkan mereka malah
keluarga juga.
Itu merupakan kelebihan wanita kerana selain membeli emas
sebagai perhiasan diri, pada masa sama
mereka
turut membuat pelaburan dan dapat digunakan semasa susah seperti ketika
anak bersekolah atau
melanjutkan pelajaran ke universiti.
Orang Melayu merupakan golongan yang banyak membeli emas
untuk dipakai sendiri, sementara kaum
Cina lebih suka membeli dalam
bentuk jongkong emas untuk pelaburan.
Orang Melayu sudah mula memahami dan menyedari mengenai
kelebihan dalam pelaburan emas sejak
dua
atau tiga tahun lepas. Bagi yang hendak membeli dalam bentuk jongkong
emas, beli daripada jauhari
yang
bertauliah bagi mengelakkan daripada ditipu.
Terdapat jongkong emas dengan berat 10 gram, 50 gram, 100
gram dan 500 grain. Jongkong yang terlalu
tebal mungkin
mengandungi kurang kandungan emas 916.
Jongkong emas yang popular adalah emas 916 dan 999 dan
cuma harga emas sahaja yang dikira tanpa
upah. Keuntungan
boleh dilihat apabila jongkong dijual ketika harga emas naik.
Kita harus mempunyai pengetahuan untuk mengambil peluang
pada harga emas kini bagi membeli emas
kerana belian emas yang dibuat pada tahun ini adalah
menguntungkan.
Begitu juga dengan lelaki Melayu, jika dua, tiga tahun
dulu mereka suka berbelanja mewah dengan membeli
kereta besar, menambah aksesori kereta atau membeli set barangan
elektrikyang mahal tetapi kini
sudah mula pandai
membeli emas.
Pembelian emas yang dilakukan dalam negeri dapat membantu
pembangunan kerana aliran wang
berlaku dalam negara kita sahaja.
|