4. Untuk perniagaan katering, anda tidak perlu mempertimbangkan
faktor lokasi. Hal ini adalah kerana pemesanan boleh dilakukan melalui
telefon atau dari mulut ke mulut.
5. Manfaatkanlah anggota keluarga atau teman-teman untuk membantu anda memulakan perniagaan katering.
Percayalah, tindakan ini dapat memberikan peluang pekerjaan kepada ahli keluarga anda.
. 6. Selain itu cuba buat tinjauan perkakas
barang yang diperlukan untuk industri
katering ialah pinggan mangkuk, sudu, garpu,
pisau, peralatan dapur, lapik meja, meja,
kerusi, tisu dan sebagainya. Semua itu perlu
diambil kira. Untuk itu anda boleh membeli
barang-barang tersebut secara borong untuk
mendapatkan harga yang murah. Beli dalam
jumlah yang banyak jadi anda dapat menjimatkan perbelanjaan pengeluaran anda.
7. Namun jika semua ini mampu anda sediakan tetapi tidak mempunyai modal, jangan bimbang. Anda boleh memulakan perniagaan anda dengan membuat pinjaman sama ada daripada pihak bank mahupun daripada pihak yang berkaitan. Walaupun tiada modal, anda masih berpeluang membuka perniagaan asalkan anda tahu caranya.
|