March 28, 2024

orang-asli

Pameran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) juga turut mencuri perhatian di MAHA 2010 . Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan Orang Asli? Dalam Akta Orang Asli 1954, mana-mana orang yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli……. (selebihnya boleh baca di atas)

suku-kaum-orang-asli

Terdapat 3 kumpulan besar bagi Suku Kaum Orang Asli iaitu Kumpulan Negrito, Senoi, dan Melayu Proto. Setiap kumpulan pula terdiri daripada 6 suku bangsa atau Etnik. Misalnya, Kumpulan Negrito terdiri dari suku bangsa Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq.

suku-kaum-orang-asli2

Kumpulan Senoi pula terdiri dari suku bangsa Temiar, Semai, Semoq Beri, Che Wong, Jah Hut dan Mahmeri. Manakala Kumpulan Melayu Proto pula terdiri dari suku bangsa Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar.

suku-kaum-orang-asli3

Apa yang saya faham ialah, setiap suku bangsa atau Etnik Orang Asli  berbeza dari asal usul sejarah kedatangan dan taburan penempatan  mereka juga tidak sama. Daripada statistik tahun 2008 yang ditujukkan, bilangan Orang Asli banyak terdapat di Pahang, Perak dan diikuti oleh Selangor manakala Suku Bangsa Orang Asli yang paling ramai pula ialah suku bangsa Semai, Temiar, Jakun dan Temuan.

ukiran-kayu-orang-asli

Antara produk Ukiran Kayu yang dihasilkan oleh Suku Kaum Orang Asli yang menerima pengiktirafan daripada ENESCO. Produk ukiran patung, topeng, dan hiasan lain dibuat daripada Kayu Nyireh Batu dan Kayu Pulai.

ukiran-kayu-orang-asli2

Ukiran yang dihasilkan adalah berdasarkan imiginasi sesuatu objek berdasarkan ciri-ciri kehidupan, budaya dan kepercayaan suku kaum semenjak dari zaman dahulu lagi.

ukiran-kayu-orang-asli3

Mungkin anda diluar sana salah seorang keturunan Orang Asli, harap dapat kongsikan cerita anda di sini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :12749

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam