April 19, 2024
pasar-satok-kuching Jika anda ke Kuching, Sarawak jangan lupa berkunjung ke Pasar Ahad yang terletak di Jalan Satok juga lebih popular dengan Pasar Satok. Pasar ini memang terkenal dengan hasil-hasil buah-buahan dan sayur-sayuran di mana  penduduk kampung dari serata daerah  membawa hasil hutan untuk dijual. Memang seronok membeli di sini kerana harganya murah dan boleh tawar-menawar. Antara gambar-gambar yang sempat saya rakamkan di Pasar Satok… pasar-satok Pisang Tanduk di Pasar Satok memang murah.. pasar-satok10 Cili dan pelbagai jenis lagi sayuran seperti petai dan labu pun ada dijual.. pasar-satok11 Belacan Bako dan Belacan Bintulu pun ada dijual. Sedap ke? ikan-terubuk-pasar-satok Ikan Terubuk masin yang sememangnya popular di sini… telinga-kera-pasar-satok Telinga kera dan nangka muda pun ada dijual.. ketiak-jagung Ketiak jagung atau baby corn pun yang belum dibuka kulitnya pun ada dijual di sini terung-asam Terung asam yang sedap di buat gulai lemak juga banyak di jual di sini. tepus-tanah Umbut tepus tanah yang digunakan dalam masakan. Buat kerabu pun boleh. paku-uban Pucuk Paku uban yang juga terkenal di sini boleh di rebus dan dicicah sambal belacan. pasar-satok22 Di tepi kaki lima, di luar bank pun ada yang menjual pisang tanduk. Memang menarik. Ok.. nantikan artikel yang seterusnya yang bertajuk.. Buah-buahan di Pasar Satok. Buah yang jarang dapat di lihat dan di rasa !!
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :19800

3 thoughts on “Pasar Satok

  1. assalamualaikum
    Pada 11.2.2012 saya keKuching dan sempat kepasar satok.saya temui buah2 nadir yang tidak terdapat disemenanjung.Buah belimbing api,dabai dan banyak lagi yang saya payah nak ingat namanya.Belimbing api saya beli satu tangkai yang mempunyai 15 biji buah.Bentuk buah ni macam belimbing besi, berwarna orange merah dan isi dan rasanya macam buah tampoi.
    Ikan terubok masin Sarawak memang sedap.ikan dibelah belakang dan diawetkan dengan garam yang diimport dari cina.Saya cuba buat sendiri dengan membeli ikan terubok dipasar, saya gunakan garam bukit halal gel, saya perapkan dalam peti ais, menjadi , rasa sama macam terubok masin sarawak.

  2. kalau nak buat ikan terubuk masin senang je..
    kalau beli kene hati-hati sebab ada pakai kapor barus…(itu yang dah siap)
    beli ikan segar n then siangkan dan jangan dicuci..n then setiap sekor tu letakkan garam kasar dan masuk dalam plastik…jangan campurkan ikan dalam seplastik..
    ni untuk yang nak murahlah..
    kalau beli sebenarnya harga ikan tu 3 ekor sepoloh ringgit..kalau sekor 8 ringgit mahal tu lebih-lebih lagi anda orang semenanjung..hati-hati membeli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam