Pameran Buah Nadir @ MARDI

buah-nadir

Selain melawat pameran buah Nadir di Jabatan Pertanian , anda juga boleh berkunjung ke gerai pameran agensi MARDI di tapak MAHA 2010

buah-nadir2

Di sana anda juga boleh mengenali lagi spesis-spesis buah nadir yang jarang dijumpai sepertu buah kulor, kasai dan dabai.

buah-nadir3

Selain itu, terdapat juga buah sekiat dan ceri terengganu yang hanya banyak terdapat di sebelah pantai timur sahaja.

khasiat-buah-nadir

MARDI juga banyak menjalankan kajian mengenai Khasiat Pemakanan Buah-buah Nadir yang kaya dengan vitamin, protein dan sumber antioksidan yang baik untuk kesihatan. Kepada yang berminat dengan koleksi buah nadir, anda juga boleh mendapatkan poster buah nadir yang berharga RM6.00.

Number of View :9640

5 comments

  1. sy telah pun berkesempatan pergi melawat ke pameran MAHA ini. Banyak ilmu yang sya dapat dari pameran ini. Gerai-gerai yg trdpat disini pun menarik dan sesuai utk dikunjungi. Tidak rugi bagi sesiapa yang berkunjung ke pemeran ini

  2. Cadangan: diharap blog ni dapat mengumpulkan resepi2 makanan asli dari orang2 lama…contohnya kerabu bayas, masak lemak kulit rambai ,gulai asamrom dll….elok kalau ade 1 festival makanan dari buah-buah pelik atau masakan asli masyarakat kita…diharap blog ni blh mencari n mengumpulkan resepi turun temurun nenek moyang kita…

  3. Cadangan yang baik.. memang saya alu-alukan kepada sesiapa yang sudi berkongsi resepi tradisional ini.. Apa yang saya tahu dari seorang rakan, masyarakat orang asli memang banyak sekali resepi dari tumbuhan hutan atau tumbuhan yang pelik-pelik.

  4. buah sekiat tu masa kcik2 dulu slalu makan…tapi rasa masam sikit, buat cicah dgn cuka+gula+garam+lada (org klatan panggil “colek”), memang best! tapi kena minum air lebih sikit la, kalau tak “pembuangan” jadi kesat (sembelit laaa) hahahaha

  5. Sungguh bertuah saya mengenali laman ini !! Memang hati suka, kalau dapat mengunjungi pameran pokok2 dan buah-buahan berbanding dengan bunga-bungaan !!
    Tapi kurang dapat berita mengenai pameran2 di tempat saya ie. Kuantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam